Malaysia Super League 2025 – 2026 : Jadual Perlawanan, Keputusan Live Score Dan Carta Kedudukan Terkini. Panduan buat peminat bolasepak di Malaysia. Musim baru bolasepak Malaysia tahun 2025 akan kembali menemui anda pada bulan Ogos 2025. Berikut dikongsikan keputusan Liga Super 2025 terkini dan jadual perlawanan MSL serta carta kedudukan pasukan. Untuk tahun ini, perlawanan akan disiarkan secara langsung melalui rangkaian Astro dan RTM (TV2 & Sukan RTM).
Aksi Liga 2025 – 2026 akan memasuki edisi ke-21 sejak MSL Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004. Tiga belas (13) pasukan akan bersaing untuk merebut Juara Liga dan tiket ke Liga Juara-Juara ACL Elite serta ACL2. Johor Darul Takzim atau JDT (johor dt) adalah juara bertahan Liga terulung Malaysia setelah memenanginya untuk sebelas kali berturut-turut.
Liga Super 2025 – 2026 Malaysia
Untuk peminat bolasepak yang inginkan maklumat terkini perlawanan MSL 2025, berikut dikongsikan keputusan (results), kedudukan carta dan jadual penuh bagi setiap perlawanan Liga utama di Malaysia untuk musim 2025 – 2026.
Saingan Liga Malaysia 2025 dijangka berlangsung selama 10 bulan selepas selesai proses transisi musim lalu yang menyaksikan kelab-kelab mengharungi tempoh musim panjang selama 14 bulan bagi menyelaras kalendar Liga Malaysia selari dengan liga-liga utama luar negara.
Setiap keputusan dan kedudukan carta pasukan akan dikemaskini melalui widget liga 2025 yang dikongsikan di bawah ini.
Senarai Pasukan Liga Super Malaysia 2025 – 2026
Berikut adalah 13 pasukan yang bakal berentap merebut takhta kejuaraan Liga Malaysia.
- Johor Darul Ta’zim FC (JDT) : Juara Bertahan
- Selangor FC
- Penang FC
- Kuching City FC
- Sabah FC
- Terengganu FC
- Negeri Sembilan FC
- Kelantan Darul Naim FC
- Kuala Lumpur City FC
- PDRM FC
- DPMM FC
- Melaka FC
- Imigresen FC
Liga Super 2025-2026 bakal dimeriahkan dengan kehadiran dua wakil dari AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC serta kelab dari Brunei 🇧🇳, DPMM FC!
Dua pasukan hebat, Sri Pahang dan Perak telah menarik diri untuk beraksi kali ini manakala pasukan Kedah Darul Aman hanya akan beraksi dalam kancah Liga A1 Semi-Pro.
Saingan Liga Super 2025 – 2026 : Carta Kedudukan Pasukan |
Jadual Perlawanan Liga Super 2025 – 2026 Dan Keputusan Penuh |
Nota : Tunggu sehingga widget berfungsi dan klik perlawanan untuk mendapatkan keputusan secara live score
Sebagai alternatif, peminat bolasepak boleh mendapatkan keputusan Liga 2025 – 2026 secara livescore melalui pautan berikut :-
Maklumat Lanjut Liga Malaysia 2025 – 2026
Tarikh penting Liga Malaysia musim ini adalah seperti berikut :-
Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih)
- 8 Ogos 2025 : JDT Vs Selangor (Stadium Sultan Ibrahim, 900pm)
Malaysia Super League
- Bermula 8 Ogos 2025
Liga A1 Semi-Pro
- Akan dikemaskini
Piala FA 2025
- Pertengahan Ogos 2025
Malaysia Cup 2025
- Januari 2026
MFL Challenge Cup
- Januari 2026
Berikut adalah pautan penting buat mereka yang ingin mendapatkan keputusan bolasepak Liga Malaysia musim ini
Mampukah JDT memenangi kejuaran Liga untuk kali kedua belas kali berturut-turut? Ataukah pasukan kesayangan anda bakal menjadi juara? Saksikan aksi menarik Liga di kaca TV, mobile, tablet dan sebagainya. Semoga pasukan pilihan anda menjuarai Malaysia Super League (MSL) kali ini.
Rel : keputusan dan jadual, sepanyol laliga copa del, sukan olimpik piala dunia, liga negara negara uefa, costa rica croatia cuba, b21 euro b19 piala, vietnam wales yaman zambia, a bulgaria burkina faso, liga premier, bola sepak malaysia, johor darul ta zim jdt, pertandingan lain dengan nama liga super sila pilih sukan anda dari menu, bola sepak tanah air, terkini liga super sila pilih sukan anda dari menu, maldives mali malta mauritania mauritius mesir mexico moldova mongolia montenegro mozambique myanmar namibia new zealand nicaragua niger nigeria norway oman pakistan palestin panama paraguay perancis ligue 1 peru poland, argentina armenia aruba australia, utara israel itali serie, makau makedonia utara malawi, ireland utara israel itali, liga portugal qatar republik, kyrgyzstan laos latvia lesotho, copa del rey serbia, dunia amerika selatan copa,