Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2025

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2025, Lampiran takwim Ramadhan 1446 Hijrah bagi seluruh kawasan/ zon di negeri Perak,

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Perak Tahun 2025/ 1446H. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1446H bersamaan dengan hari Ahad, 2 Mac 2025. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perak 2025 bersamaan dengan 1446 Hijrah buat panduan warga Perak Darul Ridzuan. Semoga perkongsian jadual boleh dijadikan panduan buat umat Islam yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak pada bulan puasa Ramadhan di Negeri Perak dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perak. Jadual berbuka puasa/ Imsak akan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu berbuka dan imsak Negeri Perak berjumlah 7 zon.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak Tahun 2025/ 1446H

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa dan Imsak Perak 1446H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Perak untuk tahun 2025 yang dibahagikan kepada 7 zon seperti berikut: –

Zon 1 

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PERAK

NOTA : Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2025 (Perak)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Perak untuk Zon 2:-

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PERAK

Zon 3

Berikut pula adalah jadual untuk Zon 3 buat panduan penduduk Pengkalan Hulu, Gerik dan Lenggong:-

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PERAK

Zon 4

Zon seterusnya adalah Zon 4 melibatkan kawasan Temengor dan Belum:-

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PERAK

Zon 5 

Berikut adalah jadual untuk Zon 5:-

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PERAK

Zon 6 

Berikut dikongsikan jadual waktu untuk Zon 6 buat panduan penduduk Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar:-

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PERAK

Waktu Berbuka Perak Zon 7  & Imsak

Zon seterusnya adalah Zon 7 melibatkan Bukit Larut:-

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PERAK

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat Warga Perak. Semoga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Perak 2024 yang dikongsikan bermanfaat buat semua. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Yang Maha Esa.

batu gajah kampar sg
zon 5 teluk intan bagan datuk kg
ipoh batu gajah kampar
waktu solat
zon 1 tapah slim
gajah kampar sg siput
zon 3 pengkalan hulu
1 tapah slim river
zon 2 ipoh batu
3 pengkalan hulu gerik
jadual waktu imsak dan berbuka puasa

Kongsi Info Di: