Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menerbitkan laporan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia pada setiap tahun. Laporan ini merangkumi pelbagai jenis data dan statistik seperti jumlah penduduk warganegara, kadar pertumbuhan penduduk, komposisi umur penduduk dan perbandingan nisbah jantina di Malaysia. Oleh itu, berikut dikongsikan Jumlah Penduduk Malaysia 2024 Statistik Populasi Terkini untuk makluman semua.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita seharusnya turut serta dalam proses bancian yang dijalankan oleh DOSM agar pengumpulan data yang tepat dapat dilaksanakan. Melalui statistik yang dikumpul, pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta dapat merancang pentadbiran serta mentadbir negara dengan lebih berkesan. Lebih-lebih lagi, maklumat ini dapat membantu golongan yang memerlukan seperti golongan B40 untuk menerima manfaat daripada dasar-dasar kerajaan yang bermanfaat.
Jumlah Penduduk Malaysia Terkini 2024 (Statistik Populasi)
Malaysia yang merupakan sebuah negara membangun kini telah menjadi antara negara yang penting di rantau Asia. Hubungan diplomasi yang baik dengan negara asing telah menjamin ekonomi yang sihat dan perkembangan yang meyakinkan. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi, perkembangan jumlah penduduk juga wajar diberi perhatian.
Di bawah adalah perkongsian berkaitan Jumlah Penduduk 2025 iaitu Statistik Populasi Terkini rakyat Malaysia. Turut disertakan adalah laporan-laporan perangkaan terkini yang dikeluarkan oleh DOSM sebagai rujukan untuk semua.
Laporan Anggaran Penduduk Semasa Daerah Pentadbiran Malaysia 2024
Laporan ini memaparkan anggaran pendudik di peringkat negeri dan daerah pentadbiran bagi tahun 2023 dan 2024. Anggaran penduduk semasa adalah berasaskan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020. Kaedah komponen kohort yang meliputi kelahiran, kematian dan migrasi digunakan dalam aggaran penduduk ini.
Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menyatakan, “Pada 2024, sebelas daerah dikenal pasti sebagai daerah menua iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.0 peratus. Daerah ini adalah Beluru (Sarawak), Kuala Langat (Selangor), Telang Usan (Sarawak), Sepang (Selangor), Mukah (Sarawak), Muallim (Perak), Tenom (Sabah), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang), Segamat (Johor), Tumpat (Kelantan) dan Kuala Selangor (Selangor). Semua daerah di dua buah negeri di utara Malaysia, Perak dan Kedah telah menjadi daerah menua”
Beliau turut menyatakan, perempuan melebihi lelaki bagi tiga belas daerah iaitu Muallim, Perak dengan nisbah jantina 92 lelaki bagi setiap 100 perempuan, diikuti Samarahan, Sarawak (94); Bachok, Kelantan (94); Song, Sarawak (95); Saratok, Sarawak (97); Kubang Pasu, Kedah (97); Julau, Sarawak (98); Tumpat, Kelantan (98); Pasir Puteh, Kelantan (98); Kanowit, Sarawak (99); Maradong, Sarawak (99), Machang, Kelantan (99) dan Kota Setar, Kedah (99). Bukit Mabong, Sarawak dan Cameron Highlands, Pahang mencatatkan nisbah jantina tertinggi pada 2024 dengan masing-masing 153 lelaki bagi setiap 100 perempuan diikuti Bentong, Pahang (133).
Petaling, Selangor merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai pada 2024 dengan 2.4 juta, diikuti Johor Bahru, Johor (1.8 juta) dan Ulu Langat, Selangor (1.5 juta). Manakala Kinabatangan dan Kalabakan, di Sabah mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dengan 9.6 peratus, diikuti Cameron Highlands, Pahang (8.4%). Sebaliknya, Tanjung Manis, Sarawak merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk paling rendah dengan 7.9 ribu, diikuti oleh Song, Sarawak (10.3 ribu) dan Bukit Mabong, Sarawak (10.6 ribu).
Petaling, Selangor mendahului ranking bagi daerah yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dengan 4,836 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti oleh Timur Laut, Pulau Pinang (4,782 orang) dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (1,887 orang).
Laporan Perangkaan Demografi Suku Pertama 2024
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 dianggarkan 34.0 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta). Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara. Penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta daripada 17.4 juta pada suku tahun pertama 2023 dan perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama. Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk Warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Melayu menyumbang 57.9 peratus (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 17.6 juta). Penduduk Cina, India dan Bumiputera Lain kekal kepada 22.6 peratus, 6.6 peratus dan 12.2 peratus. Bumiputera Sabah merangkumi Kadazan/Dusun (2.1%), Bajau (1.8%), Murut (0.3%), manakala Bumiputera Sarawak merangkumi Iban (2.4%), Bidayuh (0.7%) dan Melanau (0.4%).
Jumlah kelahiran hidup pada suku tahun pertama 2024 menurun 9.4 peratus daripada 117,413 kelahiran pada suku tahun pertama 2023 kepada 106,386 kelahiran. Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran bayi perempuan. Melayu menyumbang 68.8 peratus (73,136 kelahiran hidup) daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 67.6%). Kelahiran hidup bagi Cina dan India masing-masing menurun kepada 8.8 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.7 peratus dan 4.3 peratus pada suku tahun pertama 2023. Manakala, Bumiputera Lain merekodkan peningkatan kepada 12.7 peratus pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 12.6%).
Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8%) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Labuan (323 kelahiran: 0.3%). Umur ibu 30-39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi pada suku tahun pertama 2024 iaitu 55,864 (52.5%), diikuti oleh ibu berumur 20-29 tahun (40.0%), 40 tahun dan lebih (6.0%) dan kurang daripada 20 tahun (1.5%).
Sejumlah 47,964 kematian telah direkodkan pada suku tahun pertama 2024, penurunan 1.5 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (48,693 kematian). Bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,434 manakala 20,530 kematian bagi perempuan. Pada suku tahun pertama 2024, Melayu menyumbang 51.4 peratus (24,667 kematian) daripada jumlah kematian (ST1 2023: 51.9%). Kematian bagi Cina meningkat kepada 27.0 peratus pada suku tahun pertama 2024 berbanding 26.1 peratus pada suku tahun pertama 2023. Sementara itu, jumlah kematian bagi India kekal tidak berubah pada 8.5 peratus, manakala kematian bagi Bumiputera Lain menurun kepada 10.4 peratus pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 10.8%).
Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,730 kematian (16.1%) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian (0.1%). Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 34,067 kematian (71.0%), diikuti oleh umur 41-59 tahun (19.8%), umur 15-40 tahun (7.0%) dan umur 0-14 tahun (2.2%).
Jumlah Penduduk Malaysia 2024
Berikut adalah anggaran jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan setiap negeri bagi tahun 2024:
- Selangor : 7.3 juta
- Sabah : 3.7 juta
- Johor : 4.1 juta
- Sarawak : 2.5 juta
- Perak : 2.5 juta
- Kedah : 2.2 juta
- Kelantan : 1.8 juta
- Pulau Pinang : 1.8 juta
- Kuala Lumpur : 2.0 juta
- Pahang : 1.6 juta
- Terengganu : 1.2 juta
- Negeri Sembilan : 1.2 juta
- Melaka : 1.0 juta
- Perlis : 0.3 juta
- Putrajaya : 0.1 juta
- Labuan : 0.1 juta
Sumber: Perangkaan Demografi, Suku Pertama 2024
Statistik Populasi Malaysia 2024
Di bawah pula adalah statistik populasi Malaysia berdasarkan kewarganegaraan, kumpulan etnik, nisbah jantina dan kumpulan umur. Jumlah tahun semasa dipaparkan dengan jumlah tahun sebelumnya sebagai perbandingan.
1) Keseluruhan
- 2024 : 34.0 juta
- 2023 : 33.4 juta
2) Warganegara
Warganegara:
- 2024 : 30.6 juta
- 2023 : 30.4 juta
Bukan warganegara:
- 2024 : 3.4 juta
- 2023 : 3.0 juta
3) Jantina
Lelaki:
- 2024 : 17.8 juta
- 2023 : 17.5 juta
Perempuan:
- 2024 : 16.1 juta
- 2023 : 15.9 juta
4) Umur
Penduduk Bawah 14 Tahun
- 2024 : 7.7 juta
- 2023 : 7.5 juta (22.6%)
Penduduk 15 Tahun – 64 Tahun di Malaysia
- 2024 : 23.8 juta
- 2023 : 23.4 juta (70.0%)
Penduduk 65 Tahun ke Atas di Malaysia
- 2024 : 2.5 juta
- 2023 : 2.5 juta (7.4%)
Sumber : Perangkaan Demografi Suku Pertama 2024
Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas, berikut adalah infografik yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:
Maklumat lanjut
Sebarang informasi lanjut berkenaan Statistik Populasi Terkini ini boleh didapati di:
- Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
- No. Telefon Rasmi: +603-8885 7000
- Emel:
- info@dosm.gov.my (Pertanyaan Umum)
- data@dosm.gov.my (Pertanyaan & Permintaan Data)
Rel : datuk seri dr mohd uzir mahidin berkata, komposisi penduduk berumur, cina dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian 71, data penduduk, secara keseluruhan nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 wanita,
putrajaya mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran 18.8
juta berbanding
gambar hiasan
34.0 juta bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah
ketua perangkawan malaysia datuk seri
47,964 kematian terendah dicatatkan oleh wilayah persekutuan labuan
kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian 71
merangkumi 30.6 juta 90 peratus
17.7 juta bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah
berkata jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh wilayah persekutuan labuan