Tarikh Peperiksaan UPKK 2025 KAFA. Panduan buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di Tahun 5. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan UPKK 2025 KAFA yang memaparkan tarikh ujian bertulis, amali dan lisan. Untuk makluman, peperiksaan bertulis UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) tahun 2025 akan diadakan dari 17 hingga 20 November 2025.
UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Matlamat peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian. Iaitu dalam Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Program KAFA menggunakan Kurikulum dan Buku Teks KAFA JAKIM yang menekankan kemahiran amali bagi membimbing murid mengenai al-Quran dan melaksanakan ibadah khusus selain daripada penguasaan aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Kurikulum ini memberi tumpuan kepada pendidikan asas Tilawah al-Quran, pembentukan akidah, bimbingan fardu ain, memupuk amalan fardu kifayah dan amalan adab yang berteraskan akhlak Islamiah yang mencakupi dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Program KAFA adalah merupakan program pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun. Program ini untuk memastikan mereka dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik, mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardu ain dalam kehidupan di samping kurikulum Pendidikan Islam yang diikuti oleh murid di sekolah kebangsaan.
Mata Pelajaran Yang Dinilai
Terdapat lapan subjek dalam kurikulum KAFA iaitu:
- Al-Quran
- Akidah
- Ibadah
- Sirah
- Adab
- Bahasa Arab
- Jawi dan Khat
- Tahfiz al-Quran
Bentuk Penilaian Peperiksaan UPKK
Peperiksaan UPKK adalah dinilai melalui kaedah/ bentuk seperti berikut :-
Secara Lisan
- Al-Quran
Bentuk Amali
- Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian
- Penghayatan Cara Hidup Islam
Penulisan Bertulis
- Aqidah
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Ibadah
Format Baru UPKK
Bermula tahun 2024, JAKIM telah melakukan perubahan format dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA. Lima perubahan utama format UPKK adalah:
- Kertas Peperiksaan Tilawah Al-Quran disatukan
- Kertas Peperiksaaan Adab juga disatukan
- Subjek Ulum Syariah dipecahkan kepada dua subjek iaitu Akidah (UPKK 02) dan Ibadah (UPKK 07)
- Calon hanya diberikan masa selama 1 jam 15 minit untuk menjawab semua kertas ujian bertulis
- Setiap kertas peperiksaan akan mempunyai soalan berkaitan perkara asas. Soalan berkaitan perkara asas akan ditanya di bahagian A setiap subjek.
Jadual Peperiksaan UPKK 2025 (Ujian Bertulis. Amali Dan Lisan)
Dibawah adalah Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) yang dikongsikan oleh JAKIM dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
A. Ujian Amali Solat
- 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)
B. Penghayatan Cara Hidup Islam
- 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)
C. Ujian Al-Quran
- 22 September hingga 17 Oktober 2025 (Waktu persekolahan)
E. Ujian Bertulis UPKK seperti berikut :-
Tarikh Ujian Bertulis UPKK tahun 2025 adalah dari 17 hingga 20 November 2025 seperti berikut.
17 November 2025 (ISNIN)
- Akidah : 2.30 hingga 3.45 petang
- Adab : 4.15 hingga 5.30 petang
18 November 2025 (SELASA)
- Ibadah : 2.30 hingga 3.45 petang
- Jawi dan Khat : 4.15 hingga 5.30 petang
19 November 2025 (RABU)
- Sirah : 3.00 hingga 4.15 petang
20 November 2025 (KHAMIS)
- Bahasa Arab: 3.00 hingga 4.15 petang
Grafik Jadual rasmi peperiksaan bertulis UPKK tahun 2025 dan makluman dari JAKIM adalah seperti berikut :-
Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) & Ihtbat Kafa Pratahfiz (IKP) Tahun 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 bermula pada 17 hingga 20 November 2025 serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2025 bermula pada 18 hingga 21 Ogos 2025.
Untuk paparan yang lebih jelas, sila rujuk di Facebook JAKIM
Gred Pemarkahan UPKK
Pencapaian tiap-tiap tahap UPKK berdasarkan gred dan skala berikut :
- A (Tahap Cemerlang) 80-100
- B (Tahap Baik) 60-79
- C (Tahap Memuaskan) 40-59
- D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39
* * Tertakluk kepada sebarang perubahan
Diucapkan selamat menduduki peperiksaan UPKK 2025. Semoga pelajar UPKK berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.
Rel : penghayatan cara hidup islam pchi, peperiksaan ujian penilaian kelas kafa upkk tahun 2023,