Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang memiliki perniagaan sendiri. Pasti anda telah membuat pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Namun begitu, tahukah anda bagaimana caranya untuk memperbaharui atau renew lesen perniagaan dengan SSM? Buat yang ingin menjalankan urusan pembaharuan lesen perniagaan SSM tamat tempoh, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Renew SSM Online iaitu cara memperbaharui Lesen atau pendaftaran Perniagaan dengan menggunakan laman web rasmi ezBiz untuk rujukan semua.
Buat pengetahuan semua, para peniaga yang lesen perniagaannya telah tamat tempoh boleh melakukan urusan pembaharuan lesen SSM secara atas talian menerusi sistem yang disediakan. Anda tidak perlu menghadiri diri ke pejabat SSM atau kaunter untuk menjalankan urusan dan membuat pembayaran. Pembaharuan dapat dilengkapkan secara online dan sijil SSM akan dihantar ke e-mel dalam tempoh 3 hari bekerja.
Cara Renew SSM Online (Langkah Memperbaharui Lesen Perniagaan Di ezBiz)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Langkah Memperbaharui Lesen Perniagaan secara atas talian di ezBiz yang merangkumi pautan dan langkah-langkah membuat pembaharuan serta maklumat penting lain untuk panduan semua:
Ianya termasuk syarat memperbaharui lesen, langkah demi langkah sehingga pembaharuan selesai, kadar bayaran serta cara hubungi SSM.
A. Syarat Perbaharui Lesen SSM
Di bawah adalah syarat-syarat untuk memperbaharui lesen SSM:
Permohonan hanya boleh dilakukan oleh Pemilik syarikat/ bisnes atau Orang Yang Bertanggungjawab
Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun untuk setiap pembaharuan.
Pihak SSM menetapkan Perakuan Pendaftaran perniagaan boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.
Dibawah peruntukan seksyen 5A, Akta Pendaftaran Perniagaan (APP 1956) sesuatu perniagaan berdaftar yang aktif perlu diperbaharui sebelum tamat/luput perakuan pendaftaran perniagaan tempoh dalam tempoh 30 hari kepada Pendaftar/SSM.
B. Pautan Untuk Perbaharui Lesen SSM
Untuk memperbaharui lesen perniagaan SSM, akses pautan di bawah dengan layari laman web:
- Sistem Atas Talian Ezbiz (https ezbiz.ssm.com.my)
C. Panduan Memperbaharui Lesen SSM
Langkah-langkah untuk memperbaharui lesen perniagaan SSM adalah seperti berikut:
- Selepas mengakses pautan di atas, klik SIGN IN dan masuk menggunakan username dan password serta verification kod
- Klik pada My Business Services dan klik Renewal By Owners
- Sila pilih perniagaan dalam senarai dan klik butang Action
- Tandakan jika ingin membayar kompaun yang ada
- Pilih “Yes” atau “No” untuk info perniagaan
- Kemudian, pilih tempoh pembaharuan perniagaan iaitu 1 hingga 5 tahun
- Tandakan Deklarasi
- Klik Proceed To Payment untuk proses pembayaran
Untuk pembaharuan pendaftaran perniagaan bagi pihak Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) :
- Klik My Business Services dan klik Renewal By Others
- Masukkan nombor pendaftaran perniagaan dalam ruangan Business No. dan tekan Search
- Langkah 3, tandakan jika ingin membayar kompaun (jika ada)
- Pilih “Yes” atau “No” untuk info perniagaan
- Pilih tempoh pembaharuan 1 tahun hingga 5 tahun
- Tandakan ruangan Deklarasi
- Klik Proceed To Payment untuk proses pembayaran
Bagi mendapatkan tatacara lengkap berkenaan pembaharuan perakuan pendaftaran perniagaan, sila buka pautan :
D. Caj Yang Dikenakan
Berikut adalah jenis-jenis caj yang dikenakan dan kos bayaran yang boleh dibuat melalui online banking:
Pembaharuan Lesen (Harga termasuk caj servis)
-Trade Name = RM60 setahun
-Cawangan = RM5 setahun untuk setiap cawangan
-Maklumat perniagaan = RM10
Kelebihan Sistem Online SSM
1. Memudahkan proses-proses untuk pendaftaran atau pembaharuan (renew) lesen SSM. Anda tidak perlu bersusah-payah mendapatkan nombor giliran di kaunter atau pejabat SSM dan dokumen akan dihantar ke email
2. Menjimatkan kos (petrol, parking, tol) dan tenaga berbanding jika keluar sendiri untuk pergi ke pejabat SSM
3. Pelanggan dapat menjimatkan masa dengan banyak. Proses pendaftaran dan pembaharuan lesen diuruskan dalam masa 3 hari bekerja
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan, rujuk butiran berikut:
- Telefon : 03-7721 400
- Email : enquiry@ssm.com.my
- Laman Sesawang: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Facebook: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat
- 9.00 pagi – 6.00 petang
*Nota : (Permohonan selepas waktu bertugas akan diproses pada hari berikutnya)
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Cara Renew SSM secara Online ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat membuat pembaharuan lesen perniagaan anda dan semoga bisnes anda terus maju.