Jadual Siaran Langsung Liga Super 2025 – 2026 (MSL)

Jadual Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2025 - 2026 (MSL), LIVE perlawanan liga malaysia di kaca tv anda malam ini Astro Arena Bola.

Berita gembira buat peminat bolasepak di Malaysia. Berikut dikongsikan jadual siaran langsung Liga Super 2025 – 2026 Malaysia termasuk live streaming Malaysia Cup dan FA Cup. Astro kembali untuk musim ketiga sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2025-2026 (Malaysia Super League MSL), membawa pengalaman tontonan secara lebih dekat dan segar menerusi saluran Arena Bola (CH 803 & 804) serta platform penstriman Sooka. Rangkaian RTM melalui saluran TV Okey dan Sukan RTM serta live streaming di RTMKlik juga akan menyiarkan siaran langsung perlawanan terpilih.

Jadual perlawanan yang disiarkan secara langsung ke kaca TV anda kali ini memang banyak. Liga Malaysia 2025-2026 akan bermula pada 8 Ogos 2025 untuk Liga Super. Musim bolasepak Liga Malaysia yang panjang bakal menyaksikan 13 pasukan bersaing untuk setiap perlawanan. JDT adalah juara bertahan Liga Super manakala pasukan seperti Selangor FC, Terengganu FC, KL City FC dan Sabah FC perlu memberikan saingan untuk menjadi juara.

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Liga Super FA Cup Dan Malaysia Cup 2025 – 2026

Malaysia Super League atau Liga Super Malaysia 2025-2026 akan memasuki edisi ke-22 pada tahun 2025. Aksi pembukaan bakal menemukan pasukan JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk merebut Piala Sumbangsih.

Berikut adalah jadual LIVE Liga Super yang akan disiarkan di kaca TV anda setiap minggu. Dengan 228 perlawanan bakal bersiaran secara langsung dalam definisi tinggi (HD), peminat boleh mengikuti setiap jaringan, detik dramatik dan aksi terbaik dari mana-mana sahaja, sama ada di rumah, di stadium atau di hujung jari menerusi pek Astro One dan sooka. Perlawanan Liga Super telah dijadualkan diadakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu atau Ahad (perlawanan hujung minggu) serta Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis (perlawanan pertengahan minggu). Penyusunan tarikh perlawanan ini membolehkan pemilihan siaran langsung untuk beberapa perlawanan dibuat secara seimbang oleh penyiar rasmi liga.

Jadual Siaran Langsung Liga Super 2025 – 2026 Dan Malaysia Cup/ FA Cup

Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super, FA Cup dan Malaysia Cup tahun 2025-2026 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa bergantung kepada tarikh dan jadual perlawanan. Maklumat yang dikongsikan adalah jadual siaran langsung melibatkan pasukan di Liga Super, tarikh, masa dan saluran TV.

Siaran Langsung Liga Super 2025 –  2026

*Jadual siaran langsung akan dikemaskini

FA R16(1) – 16 Ogos 2025
PerlawananTVHariWaktu
Malaysian University (MUN) Vs Selangor FC (Stadium MBPJ)Astro Arena Bola 804, Astro GOSabtu5.00 PM
UMD Vs JDT (Stadium Sultan Ibrahim)Astro Arena Bola 804, Astro GOSabtu8.15 PM
DPMM FC Vs Kuching City FC (Stadium Hassanal Bolkiah)Astro Arena Bola 803, Astro GOSabtu8.15 PM
FA R16(1) – 17 Ogos 2025
PerlawananTVHariWaktu
Bunga Raya FC Vs Sabah FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman)Astro Arena Bola 804, Astro GOAhad4.45 PM
Imigresen FC Vs Terengganu FC (Stadium Negeri Penang)Astro Arena Bola 803, Astro GOAhad5.00 PM
Melaka FC Vs Penang FC (Stadium Hang Jebat)Astro Arena Bola 803, Astro GOAhad9.00 PM
FA R16(1) – 18 Ogos 2025
PerlawananTVHariWaktu
Negeri Sembilan FC Vs PDRM FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman)Astro Arena Bola 803, Astro GOIsnin9.00 PM
Kelantan TRW FC Vs KL City FC (Stadium Sultan Muhammad Ke-IV)TV Okey, Sukan RTM, RTMKlikIsnin9.00 PM

Liga Super Perlawanan Ke 2

LS2 – 12 Ogos 2025
PerlawananTVHariWaktu
JDT Vs Negeri Sembilan FC (Stadium Sultan Ibrahim)Astro Arena Bola 803, Astro GOSelasa8.15 PM
Selangor FC Vs DPMM FC (Stadium MBPJ)TV Okey, Sukan RTM, RTMKlikSelasa9.00 PM
Kelantan TRW FC Vs Imigresen FC (Stadium Sultan Muhammad Ke-IV)Astro Arena Bola 804, Astro GOSelasa9.00 PM
LS2 – 13 Ogos 2025
PerlawananTVHariWaktu
Melaka FC Vs Penang FC (Stadium Hang Jebat)Astro Arena Bola 804, Astro GORabu9.00 PM
KL City FC Vs Sabah FC (Stadium Bolasepak KL)Astro Arena Bola 803, Astro GORabu9.00 PM
Terengganu FC Vs PDRM FC (Stadium Bandaraya)Astro Arena Bola 802, Astro GORabu9.00 PM

Senarai Pasukan Yang Bertanding Di Liga Super

Berikut adalah senarai pasukan yang beraksi di Liga Super musim 2025-2026.

Liga Super

Klik pautan berikut untuk melihat senarai pemain:-

  1. JDT FC
  2. Selangor FC
  3. Negeri Sembilan FC
  4. Terengganu FC
  5. Kelantan The Real Warriors FC (TRW)
  6. Kuching City FC
  7. Sabah FC
  8. Penang FC
  9. Kuala Lumpur City FC
  10. Imigresen FC
  11. PDRM FC
  12. DPMM FC (Brunei)
  13. Melaka FC

Diharap Jadual siaran langsung perlawanan liga bola sepak yang dikongsikan ini dapat memudahkan anda menyokong pasukan kesayangan anda. Semoga anda sebagai peminat bolasepak di Malaysia berpuas hati dengan liputan menyeluruh jadual siaran langsung Liga Super Malaysia 2025 – 2026. Moga ada pasukan yang mampu mencabar pasukan JDT dalam merebut takhta Juara Liga tahun ini.

Rel : Julai 2020, aksi perlawanan, malaysia musim 2020, johor darul takzim, la liga, ogos 2021 kedah darul aman fc aplikasi unifi, malaysia musim 2022, september 2022, piala malaysia 2022,

Kongsi Info Di: