Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang 2025 Dan Imsak (1446H)

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang 2025 Dan Imsak (Sahur), Lampiran takwim atau jadual waktu buka puasa imsak dan sahur di bulan Ramadhan.

Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Pahang Tahun 2025/ 1446H. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1446H yang jatuh pada hari Ahad, 2 Mac 2025. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang dan Imsak untuk tahun 2025 bersamaan dengan 1446 Hijrah.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Mufti Negeri Pahang Darul Makmur. Jadual memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak Negeri Pahang.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang Dan Waktu Imsak Tahun 2025/ 1446H

Panduan buat warga Pahang yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak untuk puasa Ramadhan tahun ini. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga.

Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa Pahang dan Imsak (Sahur) 1446H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Pahang untuk tahun 2025 yang dibahagikan kepada 6 zon/ kawasan iaitu :-

Zon 1 : Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang Dan Imsak 

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PAHANG

NOTA : Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2025 (Pahang)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang Dan Imsak

Zon seterusnya adalah Zon 2 melibatkan kawasan Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan :-

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PAHANG

Zon 3 Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang Dan Imsak

Zon seterusnya adalah Zon 3 melibatkan kawasan Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera dan Jerantut :-
JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PAHANG

Zon 4 

Zon seterusnya adalah Zon 4 melibatkan kawasan Bentong, Raub dan Kuala Lipis:-
JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PAHANG

Zon 5

Zon seterusnya adalah Zon 5 melibatkan kawasan Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi :-
JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PAHANG

Zon 6

Zon seterusnya adalah Zon 6 melibatkan kawasan Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands  :-
JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-PAHANG

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa Pahang dan Imsak (Waktu bersahur) 2025 boleh dijadikan panduan buat warga Negeri Pahang yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur sepanjang bulan Ramadhan.

Kongsi Info Di: