Ringkasan Kandungan Intipati Bajet 2026 Malaysia. Pasti ramai yang menanti penuh debar Pembentangan Bajet 2026 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 10 Oktober 2025. Pembentangan akan dibuat oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat bermula jam 400 petang. Siaran langsung pembentangan akan disiarkan secara langsung di saluran TV dan Radio utama di Malaysia.
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia, ringkasan isi kandungan penting pembentangan Belanjawan 2026 akan dikemaskini dari masa kesemasa dan selepas pembentangan tamat.
Ringkasan Kandungan Intipati Bajet 2026 Malaysia
Berdasarkan sumber dari Jabatan Penerangan Malaysia, Bajet 2026 akan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 10 Oktober 2025 bertemakan “MEMACU EKONOMI MADANI: MEMPERKASA RAKYAT”.
Maklumat penting berkaitan pembentangan Bajet 2026 yang dibentangkan pada 10 Oktober 2025 adalah seperti berikut :-
Intipati Bajet 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
SUMBER : BHarian & Teks Ucapan Penuh Belanjawan
Kerajaan memperuntukkan RM470 bilion untuk Belanjawan 2026, dengan peruntukan RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus, dan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dokumen itu adalah belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Dengan sembilan Tekad Utama dan berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI, Anwar berkata, dokumen yang bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat itu, adalah bukti Kerajaan memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh.
“Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal: daripada 5.5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024); dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026 akan menurun lagi kepada 3.5 peratus.
“Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada RM100 bilion (2022); RM92 bilion (2023); RM77 bilion (2024), sekitar RM77 bilion (2025), dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini. Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal tiga peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana,” katanya.
Untuk tahun hadapan, Perdana Menteri berkata, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion berbanding RM334.1 bilion, unjuran tahun ini.
Apabila diperlukan perbelanjaan tambahan untuk prasarana dan bantuan rakyat, akan dikenakan cukai tambahan.
Namun Anwar menegaskan, kerajaan memilih untuk membaiki tatakelola, termasuk penyasaran subsidi tanpa menambah beban rakyat.
Dengan menggunakan kaedah sedemikian, kita berjaya melaksana langkah pembanterasan rasuah, mengekang penyeludupan serta memecah tembok dan melumpuhkan kartel.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh pertama tahun 2025 mencatat pertumbuhan memberangsangkan iaitu pada 4.4 peratus.
Biarpun terhimpit dengan asak perang tarif Amerika Syarikat, Anwar berkata, unjuran semula KDNK 2025 antara 4.0 hingga 4.8 peratus.
“Ini membuktikan ekonomi kita kekal berdaya tahan. Bagi tahun 2026, ekonomi kita diunjur berkembang lebih rendah antara 4.0 hingga 4.5 peratus. Ini susulan ketidaktentuan ekonomi dunia dan sengketa geopolitik, geoekonomi yang berterusan,” katanya lagi.
Berikut adalah antara inti pati Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri.
Tema & Hala Tuju: Belanjawan ini bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’. Fokusnya adalah memulangkan hasil reformasi kepada rakyat.
Saiz Belanjawan: Jumlah perbelanjaan awam untuk 2026 ialah RM470 bilion, meningkat daripada RM452 bilion tahun sebelumnya.
Pecahan Perbelanjaan:
Belanja Mengurus (OE): RM338.2 bilion.
Belanja Pembangunan (DE): RM81 bilion.
Pelaburan GLIC: RM30 bilion.
Pelaburan Awam-Swasta: RM10 bilion.
Unjuran Ekonomi:
Pertumbuhan KDNK 2025 diunjur semula antara 4.0% hingga 4.8%.
Pertumbuhan KDNK 2026 dijangka lebih rendah antara 4.0% hingga 4.5% disebabkan ketidaktentuan global.
Disiplin Fiskal: Kerajaan menyasarkan defisit fiskal menurun kepada 3.5% pada 2026 , meneruskan trend penurunan daripada 5.0% (2023) dan 4.1% (2024).
Penjimatan Subsidi: Penyasaran subsidi secara keseluruhan (ayam, telur, elektrik, diesel) telah menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun. Penyasaran RON95 berpotensi menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion.
Hasil Negara: Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2026 dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion.
Memerangi Rasuah & Ketirisan:
Badan penguatkuasa (SPRM, PDRM, dll.) telah berjaya memperoleh hasil rampasan dan penalti hampir RM15.5 bilion sejak pentadbiran MADANI.
Peruntukan lebih RM700 juta disediakan untuk memperkasa badan-badan penguat kuasa ini.
Fokus Pembangunan Sabah & Sarawak:
Menerima peruntukan pembangunan Persekutuan tertinggi dalam sejarah Peruntukan untuk Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion dan Sarawak kepada RM6 bilion.
Kadar Pemberian Khas di bawah MA63 ditingkatkan kepada RM600 juta.
Projek infrastruktur mega diteruskan seperti Pan Borneo, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), dan Lebuhraya Trans Borneo (LTB).
Inisiatif Untuk Rakyat:
RM1 bilion disediakan bagi memperhebat “Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat”.
Urusan BUDI95 berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada RM1.99 seliter.
Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak sedang dikemas kini untuk menyediakan kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif.
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi
Perubahan Cukai: Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan akan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 mulai 1 Januari 2026.
Tumpuan utama:
Fokus Poket Rakyat: Belanjawan Rakyat: Pemandu E-hailing, Pemilik Perahu Kini Layak Terima Subsidi BUDI95.
Gergasi Borneo: Sabah, Sarawak Terima Peruntukan Pembangunan Tertinggi Dalam Sejarah, Jurang Semenanjung Bakal Dirapatkan.
Perang Terhadap Rasuah: RM15.5 Bilion Wang Negara Diselamatkan, Kerajaan Salur RM700 Juta Perkukuh SPRM & PDRM.
Kesan Subsidi: Jimat RM15.5 Bilion Setahun, Hasil Subsidi Bersasar Dipulang Semula Untuk Kebajikan Rakyat.
Pembangunan Tempatan: Jalan Baharu, Klinik & Tebatan Banjir: Ini Senarai Lengkap Projek Untuk Negeri Anda Dalam Belanjawan 2026.
Gaya Hidup Mewah: Pesta Kereta Mewah di Pulau Bebas Cukai Bakal Berakhir, Kerajaan Hadkan Pengecualian Cukai di Langkawi & Labuan.
Digital di Hujung Jari: Urusan Kerajaan Lebih Mudah: Kiosk MADANI Bakal Dibina di Setiap Negeri, Sasar 15 Juta Pengguna MyDigital ID.
Kesihatan Ekonomi: Ekonomi Global Dijangka Perlahan, Belanjawan 2026 Tetap Mengembang Demi Rakyat.
Hak Pengguna: Beli Kereta ‘Lemon’? Jangan Risau, ‘Lemon Law’ akan diperkenal untuk lindungi hak anda.
Ekonomi Desa: RM1 bilion Untuk Ekonomi Kampung, Anak Muda Diberi Peranan Jana Pendapatan Komuniti.
Belanjawan Terbesar: RM470 Bilion: Kerajaan Bentang Belanjawan Terbesar, Pacu Pembangunan & Kebajikan Rakyat.
Kewangan Negara: Hutang Terkawal, Defisit Makin Turun, Kerajaan Kekal Berdisiplin Urus Kewangan Negara.
Tarik Pelabur Asing: Malaysia Permudah Kemasukan Pelabur Asing Melalui ‘Investor Pass’ & ‘Status ABE’.
Pemisahan kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya
Reformasi Institusi: Pemisahan Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya di Peringkat Akhir, Kerajaan Terus Perkukuh Institusi.
Kisah Kejayaan Rakyat: Dari Kolam Pancing ke Ketupat Palas, Ikhtiar MADANI Lahirkan Usahawan Desa Berpendapatan Puluhan Ribu Sebulan.
Perlindungan Alam Sekitar: Atasi Banjir & Hakisan Pantai: Projek Saliran Mesra Alam & Pemuliharaan Sungai Jadi Keutamaan.
Insentif Korporat: Syarikat Sumbang Perangi Rasuah & Bantu Sekolah Angkat Kini Layak Potongan Cukai.
Hubungan Digital Borneo: SALAM: Kabel Dasar Laut RM2 Bilion Bakal Rapatkan Jurang Digital Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.
Parlimen Diperkasa: RM220 Juta Untuk Parlimen, Peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Diperkukuh Untuk Semak Imbang.
Falsafah Belanjawan: ‘Belanjawan Adalah Pernyataan Moral’ – PM Anwar Tekankan Reformasi, Tolak Budaya Ketirisan.
Keselesaan Diplomat: Jaga Imej Negara: RM31.5 Juta Untuk Selenggara Pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara.
Analisis RMK13: Belanjawan 2026: Langkah Pertama RMK13 Tumpu Projek Berimpak Tinggi di Seluruh Negara.
Perkhidmatan Bergerak: Tiada Yang Ketinggalan: Bank, Mahkamah & Khidmat Komuniti Bergerak Diperluas ke Pedalaman Sabah, Sarawak.
Selamatkan Pantai Timur Sabah: RM765 Juta Untuk Projek ‘Southern Link’, Jamin Bekalan Elektrik Stabil di Pantai Timur Sabah.
Fokus Zon Kewangan: Zon Kewangan Khas Forest City Berjaya Tarik Aset Hampir RM400 Juta Dalam Tempoh Kurang Setahun.
Teknologi Cukai: Perangi Penyeludupan: JKDM Akan Guna Setem Cukai Digital, E-Invois Dilaksana Penuh Mulai 2026.
Pembangunan Sukan: Kompleks Sukan Bertam & Stadium Hoki Kuala Terengganu Dinaik Taraf Dalam Belanjawan 2026.
Projek Air Sabah: RM1 Bilion Atasi Masalah Air di Sabah, Projek di Tawau, Kota Kinabalu Dijangka Siap Tahun Depan.
Jalan ‘Red Line’ Sarawak: RM350 Juta Untuk Naik Taraf Struktur Jalan ‘Red Line’ di Durin dan Salim, Sibu.
Pendigitalan Perkhidmatan Awam: MyDigital ID menyasarkan 15 juta pengguna menjelang akhir 2025 , dan Kiosk MADANI akan dibangunkan di semua negeri secara berperingkat.
Inflasi
* Inflasi keseluruhan diunjur antara 1.3 peratus dan dua peratus pada 2026, mencerminkan persekitaran pertumbuhan harga yang stabil dan terkawal
* Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2026, jumlah guna tenaga meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang
* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2026 berbanding 5.1 peratus pada 2025, dengan semua subsektor menyumbang kepada pertumbuhan tersebut
* Sektor pembuatan diunjur kekal stabil pada 3.0 peratus pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025, disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik
* Sektor pertanian diunjur berkembang 2.2 peratus pada 2026 berbanding 1.2 peratus pada 2025 – PM Anwar
* Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkurangan kepada 1.0 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025
* Sektor pembinaan diunjurkan kekal stabil pada 6.1 peratus pada 2026 berbanding 10.1 peratus pada 2025
* Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 14.5 peratus daripada OE diunjurkan berkurangan sebanyak 14.1 peratus kepada RM49 bilion pada 2026
Video Ucapan Pembentangan Bajet 2026
Intipati Bajet 2025
Ringkasan bajet 2025 akan dikemaskini sebaik sahaja dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 18 Oktober 2024.
Tema Belanjawan 2025
- Membugar ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat
Fokus Utama
Tumpuan berlandaskan kerangka Ekonomi MADANI iaitu :
1. Menaikkan siling ekonomi
2. Menaikkan lantai taraf hidup rakyat
3. Tatakelola baik dan reformasi sektor awam
Peruntukan Bajet 2025
-RM421 bilion diperuntukan secara keseluruhan
-RM335 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi
-RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
-RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
Isi Penting Pembentangan Belanjawan 2025
Antara perkara-perkara penting sepanajng pembentangan Belanjawan tahun 2024 adalah:
Sumbangan Tunai Rahmah
Kenaikan kadar sumbangan untuk:
- Penerima bujang akan menerima RM600
- Kadar maksimum yang diterima isi rumah sebanyak RM4,600
- Berikut adalah infografik yang disediakan oleh Kementerian Kewangan:
Turut diumumkan pembayaran STR 2024 Fasa 4 akan bermula pada 7 November 2024 secara berperingkat
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sebanyak 4.1 juta penerima STR isi rumah akan mendapat peluasan SARA dan menerima RM100 sebulan. Sumbangan akan bermula pada April 2025 dan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima
Subsidi Minyak
Kerajaan mengumumkan penerusan subsidi minyak sehingga pertengahan tahun 2025. Selepas itu, pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan dilakukan secara berperingkat.
Kenaikan kadar gaji minimum
Berkuatkuasa 1 Februari 2025, kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan. Bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja akan diberi penangguhan selama 6 bulan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2025
Pelepasan Cukai
- Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM4,000 ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan
- Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM10,000 ke atas perbelanjaan perubatan meliputi bahagian bayaran perubatan di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama
- Lanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi pendapatan yang terbit daripada sumber negara luar dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia sehingga 31 Disember 2036
Cukai Jualan
Cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barangan premium yang diimport antaranya ikan salmon dan avokado. Tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas
Cukai Minuman Bergula
Kerajaan akan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.
Kadar Bantuan Kebajikan bulanan JKM akan dinaikkan
- Bantuan warga emas dinaikkan kepada RM600
- Bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan kepada RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah, RM200 seorang kepada anak linkungan usia 7 hingga 18 tahun
- Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga
Bantuan Khas Kewangan RM500
- Sumbangan khas RM500 kepada lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut
- Bantuan Khas Kewanagn RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada pesara. Bayaran pada bulan Februari 2025
Bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai Bajet 2025 : Teks Ucapan Belanjawan 2025
Intipati Bajet 2024
Ringkasan bajet 2024 akan dikemaskini sebaik sahaja dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 13 Oktober 2023.
Tema Belanjawan 2024
- Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat
Fokus Utama
Tumpuan berlandaskan dua tekad utama iaitu :
1. Tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan
2. Penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan
3. Peningkatan darjat hidup rakyat
Peruntukan Bajet 2024
-RM393.8 bilion diperuntukan secara keseluruhan
-RM303.8 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi
-RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
-RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
Isi Penting Pembentangan Belanjawan 2024
Antara perkara-perkara penting sepanajng pembentangan Belanjawan tahun 2024 adalah:
Kenaikan Kadar Cukai Perkhidmatan
Kenaikan dari 6% ke 8% dengan skop diperluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. Kadar 6% dikekalkan untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.
Cukai Keuntungan Modal
Cukai sebanyak 10% daripada keuntungan bersih pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 1 Mac 2024
Rebat Elektrik
Rebat sehingga RM40 sebulan bagi isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan
Kenaikan Harga Diesel
Kenaikan secara berperingkat akan dilaksanakan bagi mengelakkan penyeludupan dan menyasarkan semula subsidi
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Peruntukan dinaikkan daripada RM8billion kepada RM10billion
- Kadar maksimum STR meningkat kepada RM3,700
- Kadar minimum STR iaitu bagi belia dinaikkan kepada RM500
- Permohonan baharu akan dibuka seawal bulan November 2023
- Bayaran pertama dijangka pada bulan Februari 2024
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Akan diperluaskan kepada 700 ribu penerima STR
- RM100 sebulan selama 12 bulan
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
Diskaun akan diberikan bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 pada kadar:
- 10% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
Sumbangan Khas Komuniti Islam
Sumbangan khas sebanyak RM700 kepada guru KAFA, guru takmir, bilal, imam, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti
Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam
- RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak pada akhir bulan Februari 2024
- RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform
- RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen
- Bayaran akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024
Akaun Fleksibel KWSP
Satu akaun fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa
Skim Perubatan Madani dan Skim MySalam
Skim Perubatan Madani akan diperluaskan ke seluruh negara dan skim mySalam akan diteruskan bagi dua tahun lagi.
Hasil Penjualan Nombor Plat Khas
Hasil penjualan akan dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan
- Kerajaan akan menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu
- Pemberian 100,000 topi keledar percuma termasuk untuk kanak-kanak daripada keluarga kurang mampu
- FLYsiswa, bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi hampir 60,000 pelajar kurang mampu
Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai Bajet 2024 : Teks Ucapan Belanjawan 2024
Intipati Bajet 2023
Ringkasan bajet 2023 dibawah adalah ringkasan daripada apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 24 Februari 2023.
Tema Belanjawan 2023
- Membangun Malaysia Madani
Fokus Utama
Tumpuan kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad utama iaitu :
1. Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan
2. Reformasi institusi dan tatakelola bagi memulihkan keyakinan
3. Keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan
Peruntukan Bajet 2023
-RM388.1 bilion diperuntukan secara keseluruhan
-RM289.1 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi
-RM97 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
-RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
Isi Penting Pembentangan Belanjawan 2023
Antara perkara-perkara penting sepanajng pembentangan Belanjawan tahun 2023 adalah:
Kadar cukai PMKS Dikurangkan
Kadar cukai PMKS bagi RM150,000 pertama mulai tahun taksiran 2023 akan dikurangkan daripada 17% kepada 15%
Kemudahan Penjaja Kecil
-RM50 juta untuk naik taraf dan pembinaan gerai, kiosk kecil
-RM40 bilion pembiayaan dan kemudahan pinjaman kepada PMKS
Ujian Lesen Memandu Percuma
Kerajaan akan menanggung bayaran ujian lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing bagi kategori tertentu.
Perkeso
Insentif sebanyak RM750/bulan selama 6 bulan kepada majikan yang menggaji golongan OKU, bekas banduan, gelandanganm penganggur tegar
Menu Rahmah
Penjualan set hidangan makanan tengah hari dan makan malam pada harga RM5 yang disertai lebih 15,000 pengusaha
Jualan Rahmah
Jualan barangan asas dengan potongan harga lebih 30% lebih murah berbanding harga pasaran di 222 kawasan parlimen
Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan sehingga RM2,500 kepada golongan B40 bergantung kepada bilangan anak bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan
– Kategori baharu melibatkan bilangan anak melebihi 5 orang
– Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
Kredit e-Tunai Belia Rahmah
RM200 kredit e-tunai akan diberikan kepada 2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun yang menepati kelayakan
Sumbangan Musim Tengkujuh
Kenaikan daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh 4 bulan kepada pekebun kecil yang berkelayakan
Pengurangan Cukai Pendapatan Individu Pemastautin
Dikurangkan sebanyak 2% melibatkan banjaran (Lebih RM35,000-RM100,000) membantu 24 juta pembayar cukai
Pengampunan Penalti LHDN
Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 akan diberikan pengampunan penalti 100%
Menaikkan elaun guru KAFA dan Bantuan Syiar Islam
Elaun guru KAFA dinaikkan daripada RM1000 kepada RM1,100. Selain itu, sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja marbut, guru KAFA dan guru takmir.
Diskaun PTPTN
Pengurangan sehingga 20% diskaun bayaran balik kepada peminjam PTPTN selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023. Penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan di bawah RM1,800 untuk tempoh 6 bulan mulai 1 Mac 2023.
i-MADANI KWSP
– Kepada ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1, kerajaan akan menyumbang dengan caruman simpanan sebanyak RM500. Inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta ahli KWSP yang melibatkan peruntukan RM1 billion
– Aset simpanan Syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, pesara kerajaan akan menerima RM350.
Pas My50
Kerajaan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk warga Lembah Klang yang menggunakan rel dan bas.
Amanah Saham Bumiputera
Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000. Meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) kepada RM5 bilion
Program Perumahan Rakyat (PPR)
56 PPR terpilih akan mendapat perkhidmatan internet percuma
Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai Bajet 2023 : Ucapan Bajet 2023
Intipati Bajet 2022
Tumpuan-tumpuan penting dalam pembentangan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz adalah seperti berikut :-
Peruntukan Bajet 2022
-Sejumlah RM322.1bilion diperuntukan secara keseluruhan
-RM233.5 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi
-RM75.6 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan
-RM23 bilion untuk perbelanjaan berkaitan COVID-19
-RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Jumlah Bantuan:-
Pendapatan isi rumah > RM2500 sebulan
-RM2,000 : Bagi keluarga yang mempunyai lebih dari 3 orang anak
-RM1,500 : Bagi keluarga yang mempunyai anak seorang sehingga 2 orang anak
-RM1,000 : Tiada anak
Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
-RM800 : Bagi keluarga yang mempunyai lebih dari 3 orang anak
-RM600 : Bagi keluarga yang mempunyai anak seorang sehingga 2 orang anak
-RM400 : Tiada anak
Bagi warga emas bujang/ tiada pasangan yang berpendapatan di bawah RM5,000 akan mendapat
-RM600
Bujang berpendapatan bawah RM2,500
-RM350
Jumlah tambahan
-RM500 : Tambahan bagi Ibu/Bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
-RM300 : Tambahan untuk isi rumah warga emas berpasangan dan mempunyai anak tanggungan
Bantuan Awal Persekolahan
Jumlah bantuan dinaikkan RM50 daripada jumlah bantuan sebelum ini iaitu:
-RM150 : setiap murid
Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022
-15% Baki hutang penyelesaian penuh
-12% bayaran >50% baki hutang dalam sekali bayaran
-10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual
Program Baucar Perlindungan Tenang
-Dinaikkan kepada RM75 khusus bagi golongan B40
-Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans motorsikal 150cc dan ke bawah
Tanggungan Lesen Kenderaan Motor OKU
-Kerajaan akan menanggung sepenuhnya lesen kenderaan motor bagi semua golongan OKU
Belia e-Start
Kerajaan akan memperkasa penggunaan e-wallet dalam golongan belia dengan memberikan:
-RM150 secara one-off kepada 2 juta belia berumur 18 – 20 tahun
-Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian
Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar
Guru-guru di bawah KPM akan mendapat bantuan untuk membeli alat bantuan mengajar secara one-off:
-RM100
PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Khusus bagi pelajar yang berasal daripada keluarga B40 akan mendapat bantuan peranti untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Shop Malaysia Online
Usahawan e-dagang layak untuk mendapat manfaat sehingga RM2,000 untuk aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital
Program Subsidi Upah (PSU) Bersasar
Khusus kepada pemain industri pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30%, kerajaan akan terus memberikan Program Subsidi Upah (PSU).
Bonus Penjawat Awam
-RM200 : Insentif kepada pembantu Pembangunan Masyarakat Gred s19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14
-RM700 : Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
-RM350 : Bantuan Khas Kewangan kepada pesara kerajaan
Bantuan Khas Imam, Bilal, Guru KAFA
-RM500 secara one-off kepada RM70 ribu orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru KAFA
Duti Eksais Rokok Elektronik/ Vape
-Pengenalan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape
mySalam
-Perlindungan yang ditawarkan diperluas bagi perbelanjaan stent jantung. Skim ini juga dipanjangkan kepada penerima BKM dan manfaatnya turut diberikan kepada penerima yang layak.
Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti
-RM50/sebulan : Pas perjalanan bas dan rel tanpa had untuk pengguna terutamanya di Lembah Klang
Program MyKasih Kapital
-Bantuan asas modal perniagaan serta bimbingan bagi menggalakkan golongan wanita menjana pendapatan dari rumah
Subsidi Kerusi Keselamatan Kereta Bagi Kanak-Kanak
Bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta keluarga B40, kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak:
-50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak
SUMBER : Ucapan Bajet MoF
Semoga Bajet 2026 yang akan dibentangkan kali ini mampu mengembirakan semua warga Malaysia.
Rel : mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan pgk, rm2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat, rm100 juta geran pendigitalan sehingga rm5,000 untuk manfaat, 15 untuk bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan, 2024 diunjur berkurang kepada 4.3
had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak, ptptn bermula 14 oktober 2023, diskaun bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan, 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi, ptptn bermula 14 oktober 2023 sehingga 31 mac 2024, kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan biasiswa kecil persekutuan, anwar yang boleh diakses ahli pada bila bila masa, skim ex gratia bencana kerja, 15 untuk bayaran sekurang kurangnya 50 daripada baki hutang dalam sekali bayaran,