Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN, Panduan cara beli pin unik id upu di bank simpanan nasional meliputi tarikh mula dan tarikh tutup.

Panduan buat pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui application UPU ke UA (IPTA), Politeknik dan ILKA. Berikut dikongsikan Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN buat panduan pemohon. Pembelian nombor unik ataupun nombor pin UPU boleh di buat di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui lima kaedah iaitu dengan pergi ke kaunter, perbankan SMS  ataupun melalui mesin ATM BSN, melalaui Ejen Bank Berdaftar dan juga perbankan internet. Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.

Nombor pin unik UPU ini adalah untuk application Ke Univeristi Awam (UA dahulunya IPTA), Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Tarikh pembelian nombor pin unik sesi 2025/2026 akan dijual bermula Februari 2025. Pembelian nombor pin unik UPU bagi application sesi akademik 2025/ 2026 dan calon boleh memohon secara terus melalui sistem UPU.

Cara Beli Nombor Pin UPU 2025 Di BSN

Mendapatkan Pin unik UPU adalah salah satu perkara penting yang diperlukan sebelum membuat atau mengkases sistem aplikasi secara online. Berikut dikongsikan paduan cara membeli nombor pin unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan UPU 2025

Perubahan Terkini Mengenai Harga Nombor Unik ID iaitu RM10.60. Untuk makluman, application bagi sesi akademik 2025/2026 bagi lepasan SPM/ setaraf dan STPM/ setaraf akan dibuka mulai 9 Februari 2025, Jam 1200 tengahari sehingga 18 Mei 2025 (Lepasan SPM/ setaraf) dan (Lepasan STPM/ setaraf) jam 5 petang.

Tarikh Pembelian Pin UPU Tahun 2025

9 Februari 2025 : Tarikh Mula Pembelian

10 Februari 2025 (jam 12pm) : Application dibuka (Fasa 1)

15 Mei 2025 (Lepasan SPM/ setaraf) dan (Lepasan STPM/ setaraf) : Tarikh Tutup application sesi 2025-2026 (Fasa 1)

15 Mei 2025 (Lepasan SPM/ setaraf) dan (Lepasan STPM/ setaraf) : Tarikh Tutup Pembelian Pin UPU

14 April 2025 (jam 12pm) : Application dibuka (Fasa 2)

16 Mei 2025 (Lepasan SPM/ setaraf) dan (Lepasan STPM/ setaraf) : Tarikh Tutup application sesi 2025-2026 (Fasa 2)

Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup application.

* Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan

Program Pengajian

Berikut adalah senarai program pengajian yang memerlukan pelajar untuk membeli Pin unik ID UPU.

i) Lepasan SPM

SPM 2024, 2023, 2022

Menyambung pelajaran ke :-

Asasi UA

Diploma – UA, Politeknik dan ILKA

Sijil – Kolej Komuniti dan ILKA

Program Matrikulasi – Kolej Matrikulasi

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di IPG

ii) Lepasan STPM/ Setaraf

Menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana muda di UA dari kategori :-

STPM 2024

Matrikulasi/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2024/ 2025

STAM 2023 & 2024

Diploma/ setaraf

Diploma UA/ Politeknik

DKM/ DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma

Kelayakan setaraf seperti A-Level/ IBD/ AUSMAT/ SAM/ CPU

STPM, Matrikulasi/ Asasi STAM

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/ Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX. Dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/ Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX

Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU 2025/ 2026 Di BSN

Berikut dikongsikan cara-cara atau langkah dalam membuat pembelian Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pemohon boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan wang untuk membuat pembayaran. Cara yang mudah dan senang

Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.

2. ATM (Automated Teller Machine)

Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Langkah pembelian PIN UPU adalah seperti berikut :-

1. Masukkan kad ATM dan nombor pin

2. Pilih Urusan : “Beli Pin”

3. Pilih Jenis Application : “IPTA”. Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain

4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon

5. “YA” untuk meneruskan urusan

6. Semak Maklumat.

7. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

8. Pembelian melalui ATM adalah menggunakan Kad Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO. Jjika anda tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya

Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN
3. Perbankan SMS – Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU

Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan perbankan SMS. Anda boleh mendaftar di kaunter, CDM (Cash Deposit Machine) atau ATM (Automated Teller Machine). Juga memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN

Berikut adalah langkah atau cara untuk mendaftar perbankan SMS di ATM atau CDM :

1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa

2. Masukkan nombor pin dan pilih “Urusan Lain”.

3. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran

4. Masukkan nombor telefon bimbit

5. Urusan telah berjaya dan resit akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC

6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi

7. Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli nombor PIN unik UPU melalui SMS.

Taip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan hantar ke 36898.

Contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah nombor PIN kad Matrix BSN

4. Perbankan Internet – myBSN (Pemegang Akaun GIRO BSN)

Pemohon yang sudah mempunyai akaun GIRO BSN boleh membeli nombor PIN melalui aplikasi perbankan internet myBSN. Langkah untuk membeli nombor PIN di myBSN adalah seperti berikut:

1. Log masuk ke dalam akaun myBSN anda (Daftar dahulu sekiranya belum mempunyai akaun myBSN)

2. Klik pada PIN Purchase

3. Pilih UPU pada bahagian Organization

4. Pilih kategori anda sama ada lepasan SPM dan setaraf atau lepasan STPM dan setaraf

5. Isikan maklumat seteursnya dengan lengkap

Video Kaedah Pembelian PIN UPU

Video penerangan di bawah adalah panduan daripada permohonan sesi sebelum ini sebagai rujukan. Video terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jenis Pembelian PIN 

Selain pembelian PIN untuk application UPU, pin unik ID juga diperlukan untuk application melibatkan urusan berikut :-

1. Program Matrikulasi KPM

2. Melanjutkan pelajaran ke UiTM.selain melalui UPU

3. USM

4. Melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik

5. Application untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

6. Melanjutkan pelajaran ke UNISEL

7. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET dan sebagainya)

8. Application Pinjaman PTPTN

9. UPU Kemahiran Sdn Bhd

Semoga perkongsian panduan Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN boleh dijadikan panduan yang berguna untuk semua pemohon. Selamat membuat application ke Universiti Awam dan pusat pengajian tinggi yang lain. Semoga anda berjaya dalam apa juga bidang pendidikan yang anda pilih.

Kongsi Info Di: