Harga Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2026/ 1447H

Harga Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2026/ 1447H, Jumlah kos haji tahun ini termasuk bayaran subsidi haji jemaah malaysia dan muassasah,

Panduan buat para jemaah dari Malaysia yang bakal mengerjakan ibadah Haji tahun 2026/ 1447H. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, kadar/ harga kos tunai haji musim 2026 akan diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada 22 Oktober 2025. Sementara itu, surat tawaran pula akan diedarkan kepada bakal jemaah haji selepas pengumuman oleh Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. SUMBER

Kos haji adalah merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji. Kos haji Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Arab Saudi, kos sajian, haji courses, kos perubatan dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.

Kos Mengerjakan Haji Terkini 2026/ 1447H

Pada 22 Oktober 2025 (Hari Rabu), Tabung Haji telah mengumumkan kos menunaikan haji bagi Musim 2026/ 1447 Hijrah (seorang jemaah Muassasah) adalah seperti berikut:

KOS DAN BAYARAN HAJI KEKAL, BANTUAN KEWANGAN HAJI DITERUSKAN

  • RM15,000 : Kumpulan B40
  • RM23,500 : Kumpulan M40
  • RM33,300 : Kumpulan T20

Berikut adalah kenyataan akhbar TH yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2025 untuk rujukan semua.

TH Bakal Menanggung Lebih RM210 Juta Bantuan Kewangan Haji Bagi Musim Haji 1447H/2026M

KUALA LUMPUR, 22 OKTOBER 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH), institusi haji negara, berjaya mengawal peningkatan kos dan mengumumkan bahawa Kos Haji dan kadar Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah dikekalkan untuk musim haji 1447H/2026M, sama seperti musim haji yang lalu.

Kos untuk menunaikan ibadat haji bagi jemaah Muassaah tidak meningkat bagi tiga tahun berturut-turut dan ini dapat dicapai walaupun berdepan dengan persekitaran kos di Tanah Suci yang terus meningkat. Kos keseluruhan untuk menunaikan haji musim haji 1447H/2026M dikekalkan pada kadar RM33,300 untuk seorang jemaah Muassasah.

TH turut mengumumkan Bayaran Haji kekal untuk semua kumpulan dan pada masa yang sama masih menanggung Bantuan Kewangan Haji:

Bagi meringankan beban kewangan bakal jemaah haji negara kumpulan yang layak, TH dianggarkan bakal menanggung RM210 juta Bantuan Kewangan Haji bagi musim haji 1447H/2026M.

“TH berkeyakinan dapat terus memberikan tahap perkhidmatan yang cemerlang. Kami berbangga dengan pencapaian anugerah “Diamond Award” Labaytum pada musim lepas yang turut mengharumkan nama Malaysia dan kami akan berusaha untuk terus mengekalkan tahap perkhidmatan tinggi yang sentiasa diharapkan,” kata Pengerusi Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

“Bagi musim haji 1447H/2026M, kami telah membuat persediaan untuk menetapkan Kos dan Bayaran Haji lebih awal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia atas sokongan beliau terhadap usaha kami. Kami juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengekalkan bantuan RM1,000 bagi setiap jemaah B40,” tambah beliau.

“TH telah dapat mengekalkan Kos Haji melalui langkah strategik melibatkan tempahan awal dan kontrak penyewaan jangka panjang bangunan penginapan untuk melindungi jemaah haji daripada kesan inflasi di Makkah dan Madinah. Beberapa bangunan penginapan yang baharu dengan kemudahan moden telah dikenalpasti untuk memberi lebih keselesaan kepada jemaah haji. Disamping itu, TH juga telah memeterai kontrak penerbangan selama lima tahun bagi mengawal daripada ketidaktentuan harga,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad.

Sejak Bantuan Kewangan Haji diperkenalkan pada 2001, jumlah terkumpul Bantuan Kewangan Haji yang ditanggung oleh TH telah mencecah lebih RM2.72 bilion dalam tempoh 25 tahun.

Bantuan Kewangan Haji Secara Bersasar Selari Konsep Istito’ah

Sejak 2022, TH telah memperkenalkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara bersasar ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadah haji (istito’ah) dan bagi membantu kelestarian kewangan TH demi memelihara kepentingan pendeposit. Ia juga selari dengan pendekatan Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bagi jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang menerima bantuan Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, kadar Bayaran Haji yang dikenakan hanyalah 45% daripada Kos Haji penuh selepas mengambil kira Bantuan Kewangan Haji daripada TH sebanyak RM17,300 dan bantuan Kerajaan Madani sebanyak RM1,000 seorang. Bantuan dari TH dan Kerajaan Madani adalah lebih separuh (iaitu 55 peratus) daripada Kos Haji.

Bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji daripada TH berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada Kos Haji keseluruhan.

Jemaah Muassasah kumpulan T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan, perlu menjelaskan bayaran penuh haji sebanyak RM33,300 seorang.

Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai 24 Oktober 2025. Bagi mereka yang tidak menerima surat tawaran kerana belum tiba giliran, TH akan membuka peluang merayu bermula 3 November 2025 melalui platform THiJARI. TH mengambilkira beberapa kriteria dalam memproses rayuan yang diterima, diantaranya:

  • Tempoh pendaftaran haji
  • Umur
  • Purata baki simpanan di TH
  • Kekerapan permohonan rayuan

Bakal haji diingatkan untuk mencukupkan simpanan di TH sekurang-kurangnya kepada RM15,000 bagi melayakkan diri untuk menerima tawaran haji atau dalam membuat permohonan rayuan haji, selain perlu lulus pemeriksaan kesihatan.

TH menasihatkan bakal jemaah untuk segera mengemaskini maklumat peribadi agar tidak terlepas dari peluang menunaikan haji dan memeriksa giliran melalui saluran digital THiJARI atau hadir ke cawangan terdekat.

TH juga menganjurkan Kursus Asas Haji di lebih 200 buah masjid di seluruh negara, bermula dari 3 Oktober 2025, bagi membantu bakal haji mempersiapkan diri dengan ilmu yang cukup untuk menunaikan ibadat haji.

SUMBER : Kenyataan Akhbar TH

Tahun 2025

Sebagai rujukan dan seperti makluman Tabung Haji (TH), harga kos tunai haji tahun 2025 adalah kekal pada kos bayaran haji sebanyak RM15,000 seorang kepada kumpulan B40 manakala RM23,500 untuk kumpulan M40, dan RM33,300 untuk T20. Walaupun kos menunaikan haji telah meningkat ditambah dengan pelaksanaan Kos Bayaran Visa (SAR) oleh Kerajaan Arab Saudi, bayaran haji masih kekal untuk jemaah haji muassasah kali pertama.

Bermula tahun 2020. Tabung Haji telah memperkenalkan Permohonan Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1446H / 2025M. Borang ini antara lain memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh kos untuk tunai haji secara Muassasah.

Pada 16 Disember 2024, Tabung Haji telah mengumumkan kos menunaikan haji bagi Musim 2025/ 14446 Hijrah (seorang jemaah Muassasah) adalah seperti berikut:

  • RM15,000 : Kumpulan B40 (RM1,000 bantuan kerajaan Malaysia)
  • RM23,500 : Kumpulan M40
  • RM33,300 : Kumpulan T20

Kos Haji 2025 Rayuan-Haji-2025-1446H

Fahami Kos Haji

Terdapat kerisauan mengenai kenaikan kos menunaikan haji pada musim akan datang kerana pelbagai prosedur atau peraturan baru yang perlu dipatuhi pasca COVID-19. Oleh itu, Tabung Haji menerbitkan infografik berikut sebagai panduan untuk semua

Kos Haji 2025

Jadual Bayaran Haji Terkini 2025

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos 

Tanggungan Kos/ Subsidi

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 33,300RM 18,300RM 15,000
2. Kumpulan M40RM 33,300RM 9,800RM 23,500
3. Kumpulan T20RM 33,300TiadaRM 33,300
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM 33,300TiadaRM 33,300

Jadual Bayaran Kos Haji Tahun 2024

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos 

Tanggungan Kos/ Subsidi

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 33,300RM 20,944RM 12,356
2. Kumpulan M40RM 33,300RM 14,148RM 19,152
3. Kumpulan T20RM 33,300TiadaRM 33,300
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM 33,300TiadaRM 33,300

Harga Kos Tunai Haji Tahun 2023

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos 

Tanggungan Kos/ Subsidi

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 30,850RM 19,870RM 10,980
2. Kumpulan M40RM 30,850RM 14,870RM 15,980
3. Kumpulan T20RM 30,850TiadaRM 30,850
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM 30,850TiadaRM 30,850

Harga Kos Menunaikan Haji Tahun 2022

Kos sebenar bayaran Haji yang menunaikan buat pertama kali dan pergi secara muassasah adalah sebanyak RM25,540. Namun, Tabung Haji telah menanggung subsidi sebanyak RM14,560 seorang sekaligus menjadikan kos bayaran haji hanya RM10,980 seorang untuk kumpulan B40. Subsidi mengerjakan haji hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji secara Muassasah sahaja. Walaupun harganya di kira masih murah, perkhidmatan yang diberikan oleh TH kepada jemaah haji adalah di antara yang terbaik di dunia. Tahniah Tabung Haji.

Untuk jemaah yang telah menunaikan haji sebelum ini, tiada permohonan rayuan dibuka kerana jumlah bakal haji tahun sebelum ini meningkat dan kuota yang diberikan telah dikurangkan.

Berikut adalah jadual kos bayaran haji terkini buat panduan semua umat Islam yang wajib dan berkelayakan untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5. Para jemaah yang terpilih mengerjakan Haji adalah dalam kalangan ribuan, malahan jutaan hamba-Nya yang ingin menjejakkan kaki ke bumi Baitullah.

Jadual Bayaran Haji 2022

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos 

Tanggungan Kos/ Subsidi

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 25,540RM 14,560RM 10,980
2. Kumpulan Bukan B40RM 25,540RM 12,980RM 22,900

Jadual Bayaran Haji 2019

Sebagai rujukan, berikut adalah harga bayaran haji bagi tahun 2019

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos (RM)

Tanggungan Kos/ Subsidi (RM)

Bayaran Haji

1. Warganegara Belum Tunai HajiRM 22,90012,920RM 9,980
2. Warganegara Telah Tunai HajiRM 22,900 + RM2,200TiadaRM 22,900 + RM2,200
  • * Tidak tertakluk kepada peraturan pengeluaran visa semasa, jika dikuatkuasakan.
  • SUMBER : TH

Berikut dikongsikan harga terkini kos mengerjakan ibadah Haji melibatkan jemaah Malaysia untuk tahun 2019 bersamaan dengan 1441 Hijrah.

Kos bayaran haji kekal kepada RM9,980 seorang untuk Bakal Haji Muassasah  yang tunai haji kali pertama tahun ini termasuk mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan haji

Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) atau bersamaan kira-kira RM326 yang perlu dibayar 31,600 bakal jemaah selepas Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj berkenaan bermula musim Haji 1441H/ 2020M.

Caj yang dikenakan adalah peraturan baharu yang dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah dari seluruh dunia selepas memansuhkan bayaran 2,000 Riyal Saudi (RM2,168) yang dikenakan kepada jemaah haji berulang sebelum ini

Nota

TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara percuma seperti kos berikut:

  • 1. Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • 2. Kos berkaitan kursus-kursus haji,
  • 3. Menyediakan petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • 4. Kos berkaitan operasi haji di tanah air; dan
  • 5. Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia,
  • 6. Menyediakan ubat-ubatan.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran mengerjakan Haji tahun ini  Mungkin nama anda adalah sebahagian daripada jemaah Malaysia yang terpilih pada tahun 2025/ 1446H. Kepada mereka yang gagal, anda boleh  membuat rayuan (appeal).

Cara Daftar Haji

Buat mereka yang belum mendaftar haji, berikut dikongsikan panduan dalam membuat pendaftaran haji beserta syarat kelayakan.Sebelum mendaftar haji, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah :-

  • i) Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM1,300
  • ii) Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif (Satu pendaftaran sahaja yang dibenarkan)
  • iii) Pendaftaran haji adalah tidak dibenarkan untuk mereka yang baru menunaikan ibadah haji dalam tempoh 5 tahun
  • iv) Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun (sila rujuk Daftar Haji KWSP)

Daftar haji boleh dilakukan di lokasi berikut :-

  • i) Di mana-mana cawangan TH
  • ii) Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat
  • iii) ATM / CDM Maybank
  • iv) ATM BIMB (Bank Islam)
  • v) THiJARI

Pendeposit perlu membawa MyKad (dokumen pengenalan diri)/ Sijil kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH berdekatan. Dengan pengekalan Harga Kos Menunaikan Haji, diharapkan jemaah Haji dapat melaksanakan ibadah haji dengan selesa dan tenang. Selamat mengerjakan ibadah Haji kepada tetamu Allah yang terpilih tahun ini.

Ref : datuk seri,

Kongsi Info Di: