Cuti Umum Pulau Pinang 2025 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Pulau Pinang 2025, Hari Kelepasan Am Pulau Pinang (Penang) tahun 2025 meliputi tarikh penting beserta hari dan jenis perayaan.

Penang public holidays 2025? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2025 meliputi tarikh hari kelepasan am negeri dan persekutuan. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Pulau Pinang (Penang) pada tahun 2025 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Rancanglah percutian dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda.

Cuti hujung minggu Pulau Pinang termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad iaitu berbeza dengan Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Moga perkongsian kalendar boleh dijadikan rujukan dan panduan buat warga Penang dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2025.

Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang Tahun 2025 (Hari Kelepasan Am)

Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau Mutiara adalah diantara 3 negeri yang paling maju di Malaysia. Terletak di utara Semenanjung Malaysia, banyak tempat menarik dan makan yang sedap terdapat di Penang seperti Batu Ferringhi, Bukit Bendera, Masjid Kapitan Keling dan Jambatan Pulau Pinang. Makan sedap di Penang termasuk Beriani, Laksa Penang dan Nasi Kandar.

Untuk warga Penang dan kepada mereka yang bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am Pulau Pinang untuk tahun 2025.

Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang Tahun 2025

Berikut adalah jadual cuti umum Pulau Pinang (Penang) tahun 2025 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI
Tahun Baru 1 Jan
Rabu
Cuti Tahun Baru Cina29 JanRabu
Tahun Baru Cina 30 JanKhamis
 Hari Thaipusam11 FebSelasa
Hari Nuzul Al-Quran18 MacSelasa
Hari Raya Aidilfitri31 MacIsnin
Hari Raya Aidilfitri1 AprSelasa
Hari Pekerja 1 MeiKhamis
Hari Wesak12 Mei
Isnin
Hari Keputeraan YDP Agong2 JunIsnin
Hari Raya Haji7 Jun
Sabtu
Awal Muharam27 JunJumaat
Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown 7 JulaiIsnin
Hari jadi Yang di-Pertua Pulau Pinang12 JulaiSabtu
Hari Kebangsaan 31 Ogos
Ahad
Maulidur Rasul5 SepJumaat
Hari Malaysia 16 SepSelasa
Deepavali20 OktIsnin
Hari Krismas 25 DisKhamis

Nota Penting Hari Kelepasan Am

  1. Hari kelepasan negeri adalah Tahun Baru 2025, Hari Thaipusam, Nuzul Al-Quran, Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown dan Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Selebihnya adalah hari kelepasan am persekutuan.
  2. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  3. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
  4. Muat turun kalendar cuti Pulau Pinang dalam PDF di PENANG PUBLIC HOLIDAYS

Semoga perkongsian Kalendar jadual tarikh Cuti Umum Pulau Pinang 2025 atau Hari Kelepasan Am yang dikongsikan boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat bercuti dan gunakan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya bersama keluarga tersayang.

Related : public holidays in aidilfitri hari raya haji public holiday cuti umum penang 2021 cuti umum untuk, senarai cuti

Kongsi Info Di: