Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2025. Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STAM 2025. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan STAM 2025 (Sijil Tinggi Agama Malaysia) yang akan diadakan pada bulan November tahun 2025. Untuk jadual penuh peperiksaan awam yang lain seperti SPM, SPMU dan PAV, sila rujuk atau download jadual di Takwim Peperiksaan Awam.
Calon adalah diingatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.
Jadual Peperiksaan STAM 2025 Peperiksaan Bertulis
Untuk panduan pelajar STAM semua, berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 yang memaparkan maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.
- Tarikh peperiksaan STAM 2025 : 12 hingga 24 November 2025 (Ujian Bertulis)
Jadual STAM 2025 (Rasmi)
Berikut adalah jadual lengkap peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2025 untuk panduan pelajar semua dalam mempersiapkan diri menjelang waktu peperiksaan.
1. Rabu, 12 November 2025
- 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) S103/11 TAUHID DAN MANTIQ Kertas 1
- 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) S103/21 TAUHID DAN MANTIQ Kertas 2
2. Khamis, 13 November 2025
- 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) S102/11 FIQH Kertas 1
- 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) S102/21 FIQH Kertas 2
3. Isnin, 17 November 2025
- 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) S104/11 TAFSIR DAN ULUMUHU Kertas 1
- 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) S104/21 TAFSIR DAN ULUMUHU Kertas 2
4. Selasa, 18 November 2025
- 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) S106/11 NAHU DAN SARF Kertas 1
- 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) S106/21 NAHU DAN SARF Kertas 2
5. Rabu, 19 November 2025
- 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) S101/21 HIFZ AL-QURAN DAN TAJWID
- 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) S110/21 BALAGHAH
6. Khamis, 20 November 2025
- 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) S107/21 INSYA’ DAN MUTALAAH
- 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) S109/21 ‘ARUDH DAN QAFIYAH
7. Isnin, 24 November 2025
- 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) S105/21 HADITH DAN MUSTOLAH
- 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) S108/21 ADAB DAN NUSUS
Arahan Am Untuk Calon – Arahan, Amaran, Larangan Dan Peringatan
- 1.1 Calon wajib menduduki semua Kertas Peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
- 1.2 Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh beserta dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan bertulis STAM 2025.
- 1.3 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama Akauntan Negara.
- 1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
Arahan Di Dewan/ Bilik Peperiksaan
- 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
- 2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
- 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon hendaklah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
- 2.4 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran dalam tempoh pendaftaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam mana-mana dokumen rujukan calon. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan STAM 2025 sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran. Lembaga Peperiksaan berhak untuk tidak mengeluarkan keputusan calon sekiranya tiada bukti pendaftaran telah dilaksanakan.
Muat Turun/ Download Jadual STAM 2025
- * Sila download jadual RASMI lengkap peperiksaan beserta arahan dan panduan kepada calon dalam PDF di STAM 2025
Selamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2024. Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan STAM 2024 dapat membantu anda dalam merancang ulangkaji mata pelajaran sebelum tarikh peperiksaan.