Menarik. Kerajaan telah memperkenalkan Kad khas untuk kakitangan penjawat awam dan swasta berpersatuan. Pada 1 Mei 2025, sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Kad Pekerja MADANI, satu inisiatif baharu kerajaan untuk menghargai sumbangan para pekerja di Malaysia.
Perdana Menteri telah mengumumkan inisiatif ini ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kad ini memberi peluang kepada ahli kesatuan yang memilikinya untuk menikmati diskaun bagi pelbagai kemudahan. Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan kepada golongan pekerja yang sentiasa gigih melaksanakan tugas dan amanah.
Apa Itu Kad Pekerja MADANI?
Kad ini adalah medium penyampaian faedah bersasar melalui pendekatan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta. Ianya adalah kad dalam bentuk digital dengan Kod QR unik dan diberikan kepada lebih satu juta ahli kesatuan sekerja di seluruh negara. Kad ini membolehkan pemegangnya menikmati diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini.
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup para pekerja serta menggalakkan majikan menjaga kebajikan pekerja dengan lebih telus.
Secara ringkas, Kad ini adalah satu inisiatif yang memberikan manfaat ekonomi langsung kepada ahli kesatuan sekerja melalui diskaun istimewa, sekaligus menghargai peranan mereka dalam pembangunan negara.
Objektif
Berikut adalah objektif kad ini diperkenalkan:
i) Mengurangkan Beban Kos Sara Hidup
Dalam menghadapi kenaikan harga barang dan perkhidmatan, Kad ini bertujuan membantu pekerja dan keluarga mereka mengurangkan perbelanjaan harian. Diskaun yang diberikan secara langsung dapat meningkatkan daya beli dan kestabilan kewangan mereka.
ii) Meningkatkan Daya Tarikan Keahlian Kesatuan Sekerja
Dengan menawarkan faedah dan kemudahan yang relevan, kesatuan sekerja menjadi lebih menarik kepada pekerja. Ini seterusnya dapat mengukuhkan lagi kedudukan kesatuan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahli mereka.
iii) Menggalakkan Kerjasama Strategik Antara Kerajaan dan Sektor Swasta
Inisiatif ini adalah satu contoh kerjasama menang-menang yang memberi manfaat langsung kepada pekerja sambil mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan syarikat swasta. Ia juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan sektor pekerja secara sistematik dan mampan.
iv) Memperkukuhkan Jaringan Keselamatan Sosial Pekerja
Melalui kad ini, pekerja mendapat akses kepada faedah yang menyokong kehidupan harian mereka, dari segi keperluan asas sehingga ke perkhidmatan sokongan lain. Ia adalah satu langkah proaktif dalam membina jaringan keselamatan sosial yang lebih kukuh dan berdaya tahan.
Manfaat
Kad boleh digunakan di mana-mana kedai rakan strategik dengan mengemukakan Kad. Kod QR anda akan di imbas oleh kedai rakan strategik.
Kad Pekerja MADANI menawarkan beberapa keistimewaan utama, antaranya:
i) Diskaun eksklusif
Pemegang kad menikmati diskaun sehingga 30% untuk pelbagai barangan keperluan dan perkhidmatan daripada lebih 100 syarikat rakan kongsi. Ini termasuklah barangan runcit, makanan dan minuman, pakaian, rekreasi, perhotelan, dan perkhidmatan seperti perkongsian kereta.
Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuk :-
- AEON
- Mydin
- Jakel
- Marrybrown
- Genting
- OldTown White Coffee
- ZUS Coffee
- SOCAR
- Bateriku
ii) Meringankan beban kos sara hidup
Diskaun yang ditawarkan membantu pekerja berjimat dalam perbelanjaan harian, terutama dalam menghadapi tekanan ekonomi semasa.
iii) Mengiktiraf dan menghargai pekerja
Inisiatif ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan pekerja kepada negara.
iv) Menggalakkan penyertaan dalam kesatuan sekerja
Faedah yang ditawarkan diharap dapat menarik lebih ramai pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja.
v) Memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial pekerja
Kad ini adalah satu langkah dalam menyediakan sokongan langsung kepada pekerja untuk akses kehidupan harian yang lebih sistematik dan mampan.
Syarat Kelayakan
Ahli mana-mana kesatuan yang aktif boleh memohon untuk mendapatkan Kad. Pemohonan yang disahkan status keahlian sahaja yang akan disenaraikan sebagai pemegang kad sah.
Cara Permohonan Kad Pekerja MADANI 2025
Mudah sahaja nak dapatkan Kad ini. Ikutilah langkah-langkah berikut untuk merebut peluang menarik dari kerajaan ini.
i) Daftar Akaun Anda
Maklumat lanjut, sila Layari Aplikasi Rasmi Kad Pekerja MADANI di pautan:
Isi Maklumat: Isi maklumat yang diperlukan bedasarkan borang daftar.
Log Masuk: Log masuk ke aplikasi Kad
ii) Mohon Kad Pekerja
Buat Permohonan Baharu: Buat permohonan Kad Pekerja
Isi Maklumat: Isi maklumat yang diperlukan seperti maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan maklumat majikan.
Hantar Permohonan: Hantar permohonan anda. Permohonan anda akan disemak oleh wakil kesatuan.
iii) Kelulusan Kesatuan
Semakan Kesatuan: Kesatuan akan membuat semakan maklumat permohonan.
Kelulusan: Maklumat yang betul dan tepat akan disahkan oleh kesatuan.
Kad Pekerja : Anda akan menerima Kad setelah mendapat kelulusan.
iv) Imbas Kad Pekerja MADANI
Imbas atau Papar Kad Anda: Imbas atau papar Kad anda di mana-mana rakan strategik yang menerima Kad ini untuk mendapatkan pelbagai kelebihan yang ditawarkan.
Rel : aeon mydin jakel marrybrown genting, ahli kesatuan pekerja,