Bila tarikh jadual SPM tahun 2025? Perhatian buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Untuk panduan murid dan ibu bapa, Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan (LP) Malaysia. Tarikh peperiksaan atau exam date yang dikongsikan adalah untuk jadual peperiksaan bertulis meliputi tarikh, masa dan subjek mata pelajaran.
Peperiksaan SPM adalah sangat penting buat para pelajar kerana ianya menentukan halatuju pendidikan tinggi dan seterusnya untuk mereka. Jika ingin menyambung pengajian tinggi ke IPT, terdapat banyak program pendidikan yang ditawarkan seperti kemasukan ke IPT (Universiti Awam/ Swasta), Program Matrikulasi , Tingkatan 6 (Enam) ataupun terus bekerja. Terdapat juga banyak jawatan di sektor perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan SPM.
Jadual Dan Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025
Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan SPM tahun ini seperti diumumkan secara rasmi oleh LP Malaysia bagi tahun 2025. Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, peperiksaan bertulis SPM 2025 akan diadakan mulai 20 November hingga 23 Disember 2025.
Tarikh Penting Peperiksaan SPM 2025
Pada 25 Julai 2025, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh penting seperti berikut :-
- Ujian Bertutur 1103/3 Bahasa Melayu Kertas 3
- 3 Hingga 6 November 2025
- Ujian Bertutur 1119/3 Bahasa Inggeris Kertas 3
- 10 Hingga 13 November 2025
- Ujian Amali Sains 4531/3 Fizik Kertas 3
- 17 November 2025
- Ujian Amali Sains 4541/3 Kimia Kertas 3
- 18 November 2025
- Ujian Amali Sains 4551/3 Biologi Kertas 3
- 19 November 2025
- Ujian Amali Sains 4561/3 Sains Tambahan Kertas 3
- 19 November 2025
- Ujian Mendengar 1103/4 Bahasa Melayu Kertas 4
- 20 November 2025
- Ujian Mendengar 1119/4 Bahasa Inggeris Kertas 4
- 20 November 2025
- Peperiksaan Bertulis SPM 2025
- 20 November Hingga 23 Disember 2025
Jadual Lengkap Dan Tarikh Peperiksaan SPM Tahun 2025
Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan rasmi SPM (peperiksaan bertulis) yang mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi & Sains Tambahan)
Ujian Mendengar BM & BI
Jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 seperti diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah seperti berikut :-
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2025 (BERTULIS) | |
25 Hingga 27 November 2025 | |
![]() | |
1 Disember & 2 Disember 2025 | |
![]() | |
3, 4 & 8 Disember 2025 | |
![]() | |
9 & 10 Disember 2025 | |
![]() | |
15 & 16 Disember 2025 | |
![]() | |
17 & 18 Disember 2025 | |
![]() | |
22 Disember 2025 | |
![]() | |
23 Disember 2025 | |
![]() | |
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon Peperiksaan SPM
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang (jadual spm 2025):
1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/ bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Peringatan
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Cara Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025
Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan buat calon serta untuk mendownload atau memuat turun Jadual Peperiksaan SPM :
Sila klik jadual dalam PDF seperti dikeluarkan oleh portal rasmi lembaga peperiksaan kementerian pendidikan malaysia
Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting SPM nanti. Buat ulangkaji dengan penuh bersungguh-sungguh dalam mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mengejar cita-cita anda.
Ref : menulis nota dokumen seperti buku lukisan grafik akhbar kamus kertas jadual waktu peperiksaan serta telefon bimbit alat alat komunikasi atau peranti elektronik bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan, pembayaran hendaklah memaklumkan kepada pihak jpn sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi borang pembetulan maklumat calon,