Bilakah tarikh bayaran gaji atau Jadual gaji 2026 – 2027 bulanan penjawat awam/ kakitangan kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja. Pembayaran gaji bergantung kepada tangga gaji termasuk pangkat (jawatan), kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (Penjawat Awam).
Pembayaran gaji kakitangan awam pada kebiasaannya dibayar pada hujung bulan. Pada waktu inilah, mesin ATM atau bank sesak dengan pekerja membuat urusan kewangan hasil penggajian mereka. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam/ Kerajaan tahun 2027 dikongsikan di bawah ini untuk rujukan semua.
Jadual Pembayaran Gaji 2027 Kakitangan Awam
Berikut dikongsikan jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan 2027 kakitangan awam yang mungkin dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan cuti persekolahan Malaysia. Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali dan jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2027 adalah seperti berikut.
- Semakan dan cetakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di JANM
Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan 2025
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2026 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2027.
Penetapan tarikh pembayaran emolumen bagi tahun 2027 adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa. SPANM Bil. 5 Tahun 2026 ini berkuat kuasa mulai 21 September 2026 dan boleh diakses serta dimuat turun melalui Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM). Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.
SPANM Bil. 5 Tahun 2026 ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2027 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/ Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul serta emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Maklumat bayaran gaji yang dikongsikan memaparkan maklumat bulan/ tarikh/ jenis perayaan – jika ada dan hari.
Berikut adalah maklumat tarikh pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota. Hampir kebanyakkan hari pembayaran gaji adalah pada hari Khamis.
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2027
Berikut adalah tarikh penting dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2026 untuk tarikh dan pembayaran emolumen tahun 2027:-
- Januari 2027
- 25.01.2027 Isnin
- Februari 2027
- 25.02.2027, Khamis (TAHUN BARU CINA : 6 & 7 Februari 2027 (Sabtu & Ahad))
- Mac 2027
- 25.03.2027, Khamis (HARI RAYA AIDILFITRI : 10 Mac & 11 Mac 2027 (Rabu & Khamis)
- April 2027
- 22.04.2027, Khamis
- Mei 2027
- 12.05.2027, Rabu (HARI RAYA AIDILADHA : 17 & 18 Mei 2027 (Isnin & Selasa))
- Jun 2027
- 17.06 2027, Khamis
- Julai 2027
- 21.07.2027, Rabu
- Ogos 2027
- 25.08.2027, Rabu
- September 2027
- 23.09.2027, Khamis
- Oktober 2027
- 21.10.2027, Khamis (HARI DEEPAVALI – 28 Oktober 2027 (Khamis))
- November 2027
- 25.11.2027, Khamis
- Disember 2027
- 20.12.2027, Isnin (HARI KRISMAS – 25 Disember 2027 (Sabtu))
Lampiran Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2027
(Satu tarikh gaji untuk semua negeri)

Nota
- Tarikh pembayaran gaji tahun 2027 masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa
Tarikh Penting Gaji Bulanan Emolumen 2026
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2026 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.7 (48) bertarikh 14 Oktober 2025 – Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026.
- Januari : 22 /1/2026 (Khamis)
- Februari : 12/2/2026 (Khamis). Tahun baharu Cina 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu)
- Mac : 16/3/2026 (Isnin). Hari Raya Puasa 21 & 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad)
- April : 20/4/2026 (Isnin)
- Mei : 21/5/2026 (Khamis). Hari Raya Haji 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis)
- Jun : 25/6/2026 (Khamis)
- Julai : 23/7/2026 (Khamis)
- Ogos : 24/8/2026 (Isnin)
- September : 24/9/2026 (Khamis)
- Oktober : 22/10/2026 (Khamis)
- November : 25/11/2026 (Rabu). Hari Deepavali 8 November 2026 (Ahad)
- Disember : 21/12/2026 (Isnin). Hari Krismas 25 Disember 2026 (Jumaat)

SUMBER : ANM
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Semoga jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2026 – 2027 (tarikh pembayaran gaji) yang dikeluarkan jabatan akauntan negara malaysia janm ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam). Dalam merancang kewangan perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka ke arah kehidupan yang lebih terjamin untuk masa hadapan.
Ref : mengikut tarikh, satu tarikh dan peraturan pembayaran emolumen tahun, jadual pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025, hari gawai 1 2 jun 2025, raya puasa 31 mac, deepavali 20 oktober 2025, hari gawai 1 2 jun 2025 ahad isnin, hari raya puasa 31, 7 8 jun 2025, tahun baru cina 29 30 januari 2025 rabu khamis, raya haji 7 8 jun 30 31 mei 2025, krismas 25 disember 2025, bawah jabatan perkhidmatan awam, tahun baru cina 29 30 januari 2025 penetapan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025, awam untuk tahun




