Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal Terkini

Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal Terkini 2025. Senarai kadar bayaran kos buat Lesen kereta driving licence fee jpj manual & auto.

Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang ingin mengambil ujian memandu JPJ dan belum mengetahui harga lesen memandu kereta dan motosikal. Adakah anda sudah mengkaji berapa kos yang diperlukan untuk menduduki ujian memandu kereta dan motosikal bagi tahun 2025 yang terkini? Buat panduan semua, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini meliputi harga yang dikenakan untuk mendapatkan lesen samada kereta auto/ manual ataupun motorsikal.

Kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal boleh dikatakan sebagai sesuatu yang amat penting untuk dimiliki pada hari ini. Selain daripada tempat tinggal, pakaian dan makanan, kenderaan juga boleh dikategorikan sebagai suatu keperluan buat setiap individu. Kenderaan seperti kereta dan motosikal dapat memudahkan urusan kita sehari-hari dengan membawa kita ke destinasi yang ingin dituju. Di samping itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu kita ketika sedang berada dalam kecemasan.

Namun begitu, sebelum seseorang individu dapat membawa kereta dan motosikal di jalanraya, lesen memandu perlu dimiliki dengan menduduki ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ bagi mengelakkan dikenakan saman kerana tiada lesen memandu. Dan bagi setiap ujian yang ingin diduduki contohnya ujian praktikal, sejumlah bayaran akan dikenakan mengikut jenis ujian tersebut samada ujian memandu kereta, motosikal atau lain-lain. Syarat-syarat untuk menduduki ujian mengikut kategori secara ringkasnya adalah seperti berikut:

i) Lesen motosikal B2 / Superbike B Full kuasa 500 cc : Sekurang-kurangnya berumur 16 tahun

ii) Lesen memandu kereta (manual atau automatik) : Sekurang-kurangnya berumur 17 tahun

iii) Bagi lesen E (bas atau lori) : Sekurang-kurangnya berusia 21 tahun

Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal 2025 Terkini

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga anggaran kadar harga lesen memandu terkini tahun 2025 mengikut kategori kenderaan dan kelas. Maklumat akan dikemaskini berdasarkan perkongsian daripada institut dan pusat memandu. Harga yang ditunjukkan merangkumi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal.

Oleh kerana harga berbeza bergantung pada institut memandu, kami tidak dapat untuk membekalkan info tentang harga dengan tepat. Namun begitu, berikut adalah anggaran harga yang diperoleh menurut tinjauan yang telah dibuat ke atas kadar yang dikenakan oleh Institut Memandu di seluruh Malaysia bagi harga lesen belajar memandu kereta dan motosikal. Kadar bayaran untuk ambil lesen belajar memandu ldl adalah seperti berikut:

Kadar Harga Anggaran Yuran Latihan Memandu

 Kategori  Kelas Harga Anggaran
Lesen Motosikal Tidak Melebhi 250 ccB2RM350 hingga RM450
Lesen Motosikal Tidak Melebhi 500 ccBRM900 hingga RM1,100
Lesen Kereta Transmisi ManualDRM1,150 hingga RM1,300
Lesen Kereta Transmisi AutomatikDARM1,250 hingga RM1,500

Secara ringkasnya:

Kereta automatik da RM1250 hingga RM1500
Kereta manual d RM1150 hingga rm1300
Motorsikal b2 tidak lebih 250 cc RM350 hingga rm450
Motorsikal b full lebih 500 cc RM900 hingga RM1100

Buat pengetahuan semua, bagi setiap kelas kenderaan ada harga maksimum yang ditetapkan untuk membuat lesen:

i) Motosikal B2 : RM450

ii) Motosikal B: RM1,100

iii) Kereta D : RM1,300

iv) Kereta DA : RM1,500

Kemungkinan besar institut memandu akan mengenakan cas tambahan berdasarkan kemudahan atau perkhidmatan tambahan seperti duit minyak, sewa kenderaan dan kos operasi sehingga melebihi harga maksimum. Namun harganya perlulah munasabah.

Jika institut memandu meletakkan harga lebih tinggi sehingga tidak munasabah, seeloknya cuba untuk mengkaji harga di institut memandu lain. Barangkali ada yang menawarkan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini yang lebih murah dan berpatutan. Sekiranya tidak lulus ujian, ada kemungkinan perlu mengulang semula ujian dan membuat bayaran lagi, maka buatlah keputusan yang bijak

Harga Terkini Lesen Memandu Mengikut Negeri Tahun 2025

Berikut dikongsikan harga terkini dari beberapa buah syarikat memandu di Malaysia. Senarai harga bagi tahun 2025 akan dikemaskini. Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini adalah berbeza mengikut negeri dan institut memandu. Anda boleh klik pada nama institut memandu yang disenaraikan untuk maklumat lanjut:

Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Shah Alam, Selangor 

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1,942
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,834
Lesen Memandu Lori E FullRM1,378
Lesen Memandu Motosikal B2RM610

Harmony Driving Academy, Sungai Buloh, Selangor 

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,600
Lesen Memandu Motosikal (B2)RM495
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1,700

Azhan LP Enterprise Batu Caves, Gombak, Selangor 

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,750
Lesen Memandu Motosikal B2RM650
Lesen Kereta Auto DARM1,850

Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL), Kuala Lumpur 

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1,680
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,584
Lesen Memandu Motosikal B2RM500
Lesen Memandu Motosikal B FullRM1,060
Lesen Memandu Lori E FullRM1,300

Pusat Latihan Memandu Berjaya Johor Bahru, Johor

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1,794
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,685
Lesen Memandu Motosikal B2RM603
Lesen Memandu Motosikal B FullRM1245
Lesen Memandu Lori ERM1300
Lesen Memandu HRM873
Lesen Memandu PSVRM240
Lesen Memandu TeksiRM245.60 *akan dikemaskini
Lesen Memandu BasRM1183

Pusat Memandu Zapcity Sdn Bhd, Alor Gajah, Melaka

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1,337.15
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,229.15
Lesen Memandu Motosikal B2RM351.15

Pusat Latihan Memandu Rembau, Negeri Sembilan

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1,4590
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,390
Lesen Memandu Motosikal B2RM490
Lesen Memandu Motosikal B FullRM990

Akademi Memandu Bera, Pahang (akan dikemaskini)

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1200
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1049
Lesen Memandu Motosikal B2RM400
Lesen Memandu Motosikal B2 dan Kereta Manual DRM1350
Lesen Memandu Motosikal B2 dan Kereta Auto DARM1450

Pusat Latihan Memandu City Ipoh, Simpang Pulai, Perak (akan dikemaskini)

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1,000
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1,200
Lesen Memandu Motosikal B2RM370.16
Lesen Memandu Motosikal BRM850
Lesen Memandu Lori ERM950

Pusat Latihan Memandu Mahsuri, Langkawi, Kedah 

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Manual (D)/ (DA)RM1000/ RM1150
Lesen Memandu Motosikal B2RM299

Akademi Memandu Padang Terap, Kedah (akan dikemaskini)

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM849
Lesen Memandu Motosikal B2RM332
Lesen Memandu Motosikal B FullRM725
Lesen Memandu Lori E FullRM878

Institut Memandu GANDA, Marang, Terengganu

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1210
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1020
Lesen Memandu Motosikal B2RM301
Lesen Memandu Lori E FullRM1100
Lesen Memandu GDLRM295

Akademi Memandu Kist, Kelantan (akan dikemaskini)

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1242
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1134
Lesen Memandu Motosikal B2RM350
Lesen Memandu Motosikal B FullRM650
Lesen Memandu Lori E FullRM1199
Lesen Memandu GDLRM299
Lesen Memandu PSV BasRM1417

Pusat Memandu Jesselton, Kota Kinabalu, Sabah (akan dikemaskini)

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1490
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1290
Lesen Memandu Motosikal B2RM690

Institut Memandu Siburan, Kuching, Sarawak 

KategoriHarga
Lesen Memandu Kereta Auto (DA)RM1700
Lesen Memandu Kereta Manual (D)RM1600
Lesen Memandu Motosikal B2RM450

*Sila layari pautan Sekolah Memandu yang disediakan untuk mendapatkan harga terkini atau harga promosi

Senarai Institut Memandu Di Malaysia Mengikut Negeri

Anda jiga boleh membuat pengesahan harga dengan menghubungi senarai Institut Memandu mengikut negeri di pautan berikut :-

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Selangor

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Melaka

Negeri Sembilan

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sabah

Sarawak

Bagi cara daftar lesen memandu, anda dinasihatkan merujuk sendiri institusi yang dipilih untuk prosedur mendapatkan lesen memandu kali pertama dengan lebih tepat. Diharap agar maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini dapat memberi pencerahan dan pengetahuan berguna buat anda. Selamat menjalani ujian memandu dan semoga berjaya.

b2 tidak lebih 500 cc rm900 hingga rm1100, 6 jam, undang undang, kelas lesen, fi latihan ujian, lesen memandu kelas,

Kongsi Info Di: