Hendak merancang percutian? Terengganu public holidays? Berikut adalah Kalendar Cuti Umum Terengganu tahun 2025 merangkumi senarai Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu dan Persekutuan termasuk tarikh cuti, hari dan jenis perayaan. Cuti hujung minggu Negeri Terengganu termasuk cuti sekolah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu cuti mingguan yang sama dengan Negeri Kelantan, Johor dan Kedah.
Buat penduduk Terengganu yang bercadang untuk bercuti atau melakukan aktiviti bersama keluarga/ rakan, anda boleh padankan kalendar cuti umum ini dengan jadual gaji dan takwim penggal persekolahan tahun 2025.
Kalendar Cuti Umum Negeri Terengganu Tahun 2025 (Hari Kelepasan Am)
Siapa yang tidak pernah mengunjung Terengganu Darul Iman? Sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan kaya dengan pantai menarik serta makanan sedap. Ibu negeri Terengganu terletak di Kuala Terengganu.
Berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am atau cuti umum Terengganu untuk tahun 2025 buat panduan dan rujukan semua.
Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu Tahun 2025
Berikut adalah kalendar jadual cuti umum Negeri Terengganu 2025 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.
HARI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Israk dan Mikraj | 27 Jan | Isnin |
Tahun Baru Cina | 29 Jan | Rabu |
Tahun Baru Cina | 30 Jan | Khamis |
Hari Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu | 4 Mac | Selasa |
Hari Nuzul Al-Quran | 18 Mac | Selasa |
Hari Raya Aidilfitri | 31 Mac dan 1 Apr | Isnin dan Selasa |
Hari Keputeraan Sultan Terengganu | 26 April | Sabtu |
Hari Kelepasan Am Negeri | 27 Apr | Ahad |
Hari Pekerja | 1 Mei | Khamis |
Hari Wesak | 12 Mei | Isnin |
Hari Keputeraan YDP Agong | 2 Jun | Isnin |
Hari Arafah | 6 Jun | Jumaat |
Hari Raya Haji | 7 dan 8 Jun | Sabtu dan Ahad |
Hari Kelepasan Am Negeri | 9 Jun | Isnin |
Awal Muharam | 27 Jun | Jumaat |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Sabtu |
Maulidur Rasul | 5 Sep | Jumaat |
Hari Malaysia | 16 Sep | Selasa |
Hari Deepavali | 20 Okt | Isnin |
Hari Krismas | 25 Dis | Khamis |
Nota Penting Hari Kelepasan Am
- Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Jumaat maka ianya tidak akan diganti pada hari berikutnya.
Untuk semak senarai hari kelepasan am negeri dan persekutuan Terengganu klik Terengganu 2025
Semoga Kalendar di atas dapat memudahkan anda dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat bercuti buat penduduk Terengganu semua. Isikan masa cuti anda dengan aktiviti berfaedah.