Kadar Zakat Fitrah 2025 Setiap Negeri Di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2025 Malaysia (Seluruh Negeri), jumlah bayaran mengikut beras yang dimakan seharian seperti super special tempatan, basmathi.

Dengan tibanya bulan Ramadan 1446H, umat Islam di seluruh Malaysia kembali menunaikan ibadah puasa dan seterusnya melaksanakan kewajipan membayar zakat fitrah. Zakat fitrah bukan sekadar satu kewajipan rutin tahunan, ia sebenarnya satu peluang untuk kita membersihkan diri, membantu sesama insan dan memperoleh ganjaran berganda di bulan yang mulia ini. Berapakah Kadar Zakat Fitrah 2025 Malaysia (Seluruh Negeri)?

Zakat fitrah bukan sekadar kewajipan ibadah, malah berperanan penting dalam memperkukuhkan jaringan sosial masyarakat melalui bantuan ekonomi secara langsung kepada mereka yang memerlukan. Dengan pelbagai pilihan kaedah pembayaran yang mudah dan kadar yang fleksibel, tiada alasan untuk melewatkan atau melupakan tanggungjawab ini.

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri Di Malaysia Tahun 2025

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Bayaran Zakat Fitrah 2025 Malaysia (Seluruh Negeri). Setiap majlis agama Islam negeri dan wilayah persekutuan bertanggugjawab untuk mengumumkan kadar mengikut harga beras semasa.

Dalam sebuah Hadith daripada Ibn Abbas R. Anhuma katanya : (Maksudnya) “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah sebagai menyuci bagi orang yang berpuasa dari seberang lagha dan keji serta memberi makan kepada orang-orang miskin.” – Riwayat Abu Daud.

Rasullullah SAW juga telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA: (Maksudnya) Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas Umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam. – Riwayat Muslim: 984

Kenapa perlu membayar zakat fitrah?

Zakat fitrah merupakan zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap individu Muslim yang berkemampuan menjelang Syawal, sebagai penyucian diri daripada kekurangan dan kekotoran yang mungkin berlaku sepanjang Ramadan. Ia juga bertujuan untuk membantu golongan asnaf seperti fakir dan miskin agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Kewajipan ini dikenakan ke atas setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, merdeka atau hamba. Malah, seseorang itu juga wajib membayar zakat bagi tanggungan seperti anak-anak atau isteri yang belum berkemampuan.

Waktu Bayaran Zakat Fitrah

Secara umumnya, waktu pembayaran zakat fitrah terbahagi kepada empat kategori utama:

1. Waktu Harus: Bermula dari awal Ramadan sehingga akhir Ramadan.

2. Waktu Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada malam 1 Syawal.

3. Waktu Afdhal: Selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadan dan sebelum solat sunat Aidilfitri.

4. Waktu Makruh: Bayaran selepas solat sunat Aidilfitri

5. Waktu Haram: Waktu selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Disarankan agar zakat fitrah dibayar seawal mungkin dalam bulan Ramadan agar agihan kepada penerima dapat dilakukan dengan lebih sistematik.

Jadual Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah Setiap Negeri Tahun 2025

Kadar bayaran tahun 1446H 2025M ditentukan berdasarkan harga beras semasa yang menjadi makanan asasi rakyat Malaysia. Setiap negeri menawarkan beberapa kadar pilihan yang menggambarkan jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Berikut ialah kadar yang telah ditetapkan bagi seluruh negeri di Malaysia pada tahun 2025:

Negeri/ Wilayah Kadar (RM)
Selangor 7.00, 15.00, 22.00
Johor 7.00, 12.00, 20.00
Kedah 7.00, 14.00
Kelantan8.00, 14.00, 21.00
Terengganu10.00, 21.00
Melaka 7.00, 15.00, 22.00
Negeri Sembilan 7.50, 12.00, 22.00
Pahang 7.00, 14.00, 21.00
Perak10.00, 16.00, 27.00
Perlis 9.00
Pulau Pinang 7.00, 10.00, 15.00, 25.00
Sabah 7.50
Sarawak 7.50
Wilayah Persekutuan 7.00, 15.00, 22.00

Pemilihan kadar bayaran zakat adalah bergantung kepada jenis beras yang dimakan harian. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga makan beras biasa (gred rendah atau sederhana), maka kadar RM7.00 sudah memadai. Namun, jika anda biasa menikmati beras wangi import atau beras mahal, maka pilih kadar yang lebih tinggi sebagai tanda kejujuran dalam ibadah.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik dari sumber Harian Metro di bawah ini :-

Kaedah Bayaran Zakat Fitrah

Selaras dengan perkembangan teknologi dan kemudahan pembayaran digital, hampir semua negeri kini menawarkan pelbagai kaedah untuk menunaikan zakat fitrah:

1. Bayaran Tunai kepada Amil

Kaedah tradisional ini masih diteruskan. Setiap negeri melantik amil-amil yang sah dan bertauliah untuk mengutip zakat fitrah. Mereka akan memberi resit dan lafaz akad zakat kepada pembayar.

2. Pembayaran Dalam Talian (Online)

Melalui portal rasmi Majlis Agama Islam negeri masing-masing seperti PPZ-MAIWP, Zakat Selangor, Zakat Pulau Pinang dan sebagainya. Anda hanya perlu masukkan maklumat jumlah tanggungan dan kadar yang dipilih, seterusnya bayar menggunakan FPX.

3. Pembayaran Kod QR

Beberapa negeri telah mula memperkenalkan sistem bayaran melalui imbasan kod QR, seperti di Sarawak melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Kaedah ini diperkenalkan secara berperingkat bermula di Kuching dan dijangka diperluas ke seluruh negeri menjelang 2026.

4. Bayaran Secara NFC

Inisiatif oleh PPZ-MAIWP telah melancarkan bayaran zakat fitrah menggunakan teknologi “Near Field Communication (NFC)”. Pembayar hanya perlu menyentuh kad debit kepada terminal pembayaran di lokasi tertentu seperti KLCC dan Masjid India.

5. Melalui Aplikasi Mobile

Sebilangan negeri kini membolehkan pembayaran melalui aplikasi mudah alih rasmi mereka. Contohnya, aplikasi Zakat Selangor, Zakat Kedah, dan sebagainya. Ini memudahkan umat Islam membuat pembayaran di mana sahaja.

Semoga perkongsian berkenaan Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2025 ini membantu semua umat Islam dalam menunaikan ibadah ini. Marilah kita bersama-sama melunaskan zakat fitrah dengan penuh keinsafan dan keikhlasan, demi kesejahteraan ummah secara keseluruhannya.

Rel : individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat, bulan ramadhan, mengeluarkan zakat fitrah, beras putih import, negeri johor, makanan hariannya, umat islam yang menjadikan beras basmathi, tahun 2025 mengikut negeri,

Kongsi Info Di: