Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U (JMU) Tahun 2025. Jadual KPTN Jom Masuk U 2025? Musim kesibukan buat pelajar SPM dan STPM yang berhajat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui UPU bakal tiba. Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 atau juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U buat panduan dan rujukan pelajar. Karnival KPTN bakal memasuki edisi ke 18 tahun ini dan akan diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia yang dijangkakan bermula dari pertengahan Februari 2025 hingga bulan Mei 2025.
Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.
Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U 2025 (JMU)
Seperti yang dinyatakan, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Karnival KPTN Jom Masuk U ini. Selain KPTN, Majlis Amanah Rakyat juga ada menganjurkan Karnival IPMA dijangka pada bulan Mei 2025 jika merujuk kepada tahun sebelumnya.
Antara manfaat hadir ke karnival adalah seperti berikut :-
- Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
- Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.
- Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
- Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
- Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT
- Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
- Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
Nota : Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di Karnival KPTN nanti.
Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2025 (Program Jom Masuk U)
Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 (KPTN) atau Jom Masuk U. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, lokasi dan negeri/zon.
Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U 2025
Berikut adalah perkongsian tarikh dan lokasi karnival pendidikan tinggi negara mengikut zon:
- Zon Timur : 22 – 23 FEBRUARI 2025, Grand Hall, Office of Campus Director, UIAM Kuantan
- Zon Sabah : 19 – 20 APRIL 2025, Kompleks Sukan Sandakan
- Zon Timur : 19 – 20 APRIL 2025, UniSZA, Kampus Gong Badak
- Zon Sarawak : 26 – 27 APRIL 2025, Boulevard Shopping Mall, Bintulu, Sarawak
- Zon Utara : 26 – 27 APRIL 2025, Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang (Kampus Induk)
- Zon Selatan: 3 – 4 MEI 2025, Dewan Canselor, UTeM, Ayer Keroh, Melaka
- Zon Sarawak : 3 – 4 MEI 2025, Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak
- Zon Tengah : 10 – 11 MEI 2025, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Kampus Bangi, UKM
- Zon Sabah : 10 – 11 MEI 2025, Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke -2 UMS
- Zon Tengah : 17 – 18 MEI 2025, Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen, Manjung
- Masuk adalah PERCUMA
- Senarai lokasi KPTN akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada perubahan
Maklumat lanjut, sila rujuk kepada peta Karnival Jom Masuk U 2025 terkini yang dikongsikan berikut :-
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari :-
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 / 6767 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Selamat berkarnival. Semoga perkongsian Jadual Program Jom Masuk U 2025 (JMU) ini bermanfaat buat semua. Jangan lepaskan peluang, Jom hadir ke Karnival Jom Masuk U yang berdekatan dengan tenpat tinggal anda.