Tahukah anda dengan hanya menyimpan duit di dalam bank anda berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai sehingga RM30 Juta? Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan sebuah skim simpanan yang dikenali sebagai Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) sejak tahun 1978. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan pemenang cabutan istimewa BSN SSP Cabutan tahun 2026 untuk semua pelanggan Bank Simpanan Nasional.
Menabung merupakan satu amalan yang wajib untuk dipraktikkan oleh semua golongan manusia lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi masa kini. Sehubungan dengan itu, BSN memperkenalkan Sijil Simpanan Premium untuk menarik pelanggan mereka menabung di samping memenangi hadiah cabutan yang menarik pada setiap bulan. Tambahan pula terdapat pelbagai kategori yang disediakan di mana kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke atas juga layak untuk menyertainya.
Sijil Simpanan Premium BSN (SSP)
Di bawah adalah informasi berkaitan untuk rujukan semua.
Apa Itu Sijil Simpanan Premium BSN?
Untuk makluman, ianya adalah satu produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah. Simpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.
Syarat-Syarat Untuk Menyertai
Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk menyertai Sijil Simpanan Premium yang ditawarkan oleh mereka:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
2. Berumur 12 tahun dan ke atas
3. Simpanan minimum RM10 (1 Unit) serta tiada had maksimum
Jika anda ingin meneliti terma dan syarat yang lebih lanjut, buka pautan di bawah:
Cara Menyimpan
Terdapat banyak cara orang ramai boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). Anda hanya perlu memilih cara yang paling sesuai dengan gaya hidup anda!
i) Melalui Mesin ATM
1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
2. Pilih bahasa.
3. Masukkan nombor PIN.
4. Pilih “Simpanan BSN SSP’.
5. Masukkan amaun dalam gandaan RM10
6. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
ii) Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)
1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
2. Pilih bahasa.
3. Masukkan nombor PIN.
4. Pilih *’Simpanan BSN SSP’.
5. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai)
6. Depositkan wang dalam gandaaan RM10
7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
iii) Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan sedia ada sahaja)
1. Pilih bahasa.
2. Pilih “Simpanan BSN SSP’.
3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
4. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
iv) Melalui Perbankan Internet myBSN
1. Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my
2. Pilih “Simpanan BSN eSSP’.
3. Pilih nombor akaun’ daripada senarai.
4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
v) Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
2. EB BSN akan proses simpanan sijil simpanan premium di terminal POS.
3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .
4. Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
Manual pengguna untuk kaedah-kaedah di atas boleh disemak pada pautan berikut:
Semakan Keputusan Cabutan BSN SSP 2026
BANK Simpanan Nasional (BSN) melancarkan Kempen Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) 2026 bagi memperteguh budaya menabung menerusi ganjaran sebagai insentif kepada penyimpan dan orang ramai.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Jay Khairil berkata, kempen dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2026 dengan nilai hadiah berjumlah RM28 juta disediakan untuk 16,000 penyimpan di seluruh negara.
Beliau berkata, BSN SSP 2026 menawarkan struktur hadiah lebih menarik termasuk melahirkan 12 jutawan baharu, iaitu seorang setiap bulan menerusi Cabutan Jutawan BSN SSP.
“Pemenang jutawan yang diumumkan pada Disember 2026 akan menerima BSN SSP bernilai RM1 juta serta sebuah Porsche Macan tertakluk kepada terma dan syarat,”
Untuk melakukan semakan keputusan cabutan yang telah anda sertai, terdapat tiga kaedah yang dikongsikan oleh BSN iaitu:
A) Melalui Portal Rasmi
Klik Check
Masukkan No KP & No Sijil
Keputusan pemenang bulanan juga boleh disemak di pautan diatas
B) Melalui Perbankan Internet myBSN
1. Log masuk ke dalam Portal Rasmi Perbankan Online myBSN
2. Klik pada menu Perbankan Islam dan pilih bahagian Simpanan
3. Terdapat paparan Sijil Simpanan Premium, klik pada submenu Semak Keputusan SSP
4. Isi nombor kad pengenalan anda atau nombor sijil simpanan premium dan klik Hantar
5. Satu paparan akan keluar menunjukkan sama ada anda berjaya atau tidak
C) Melalui cawangan atau kaunter BSN
Pelanggan boleh hadirkan diri ke mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dan semak dengan pegawai yang bertugas.
D) Melalui Facebook BSN
Anda boleh kunjungi ke Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan semakan keputusan cabutan.
TERKINI: Anda boleh menyemak secara terus di laman web Bank Simpanan Nasional pada pautan berikut:
Halaman Semakan Keputusan Cabutan
Kategori Cabutan
Dengan 10 kategori untuk tahun 2024, daripada Cabutan Jutawan hingga ke Cabutan Guru yang baru diperkenalkan, anda mungkin pemenang seterusnya!
1. Cabutan Jutawan
2. Cabutan Bulanan
3. Cabutan Negeri
4. Cabutan Penyimpan Muda
5. Cabutan Kesetiaan
6. Cabutan Penyimpan Baru
7. Cabutan Kerjaya / Segmen
8. Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)
9. Cabutan Perayaan
10. Cabutan Simpanan Konsisten
11. Cabutan Kasih
Bonus Tambahan Istimewa: Bagi pelanggan yang telah menyimpan untuk lima (5) tahun dan keatas, pelanggan akan terima gandaan penyertaan sebanyak dua kali sekiranya:
-Tambahan deposit sebanyak RM500 dibuat dalam 2024.
-Tiada pengeluaran sebelum tarikh cabutan.
-Gandaan penyertaan akan diterima bagi tambahan deposit yang dibuat pada bulan tersebut sebelum tarikh cabutan.
Maklumat lanjut, klik CABUTAN
Kalendar Cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional
Di bawah adalah tarikh cabutan sijil simpanan yang ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk membuat cabutan bertuah pada setiap bulan pada tahun 2025 dan 2026.
Pelanggan yang menyimpan boleh merujuk tarikh cabutan ssp bsn untuk result dan mennyemak keputusan pada hari cabutan diadakan atau hari seterusnya.
Tahun 2026

Tahun 2025

Soalan Lazim BSN SSP
1) Berapakah jumlah cabutan yang ditawarkan BSN SSP untuk 2026?
a) Untuk 2026, BSN SSP menawarkan sepuluh (10) kategori cabutan seperti dibawah:
- Cabutan Jutawan
- Cabutan Simpanan Konsisten
- Cabutan Negeri
- Cabutan Kesetiaan
- Cabutan Penyimpan Baharu
- Cabutan Guru & Pekerja Barisan Hadapan
- Cabutan Penyimpan Muda
- Cabutan Akaun Gaji
- Cabutan Kasih
- Cabutan Bulanan
2) Apakah syarat untuk melayakkan diri bagi Cabutan Jutawan ini?
a) Kelayakan bagi Cabutan Jutawan:
i) Simpanan Minimum: RM3,000
ii) Tempoh Simpanan: Minimum 60 hari
iii) Bagi bulan cabutan Ogos, pelanggan berumur 40 tahun dan ke bawah (Had umur ialah 40 tahun, 11 bulan dan 30 hari) yang layak akan menerima gandaan penyertaan.
b) Kelayakan untuk Hadiah Bonanza (Bulan Disember):
- i) Simpanan baharu minimum RM3,000 pada 2026.
- ii) Simpanan baharu minimum RM3,000 harus dilakukan selewatnya pada 30 Jun 2026 dan dikekalkan sehingga 31 Disember 2026
3) Apakah senarai negeri yang diambil kira bagi Cabutan Negeri?
- Johor
- Negeri Sembilan
- Kuala Lumpur
- Pahang
- Selangor
- Melaka
- Perak
- Terengganu
- Kedah / Perlis
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
4) Apakah Cabutan Bonus di bawah Cabutan Negeri dan bagaimana cara pelanggan layak menyertainya?
a) BSN memperkenalkan Hadiah Bonus bernilai RM100,000 setiap bulan di bawah Cabutan Negeri di negeri yang menjadi tuan rumah Karnival BSN SSP bagi bulan tersebut.
b) Untuk melayakkan diri bagi Hadiah Bonus, pelanggan perlu membuat simpanan BAHARU minimum RM500 di negeri yang menjadi tuan rumah Karnival BSN SSP sebelum bulan cabutan. Contoh: Sabah akan menjadi tuan rumah Karnival BSN SSP pada bulan Februari 2026 bagi Cabutan Bulan Januari. Pelanggan perlu membuat simpanan baharu minimum RM500 di Sabah sehingga 31 Januari 2026 untuk melayakkan diri.
Nota: Kelayakan untuk Cabutan Negeri akan dikira mengikut negeri tempat pembelian dibuat dan bukannya negeri pembukaan akaun pelanggan.
5) Apakah syarat kelayakan untuk Cabutan Penyimpan Baharu?
a) Pelanggan perlu membuat simpanan minimum RM500 dan juga mestilah Pelanggan baharu kepada Bank. Pelanggan juga mesti mematuhi syarat bahawa pelanggan perlu berumur 12 tahun dan ke atas
b) Pelanggan baharu bank ditakrifkan sebagai pelanggan yang membuka akaun BSN SSP 12 bulan sebelum bulan cabutan.
c) Cabutan Bulan Ogos: Layak bagi pelanggan berumur 40 tahun dan ke bawah.
6) Bagaimanakah hadiah mingguan bagi Cabutan Penyimpan Baharu dikira?
a) BSN memperkenalkan hadiah mingguan bagi Cabutan Penyimpan Baharu mulai 1 Januari 2026.
b) Pemenang akan dipilih setiap 7 hari, dengan jumlah keseluruhan 51 minggu bagi tahun 2026.
c) Walaupun pemenang dipilih setiap minggu, pengumuman pemenang akan dibuat setiap bulan cabutan berdasarkan kalender Cabutan BSN SSP 2026.
d) Jadual Mingguan terperinci disertakan dalam Lampiran.
7) Berapakah had umur untuk layak menyertai Cabutan Penyimpan Muda?
a) Pelanggan mestilah berumur antara 12-21 tahun (Had umur ialah 21 tahun, 11 bulan dan 30 hari); DAN
b) Simpanan minimum RM100 di dalam akaun BSN SSP.
c) Pemegang akaun BSN Smart Junior (BSJ) atau BSN Edusave-i dengan baki akhir minimum RM200 sebelum bulan cabutan akan menerima gandaan penyertaan.
Lampiran tersebut dan FAQ selengkapnya boleh dibuka di pautan berikut: Soalan Lazim BSN SSP 2026
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan, sila layari atau hubungi:
Talian Rasmi BSN : 1 300 88 1900/ +603 2613 1900 (Luar Negara)
Ref : menambah simpanan, membawa pulang, kuala lumpur, bernilai RM1 juta, bsn untuk tahun 2020, simpan ssp, perintah kawalan pergerakan pkp, simpan resit transaksi, bsn ssp rm1 juta, menggalakkan orang ramai, sijil simpanan dan cetak resit transaksi, memenangi hadiah bsn atau kad pengenalan dan wang tunai bagi pelanggan baru atau kad atm debit bsn atau tunai bagi pelanggan sedia ada kepada eb bsn, cabutan jutawan bsn ssp menawarkan, jumlah keseluruhan bernilai rm27 juta untuk lebih 18,000 pemenang, ssp bank simpanan nasional, produk simpanan patuh syariah, hadiah menarik, secara langsung, eb bsn sijil simpanan premium ssp bsn,






