Panduan buat mereka yang bercadang ke luar negara tetapi masih belum mempunyai pasport Malaysia antarabangsa ataupun pasport telah tamat tempoh. Berikut dikongsikan kadar harga terkini pasport Malaysia Antarabangsa yang dikongsikan dari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Harga buat pasport baru adalah bergantung kepada kategori pemohon seperti pemohon biasa, jemaah haji, kanak-kanak dan OKU.
Passport Malaysia adalah satu dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan luar negara. Warganegara Malaysia adalah layak memohon di semua pejabat Imigresen di Malaysia termasuk di UTC. Pasport juga boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Pasport adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan
Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini 2025
Berikut dikongsikan maklumat Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa tahun 2025 buat panduan warganegara Malaysia. Untuk makluman dan berkuatkuasa mulai dari 15 Januari 2015, bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia untuk warganegara berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun telah diturunkan daripada RM300 kepada RM200.
Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji adalah RM100. Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma (Free). Serentak dengan itu semua permohonan pasport Malaysia antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran sebanyak RM100 telah dimansuhkan.
Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa Tahun 2025
Ringkasan kadar bayaran buat pasport Malaysia Antarabangsa adalah seperti berikut :-
- Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200
- Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100
- Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100
- Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100
- Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100
- Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri
Kategori Passport Malaysia
Berikut adalah perincian kategori-kategori pasport yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia :-
- Pemohon biasa: Kategori bagi warganegara Malaysia yang berumur 13 hinga 59 tahun. Tempoh sah pasport adalah lima tahun tanpa sebarang pilihan tempoh yang lebih singkat
- Kanak-kanak: Kategori bagi warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke bawah dengan tempoh sah laku lima tahun.
- Warga Emas: Kategori warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pelajar di Luar Negara: Kategori untuk pelajar berumur bawah 21 tahun dan mengikuti program ijazah di luar negara. Pemohon dikehendaki menyediakan bukti pengajian untuk layak menikmati kadar ini.
- Jemaah Haji: Kategori golongan yang akan menunaikan ibadah haji. Kategori ini tertakluk kepada syarat pengesahan daripada Tabung Haji atau agensi yang dilantik.
- Orang Kelainan Upaya (OKU): Kategori ini khusus bagi pemohon kategori OKU tanpa bayaran untuk memudahkan perjalanan ke luar negara.
Kes Hilang/ Rosak Pasport Malaysia
Jika terdapat kes pasport hilang atau rosak, permohonan gantian boleh dikemukakan di mana-mana pejabat imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Laporan polis (kes hilang, kebakaran, bencana alam)
- Mykad Pemohon
- Sijil Lahir dan MyKad Ibu atau Bapa bagi pemohon berumur bawah 18 tahun
- JPN.KPPK 09 (sekiranya tiada MyKad)
- Surat pengesahan majikan yang bertugas di luar negara (jika berkaitan)
- Sijil Perakuan Cemas (SPC) dan surat daripada Pejabat Operaso Imigresen di pintu masuk
Kelulusan permohonan gantian passport yang rosak atau hilang bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. Jika pasport hilang di luar negara, laporan segera perlu dilakukan di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk mendapatkan gantian.
Terdapat denda atau bayaran akan dikenakan kepada mereka yang menghadapi kehilangan atau kerosakan pasport yang masih sah laku seperti di bawah :-
Dokumen Permohonan bagi Permohonan Gantian Pasport adalah seperti berikut :-
18 tahun dan ke atas:
- MyKad
- Jika tiada MyKad:
- Dokumen Pengenalan Sementara KPPK 09; atau
- Dokumen Pengenalan Sementara KPPK 11 yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
- Pasport Malaysia Antarabangsa terakhir yang digunakan
18 tahun ke bawah:
- Dokumen seperti permohonan kali pertama
- Pasport Malaysia Antarabangsa terakhir yang digunakan
Maklumat Lanjut Permohonan Baru Dan Renew Pasport Malaysia Antarabangsa
Untuk mereka yang ingin membuat permohonan pasport kali pertama, pemohon perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen yang berdekatan. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan untuk membawa bersama 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Untuk permohonan renew pasport secara online, anda boleh menggunakan ‘MyOnline Pasport’ secara online.
- Layari MyOnline Pasport
Bentuk Bayaran
Pemohon boleh membuat pembayaran melalui cara Tunai, Kad Kredit, Wang Pos atau Bank Draf yang dipalang (Atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/ Pengarah Imigresen Negeri).
Nota Penting
- Gambar akan diambil di Bahgian Pasport menggunakan Alat Facial Live Capture
- Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
- Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
- Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
- Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap
Selamat membuat permohonan baru atau renew pasport Malaysia antarabangsa. Dengan Kadar Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa 2025 yang masih kekal, ianya bakal memudahkan anda untuk membuat atau memperbaharui pasport. Sebagai peringatan, sila pastikan nama anda tidak tersenarai dalam senarai hitam Imigresen atau PTPTN sebelum keluar negara.