Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 Tarikh/ Lokasi

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 (Karnival IPMA), Tarikh dan Lokasi pameran karnival institusi pendidikan MARA di seluruh Malaysia.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA Tahun 2025. Nak sambung belajar di mana? Berita baik buat pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan pinjaman atau mencari pelbagai peluang pendidikan. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 (Karnival IPMA) yang memaparkan maklumat tarikh dan lokasi karnival/ pameran booth.

Karnival Pendidikan MARA 2025 atau Karnival Institusi Pendidikan MARA anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) kebiasaannya akan diadakan pada bulan Jun dan Julai di beberapa lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia. Semua pelajar termasuk bakal pemohon UPU selain mengunjungi KPM, anda juga boleh hadir ke Karnival Pendidikan Tinggi 2025 Jom Masuk U atau IPT yang akan diadakan dari bulan Februari 2025 hingga bulan Mei 2025.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Institusi Pendidikan MARA 2025 (Karnival IPMA)

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan Karnival Pendidikan MARA buat panduan pelajar semua. Untuk makluman, matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Pelajar terutamanya lepasan SPM/ STPM dan orang awam adalah digalakkan untuk hadir ke KPM kerana anda boleh membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing di sana. Ianya sekaligus dapat merencana kerjaya masa depan anda lebih awal.

Jadual Karnival Pendidikan MARA Tahun 2025

Berikut dikongsikan jadual (tarikh/ lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2025 di seluruh Malaysia yang memaparkan maklumat tarikh dan lokasi karnival MARA diadakan.

  1. Kuala Lumpur : Quill City Mall, Kuala Lumpur, 3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  2. Sabah : 1 Borneo, Kota Kinabalu, 3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  3. Pahang : Kuantan City Mall, 3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  4. Selangor : Central i-City, Shah Alam, 10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  5. Johor : Angsana Mall, Johor Bahru, 10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  6. Negeri Sembilan : Palm Mall, Seremban, 10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  7. Kedah : Plaza Aman Central, Alor Setar, 17 – 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  8. Kelantan : Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, 17 – 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  9. Pulau Pinang : Mydin, Bukit Mertajam, 17 – 18 Mei 2025  (Sabtu & Ahad)
  10. Perak : Mydin Meru, Ipoh, 17 – 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  11. Terengganu : Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC), 24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  12. Melaka : Mahkota Parade, Melaka, 24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
  13. Sarawak : Mydin Petra Jaya, Kuching, 24 & 25 Mei 2025  (Sabtu & Ahad)

Nota: Tarikh dan lokasi Karnival adalah tertakluk kepada perubahan. Waktu karnival adalah dari jam 1000 pagi hingga 600 petang

Aktiviti Menarik Karnival Pendidikan MARA

Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA tahun 2025 seperti berikut :-

  1. Ceramah dan Kaunseling kerjaya
  2. Pendaftaran online Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  3. Cabutan Bertuah
  4. Maklumat pendidikan IPTS dan IPMa
  5. Jualan usahawan
  6. Food truck
  7. Photobooth
  8. Pendaftaran Alumni MARA

Manfaat Buat Lepasan Sekolah

  1. Peluang pendidikan di IPMa, IPTA dan IPTS
  2. Yuran percuma di IPMa terpilih
  3. Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  4. Permohonan terus dan temuduga terbuka
  5. Semakan baki tunggakan pinjaman MARA

Maklumat Lanjut Dan Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Bahagian Komunikasi Korporat,

  • Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA,
  • 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
    Tel : 03-2613 4856/ 42/43/ 51 atau Faks: 03-26927386
    Teknikal : 03-26134851
  • Laman Facebook Karnival IPMA

Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 ini boleh dijadikan panduan buat para pelajar dan juga orang awam yang bercadang untuk datang ke karnival. Selamat berkarnival.

Kongsi Info Di: