Jadual Waktu Berbuka Puasa Kelantan 2025 Dan Waktu Imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kelantan 2025 Dan Waktu Imsak (Sahur), Lampiran takwim ramadhan 1446 H seluruh kawasan/ zon di Negeri Kelantan.

Panduan buat warga Kelantan yang ingin mengetahui waktu penting untuk puasa Ramadhan tahun ini. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan untuk tahun 2025 bersamaan dengan 1446 Hijrah.

Jadual rasmi akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Jadual memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk masa untuk berbuka dan waktu sahur Negeri Kelantan. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1446H bersamaan dengan hari Ahad, 2 Mac 2025.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kelantan Dan Imsak Tahun 2025/ 1446H

Berikut dikongsikan Imsakiah Ramadan untuk negeri Kelantan 1446H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Kelantan untuk tahun 2025 yang dibahagikan kepada 2 zon iaitu :-

Zon 1

Jajahan Kota Bharu. Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, (Daerah Chiku)

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-KELANTAN

NOTA: Muat Turun : Takwim JAKIM (Kelantan)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2

Berikut adalah jadual Negeri Kelantan Zon 2:-

Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas & Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-KELANTAN

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual ini boleh dijadikan panduan buat warga Kelantan yang ingin mengetahui waktu-waktu penting sepanjang bulan Ramadhan.

Rel : bachok pasir mas tanah merah machang kuala krai,

Kongsi Info Di: