Panduan buat peminat bolasepak di Malaysia. Selain Liga Super, TM Piala Malaysia dan Piala FA Malaysia juga menjadi tumpuan semua. Berikut dikongsikan jadual terkini dan keputusan Piala FA 2025 – 2026 Malaysia bermula 16 Ogos 2025 hingga Disember 2025 yang dikemaskini dari masa kesemasa semasa perlawanan berlangsung. Juga dikongsikan keputusan Piala Malaysia yang berlangsung pada tarikh yang akan dikemaskini. JDT adalah juara bertahan untuk kedua-dua piala selepas menewaskan Selangor FC (FA Cup) dan Pahang (Malaysia Cup) pada final tahun 2024. Siaran langsung akan disiarkan di Saluran Astro dan RTM.
Piala FA 2025 – 2026 merupakan edisi ke 34 dianjurkan pada tahun ini. Malaysia Cup 2025 merupakan edisi ke 99 pertandingan dianjurkan. Pertandingan adalah melibatkan pasukan dari Liga Super dan Liga A1 Semi-Pro. Pasukan Selangor memegang rekod sebagai pasukan yang paling banyak memenangi Piala iaitu sebanyak 33 kali.
Jadual Dan Keputusan Piala FA 2025 – 2026 Malaysia
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual perlawanan, keputusan undian dan keputusan penuh perlawanan FA Cup 2025 – 2026 Malaysia melibatkan penyertaan sebanyak 16 pasukan bertanding.
Info Piala FA 2025 – 2026 Malaysia
Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Majlis Undian Piala FA 2025-2026 pada Isnin (28 Julai) yang melibatkan penyertaan 16 kelab termasuk 3 kelab dari Liga A1 Semi Pro.
3 kelab tersebut adalah Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan UM-Damansara FC untuk bersama-sama 13 kelab Liga Super lain bagi berentap dalam pentas Piala FA kali ini.
Selain itu, tiga kelab baharu Liga Super, Melaka FC, Imigresen FC dan DPMM FC juga antara yang akan merancakkan lagi saingan pemburuan trofi kejohanan itu.
Enam kelab ini akan diundi bersama 10 lagi kelab Liga Super iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Kuching City FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC, Penang FC, Negeri Sembilan FC, dan Kelantan Darul Naim FC yang dijenamakan sebagai Kelantan The Real Warriors FC.
Pada musim ini, semua perlawanan daripada pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik.
Sebanyak 8 pasukan yang layak secara automatik ke pusingan 16 berdasarkan kedudukan 1 hingga 8 Liga Super 2024-2025 iaitu JDT, Selangor FC, Sabah FC, Kuching City FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC dan Penang FC selaku pasukan ‘seeded’.
Manakala undian secara terbuka akan melibatkan dua pasukan terbawah Liga Super 2024-2025 iaitu Negeri Sembilan FC dan Kelantan The Real Warriors FC diikuti 3 kelab terbaharu, Melaka FC, Imigresen FC dan DPMM FC serta 3 pasukan dari Liga A1 Semi Pro, Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan UM Damansara FC untuk bertemu pasukan ‘seeded’.
Proses undian menyaksikan 8 kelab dalam Pusingan 16 akan diundi dan akan bertemu pasukan seeded mengikut posisi 1 hingga 8 di mana penentuan seeding kelab dalam mekanisma undian adalah sama seperti yang telah ditetapkan seperti musim sebelum ini.
Kelab ‘seeded’ yang berkedudukan 1,4,5 dan 8 akan berada di kedudukan sebelah kiri jadual manakala kelab seeded yang berkedudukan 2,3,6 dan 7 berada di sebelah kanan jadual mengikut ranking yang telah ditetapkan. Musim lalu, final Piala FA 2024-2025 menyaksikan JDT dinobatkan selaku juara selepas menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Keputusan Undian Piala FA 2025 – 2026 Malaysia
Berikut adalah hasil undian melibatkan 16 pasukan yang bakal beraksi pada saingan FA Cup kali ini.
Secara ringkasnya, dua pasukan gergasi iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang pendatang baharu Liga A1 Semi-Pro iaitu pasukan UM-Damansara United. Selangor FC pula akan bertemu dengan Malaysian University FT (MUFT).
Lain-lain perlawanan adalah melibatkan KL City FC yang akan berdepan dengan cabaran pasukan dari Pantai Timur iaitu Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC). Manakala, Terengganu FC akan bertemu dengan pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC. Negeri Sembilan FC pula akan menentang PDRM FC manakala Sabah FC akan menentang Bunga Raya FC.
Penang FC akan menentang juara Liga A1 Semi-Pro musim 2024/25, Melaka FC. Tidak dilupakan aksi “derby” pertemuan setempat Borneo melibatkan perlawanan Brunei DPMM FC dengan Kuching City FC.
Keputusan Piala FA 2025 – 2026 Malaysia Terkini
Berikut dikongsikan keputusan penuh perlawanan Piala FA Malaysia musim 2025 – 2026 dari perlawanan pusingan 16 sehingga perlawanan akhir.
Pusingan Ke-16 Pertama
SUMBER : Panduan Malaysia
PUSINGAN KE-16 (1st Leg) | ||||
Tarikh | Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat |
ROUND 16 (1st Leg) | ||||
16 Ogos (Sabtu) | 500pm | MUN (Malaysia University) | 1 – 3 | Selangor FC |
815pm | UMD | 0 – 5 | JDT | |
815pm | DPMM FC | 3 – 2 | Kuching City FC | |
17 Ogos (Ahad) | 445pm | Bunga Raya FC | 0 – 6 | Sabah FC |
500pm | Imigresen FC | 2 – 1 | Terengganu FC | |
900pm | Melaka FC | 0 – 2 | Penang FC | |
18 Ogos (Isnin) | 900pm | Negeri Sembilan FC | 5 – 0 | PDRM FC |
900pm | Kelantan TRW FC | 3 – 1 | KL City FC |
Pusingan Ke-16 Kedua
PUSINGAN KE-16 (2nd Leg) | ||||
Tarikh | Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat |
ROUND 16 (2nd Leg) | ||||
12 Sept (Jumaat) | 815pm | JDT | – (Agg 5 – 0) | UMD |
900pm | PDRM FC | – (Agg 0 – 5) | Negeri Sembilan FC | |
13 Sept (Sabtu) | 730pm | Sabah FC | – (Agg 6 – 0) | Bunga Raya FC |
815pm | Selangor FC | – (Agg 3 – 1) | UMD | |
900pm | Terengganu FC | – (Agg 1 – 2) | Imigresen FC | |
14 Sept (Ahad) | 815pm | KL City FC | – (Agg 1 – 3) | Kelantan TRW FC |
815pm | Kuching City FC | – (Agg 2 – 3) | DPMM FC | |
900pm | Penang FC | – (Agg 2 – 0) | Melaka FC |
Suku Akhir Pertama
- Akan dikemaskini
Suku Akhir Kedua
- Akan dikemaskini
Separuh Akhir Pertama
- Akan dikemaskini
Separuh Akhir Kedua
- Akan dikemaskini
Final Piala FA Malaysia 2025
- Akan dikemaskini
Maklumat Terkini Piala Malaysia & FA Cup
Untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan pertandingan Piala FA & Malaysia Cup, sila layari Facebook Malaysian Football League.
Jadual Dan Keputusan Piala Malaysia 2024
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan jadual perlawanan, keputusan undian dan keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia 2024 yang melibatkan penyertaan sebanyak 16 pasukan bertanding.
Format Piala Malaysia 2024
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perubahan format Unifi Piala Malaysia 2024 selepas mengambil kira faktor jadual yang padat serta cuaca yang tidak menentu yang lazim berlaku pada penghujung tahun. Oleh itu, berikut adalah perincian format yang akan digunapakai pada edisi kali ini:
- Sebanyak 16 pasukan akan bertanding, 13 pasukan Liga Super dan 3 pasukan teratas di Liga A1 Semi Pro
- Perlawanan secara kalah mati menggantikan perlawanan peringkat kumpulan
- Perlawanan peringkat kalah mati atau pusingan 16, perlawanan suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik iaitu di tempat sendiri dan tempat lawan
- Perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 akan dimainkan secara tunggal di venue perlawanan yang berkecuali
Tarikh Penting Piala Malaysia 2024
Berikut adalah jadual tarikh penting TM Piala Malaysia 2024 dari pusingan pertama sehingga perlawanan akhir.
- Pusingan 16 : 20 November – 1 Disember 2024
- Peringkat suku akhir : –
- Separuh akhir : –
- Akhir : 26 April 2025
Keputusan Terkini Piala Malaysia 2024
Jadual perlawanan dan keputusan Unifi Piala Malaysia mengikut peringkat dikongsikan di bawah dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pasukan Yang Layak Untuk Saingan Piala Malaysia 2024
- JDT
- Terengganu FC
- Sabah FC
- Negeri Sembilan FC
- Selangor FC
- KL City FC
- Sri Pahang
- Kedah Darul Aman
- Penang FC
- Kelantan FC
- Kuching City FC
- Kelantan DN
- PDRM FC
- Melaka FC
- KL Rovers
- Putrajaya Athletic FC
Pusingan 16 Perlawanan Pertama
- 20 November/ Rabu – 830pm KL Rovers 0 – 3 JDT
21 November/ Khamis – 830pm Penang FC 0 – 1 Kuching City FC
22 November/ Jumaat – 900pm Kedah Darul Aman 3 – 2 KL City FC
22 November/ Jumaat – 900pm Kelantan DN 0 – 3 Perak FC
23 November/ Sabtu – 830pm Sri Pahang FC 1 – 1 Selangor FC
23 November/ Sabtu – 900pm Melaka 1 – 4 Terengganu FC
23 November/ Sabtu – 900pm PT Athletic 0 – 4 Sabah FC
24 November/ Ahad – 500pm Negeri Sembilan FC 1 – 2 PDRM FC
Pusingan 16 Perlawanan Kedua
- 27 November/ Rabu – 830pm Sabah FC 3 – 0 (7 – 0) PT Athletic
29 November/ Jumaat – 830pm PDRM FC 0 – 3 (2 – 4) Negeri Sembilan FC
29 November/ Jumaat – 900pm Terengganu FC 0 – 0 (4 – 1) Melaka
30 November/ Sabtu – 400pm Perak FC 3 – 1 (6 – 1) Kelantan DN
30 November/ Sabtu – 730pm Kuching City FC 2 – 0 (3 – 0) Penang FC
30 November/ Sabtu – 830pm JDT 6 – 0 (9 – 0) KL Rovers
1 Disember/ Ahad – 900pm KL City FC 4 – 1 (6 – 4) Kedah Darul Aman
1 Disember/ Ahad – 900pm Selangor FC 1 – 2 (2 – 3) Sri Pahang FC
Suku Akhir 1
- 13 Disember/ Jumaat – 830pm Perak FC 0 – 1 Sri Pahang FC
- 13 Disember/ Jumaat – 900pm KL City FC 1 – 2 JDT
- 14 Disember/ Sabtu – 500pm Negeri Sembilan FC 0 – 2 Terengganu FC
- 15 Disember/ Ahad – 815pm Kuching City FC 0 – 1 Sabah FC
Suku Akhir 2
- 21 Disember / Sabtu – 530pm JDT 4 – 0 (6 – 1) KL City FC
- 21 Disember/ Sabtu – 9pm Terengganu FC 4 – 2 (6 – 2) Negeri Sembilan FC
- 22 Disember/ Ahad – 830pm Sri Pahang FC 3 – 3 (4 – 3) Perak FC
- 23 Disember/ Isnin – 815pm Sabah FC 0 – 0 (1 – 0) Kuching City FC
Separuh Akhir 1
- 17 Januari/ Jumaat – 9pm Terengganu 0 – 4 JDT
- 18 Januari/ Sabtu – 815pm Sabah FC 1 – 1 Sri Pahang FC
Separuh Akhir 2
- 1 Februari/ Sabtu – 530pm JDT 2 – 1 (6 -1) Terengganu
- 2 Februari/Ahad – 830pm Sri Pahang FC 2 – 1 (3 – 2) Sabah FC
Final
- 26 April/ Sabtu – 9pm JDT 2 – 1 Sri Pahang
- Juara Piala Malaysia 2024 : JDT
Selamat menyaksikan perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia 2024 yang dijangka sengit dan menarik. Semoga perkongsian di atas ini boleh dijadikan panduan dalam mengetahui hasil keputusan pasukan kegemaran anda.
Related : bola sepak malaysia, sepanyol laliga copa del, kenya kepulauan faroe korea, b21 euro b19 piala, liga portugal qatar republik, kyrgyzstan laos latvia lesotho, vietnam wales yaman zambia, perlawanan separuh, piala afc, carta piala malaysia 2022, carta piala fa, johor darul, keputusan undian piala fa, bergson da silva, secara langsung
saingan piala fa, jdt terengganu fc tfc sabah fc negeri sembilan, terkini piala malaysia maldives mali malta mauritania mauritius mesir mexico moldova mongolia montenegro mozambique myanmar namibia new zealand nicaragua niger nigeria norway oman pakistan palestin panama paraguay perancis ligue 1 peru poland,