Kalendar Peperiksaan MUET 2026 MPM

Kalendar Peperiksaan MUET 2026 MPM (Tarikh Daftar Dan Ujian), Tarikh penting kalendar MUET tahun 2026 sesi 1, 2, 3 untuk panduan calon.

Tarikh Registration Dan Ujian – Kalendar MUET 2026. Panduan buat calon pelajar yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET pada tahun 2026. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET 2026 yang mengandungi tarikh penting berkaitan dengan tarikh register dan ujian speaking dan bertulis. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree) iaitu kemasukan ke Universiti Awam (UA), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.

Jadual Peperiksaan MUET 2026 yang dikeluarkan oleh MPM ini adalah edisi terkini pada 3 November 2025. Sebarang perubahan tarikh untuk session 1, 2 dan 3 (April, Jun dan Oktober) 2026 akan dikongsikan dari masa ke semasa.

Kalendar Peperiksaan MUET 2026 Tarikh Register Dan Ujian Speaking Dan Bertulis

Buat perhatian calon, Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan diadakan dalam 3 sesi iaitu 3 kali ujian dalam setahun. Iaitu MUET Sesi 1, Sesi 2 dan Sesi 3 2026.

Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan MUET 2026 untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain ianya memaparkan maklumat berkaitan tarikh register di buka dan ditutup. Juga dikongsikan adalah tarikh ujian speaking dan ujian bertulis.

  • Calon pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting tersebut untuk mengelakkan dari terlepas sesi registration setiap sesi terutama sesi 1 dan 2 yang boleh menjejaskan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi melalui UPU.

Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2026 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.

Tarikh Penting MUET 2026

Berikut adalah tarikh penting yang dikongsikan dari Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2026.

Sesi 1 2026

  • 15 Disember 2025 : Tarikh Registration dibuka
  • 25 Januari 2026 : Tarikh Tutup Registration
  • 14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 25 April 2026: Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening)

Sesi 2 2026

  • 9 Mac 2026 : Tarikh Registration dibuka
  • 20 April 2026 : Tarikh Registration ditutup
  • 15, 16, 18, 23, 24 dan 25 Jun 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 27 Jun 2026 : Tarikh Ujian Bertulis

Sesi 3 2026

  • 4 Ogos 2026 : Tarikh Registration dibuka
  • 4 September 2026 : Tarikh Tutup Registration
  • 6, 7, 8, 12, 13 dan 14 Oktober 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 17 Oktober 2026: Tarikh Ujian Bertulis

MUET Tahun 2025

Sesi 1 2025

  • 9 Disember 2024 : Tarikh Registration dibuka
  • 12 Januari 2025 : Tarikh Tutup Registration
  • 8, 9, 10, 14, 15 dan 16 April 2025 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 19 April 2025: Tarikh Ujian Bertulis

Sesi 2 2025

  • 21 April 2025 : Tarikh Registration dibuka
  • 18 Mei 2025 : Tarikh Registration ditutup
  • 5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Ogos 2025 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 16 Ogos 2025 : Tarikh Ujian Bertulis

Sesi 3 2025

  • 3 Julai 2025 : Tarikh Registration dibuka
  • 3 Ogos 2025 : Tarikh Tutup Registration
  • 29, 30 Oktober 2025, 3, 4, 5 dan 6 November 2025 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 22 November 2025: Tarikh Ujian Bertulis

Download Kalendar Peperiksaan MUET 2026

Calon peperiksaan boleh memuat turun Kalendar ini di Laman web MPM

Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan MUET 2026 dari MPM ini bermanfaat buat semua calon. Semoga anda berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan dengan cemerlang pada peperiksaan nanti. syarat kemasukan, muet on demand mod

Kongsi Info Di: