Jadual Waktu Berbuka Puasa Terengganu 2025 Dan Waktu Imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Terengganu 2025 Dan Waktu Imsak (Sahur), Lampiran takwim ramadhan 1446 H seluruh kawasan/ zon di negeri Terengganu.

Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Terengganu Tahun 2025/ 1446H. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Terengganu dan Imsak untuk tahun 2025 bersamaan dengan 1446 Hijrah. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1446H yang jatuh pada hari Ahad, 2 Mac 2025.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Mufti Negeri Terengganu Darul Iman. Jadual memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak Negeri Terengganu.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Terengganu Dan Waktu Imsak Tahun 2025/ 1446H

Panduan buat warga Negeri Terengganu yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak untuk puasa Ramadhan tahun ini. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga.

Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa Terengganu dan Imsak (Sahur) 1446H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Terengganu untuk tahun 2025 yang dibahagikan kepada 4 zon/ kawasan iaitu :-

Zon 1 : Jadual Waktu Kuala Terengganu, Marang & Kuala Nerus 

JADUAL-IMSAK-DAN-BERBUKA-PUASA-TERENGGANU
NOTA : Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2025 (Terengganu)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 : Waktu Berbuka Dan Imsak Besut & Setiu 

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Terengganu untuk Zon 2:-

https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/4606-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-1446h-2025m

Zon 3 : Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Hulu Terengganu

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Terengganu untuk Zon 3:-

https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/4606-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-1446h-2025m

Zon 4 : Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Kemaman & Dungun 

Berikut adalah jadual untuk Zon 4:-

https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/4606-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-1446h-2025m

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa Terengganu dan Imsak (Waktu bersahur) 2025 boleh dijadikan panduan buat warga Negeri Terengganu yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur sepanjang bulan Ramadhan.

Kongsi Info Di: