Senarai Tarikh Cuti Hari Kelepasan Am Negeri Pahang 2025. Pahang public holidays 2025? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Pahang 2025 buat rujukan dan panduan berguna warga Pahang dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2025. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur pada tahun 2025 termasuk tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti.
Cuti hujung minggu Pahang termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun ianya berbeza dengan beberapa negeri seperti Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Oleh itu, rancanglah percutian anda awal dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda agar perbelanjaan kewangan anda dapat dikawal.
Kalendar Cuti Umum Negeri Pahang Tahun 2025
Negeri Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dengan Kuantan adalah ibu negeri. Banyak tempat menarik terdapat di Pahang seperti Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempedak, Taman Negara Endau Rompin, Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Tinggi, Bukit Gambang Resorts City dan banyak lagi.
Kepada mereka yang bercadang untuk bercuti ke Negeri Pahang dan juga tidak terkecuali untuk warga Pahang terutama yang bekerja, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am negeri dan Persekutuan buat Negeri Pahang tahun 2025.
Senarai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Tahun 2025
Berikut adalah kalendar jadual cuti umum Pahang tahun 2025 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.
HARI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Tahun Baru | 1 Jan | Rabu |
Tahun Baru Cina | 29 dan 30 Jan | Rabu dan Khamis |
Hari Nuzul Al-Quran | 18 Mac | Selasa |
Hari Raya Aidilfitri | 31 Mac dan 1 Apr | Isnin dan Selasa |
Hari Pekerja | 1 Mei | Khamis |
Hari Wesak | 12 Mei | Isnin |
Hari Hol Pahang | 22 Mei | Khamis |
Hari Keputeraan YDP Agong | 2 Jun | Isnin |
Hari Raya Haji | 7 Jun | Sabtu |
Awal Muharam | 27 Jun | Jumaat |
Hari Keputeraan Sultan Pahang | 30 Julai | Rabu |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Ahad |
Maulidur Rasul | 5 Sep | Jumaat |
Hari Malaysia | 16 Sep | Selasa |
Hari Deepavali | 20 Okt | Isnin |
Hari Krismas | 25 Dis | Khamis |
Pengumuman rasmi senarai cuti umum Pahang boleh dirujuk di PAHANG PUBLIC HOLIDAYS 2025.
Nota Penting Hari Kelepasan Am
1. Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
2. Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan hari kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari yang lain.
Semoga perkongsian Kalendar tarikh Cuti Umum Pahang 2025 atau Hari Kelepasan Am (Public Holidays) bermanfaat buat semua. Moga kalendar tarikh ini boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat bercuti buat warga Pahang.