Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah, dalam bahasa arab dan melayu serta video dan makna.

Awal Muharram bakal tiba lagi menemui kita semua. Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2025 bersamaan dengan 1 Muharram 1447H adalah pada hari Jumaat, 27 Jun 2025 yang merupakan hari cuti umum. Sempena dengan kedatangan Tahun baru Islam 1447 Hijrah atau Awal Muharram, berikut dikongsikan Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah sebagai panduan buat umat Islam semua. Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah “Membangun Ummah Madani”.

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yang lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Sambut Muharram

Menjelangnya bulan Muharam ini menandakan tibanya tahun baru Islam 1445 Hijrah. Sebahagian masyarakat Islam di Malaysia dan negara-negara lain menyambutnya secara khusus dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah.

Doa akhir tahun dibaca sebelum masuknya waktu maghrib (kerana kalendar Islam adalah qamari, iaitu bersandarkan perjalanan bulan).

Doa awal tahun pula dibaca sejurus selepas solat maghrib.

Pada umumnya, doa-doa ini bertujuan mengabdikan diri kepada Allah swt.

Sama ada kita membaca ataupun mengaminkan doa tersebut, atau melaksanakan amalan lain sempena Muharam ini, yang paling utama ialah kita perlu terus berusaha menyucikan diri menerusi apa yang diredai-Nya.

Ini kerana bulan itu merupakan peluang bagi kita mentarbiyah diri menjadi insan lebih baik. Dalam Surah at-Taubah ayat 36, Allah swt menjelaskan tentang bulan-bulan Haram (yang diberi penghormatan) dan antaranya bulan Muharam.

Nabi saw bersabda:

“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah swt menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang Haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam) dan yang keempat ialah Rejab terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” [Hadith Riwayat al-Bukhari]

Ibn Abbas ra berkata bahawa dosa dan pahala amalan yang dilakukan pada bulan-bulan Haram lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Maka bulan Muharam ini dianggap bulan latihan diri agar menjadi Muslim yang lebih bertakwa dan lebih yakin mengamalkan agama, lebih-lebih lagi dalam konteks hari ini yang sangat mencabar dari pelbagai sudut.

Beberapa cara yang mungkin dapat kita terapkan dalam mengharungi tahun baru dan masa-masa mendatang:

– Sentiasa memerhatikan niat dan memurnikannya pada setiap amalan dan rutin harian kita.

– Memahami hikmah setiap perintah dan anjuran agama dengan semampunya.

– Bersungguh-sungguh menambahkan saham akhirat melalui amalan dalam ikatan kita dengan Allah (hablun minallah) dan dengan manusia (hablun minannas).

Dengan terus mempertingkat diri kita sebagai Muslim sejati, kita mampu menjiwai segala usaha dan menjadi individu yang lebih yakin dalam berpegang teguh kepada nilai-nilai agama serta meraih yang terbaik daripada kehidupan dunia dan akhirat.

SUMBER: BH SG

Awal Muharram

Amalan yang biasa dilakukan sewaktu menyambut ketibaan bulan Muharram adalah membaca doa seperti yang dikongsikan di bawah. Selain itu, di antara kemulian bulan-bulan haram ini termasuk bulan Muharram adalah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?

Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah.

Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Bacaan Doa Beserta Maksud

Berikut dikongsikan bacaan doa sempena kedatangan tahun baru Islam 1446 Hijrah.

  1. Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (pada 29 Zulhijjah 1446 Hijrah bersamaan 26 Jun 2025, hari Khamis)
  2. Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram (Waktu Maghrib Khamis, 26 Jun 2025)

NOTA : Berdasarkan kepada Kalendar Islam, pertukaran tahun hijrah adalah bermula selepas masuknya waktu Maghrib

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah

  • Ianya dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
  • Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

MAKSUD DOA (BAHASA MELAYU)

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi aku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan aku, dan Engkau memerintahkan aku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripadaMu. Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah SWT Tuhan pemerintah alam.”

VIDEO BACAAN DOA

Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah

Sementara itu, Doa permulaan bulan tahun baharu dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

MAKSUD DOA AWAL TAHUN HIJRAH (BAHASA MELAYU)

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong- penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.

VIDEO BACAAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH

SUMBER : Facebook Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Amalan Sunat di Bulan Muharram

Bulan Muharram, sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah, memiliki keistimewaan tersendiri dalam Islam. Selain membaca doa akhir dan awal tahun, terdapat beberapa amalan sunat yang dianjurkan untuk dilaksanakan oleh umat Islam:

1. Berpuasa Sunat

Puasa di bulan Muharram sangat dianjurkan kerana pahalanya yang besar. Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadan adalah puasa pada bulan Allah, iaitu Muharram.”

Antara hari yang disarankan untuk berpuasa adalah:

-Hari Asyura (10 Muharram): Hari ini memiliki sejarah penting dalam Islam dan disunatkan untuk berpuasa padanya.

– Hari Tasu’a (9 Muharram): Disunatkan berpuasa pada hari ini sebagai tambahan kepada puasa Asyura, untuk membezakan amalan umat Islam daripada kaum Yahudi yang juga berpuasa pada 10 Muharram.

2. Memperbanyakkan Amal Kebajikan

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan seperti bersedekah, membaca Al-Quran, dan melakukan solat sunat. Amalan-amalan ini dapat meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kepentingan Doa Akhir dan Awal Tahun

Membaca doa akhir tahun dan awal tahun merupakan amalan yang baik untuk merenung kembali amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun serta memohon keberkatan dan perlindungan Allah SWT untuk tahun yang akan datang. Ia juga merupakan kesempatan untuk memperbaharui tekad dan niat dalam meningkatkan ketaatan dan keimanan.

Dengan memahami dan mengamalkan doa serta amalan-amalan sunat di bulan Muharram, diharapkan kita dapat memanfaatkan kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini dan memperbaiki diri untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah SWT.

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Salam Maal Hijrah 1447H. Semoga perkongsian Bacaan Doa di atas bermanfaat buat semua.

Related : penting bagi umat islam, kerana melimpahkan rahmat, semoga Allah, beserta keluarga dan sahabatnya, maha pemurah, ya Allah, ba da, 1 muharram, muharram atau maal hijrah hijrah merupakan suatu hari, Allah swt, pujian bagi, Allah, tuhan, awal muharram atau maal 1 muharam madinah pada tahun 622, 10 agustus 2021, engkau janjikan, 1 muharram 1443, menyambut tahun baru islam 2021 1443 h

Kongsi Info Di: