Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram 2025/ 1447H. Bagaimanakah lafaz niat puasa sunat Bulan Muharram? Berikut dikongsikan Niat Puasa Sunat Bulan Muharram iaitu niat puasa sunat Hari Asyura Dan Tasu’a iaitu 9 dan 10 Muharram sebagai panduan buat umat Islam semua. Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam.
Satu amalan yang amat dianjurkan bagi kita melaksanakannya pada bulan Muharram adalah puasa sunat pada 10 Muharam. Ia juga disebut puasa Hari Asyura. Tahun ini tarikh itu jatuh pada hari Ahad, 6 Julai 2025. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda, maksudnya:
“Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”
Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram
Puasa Asyura’ merupakan berpuasa pada 10 Muharram dan ia termasuk di dalam kategori puasa-puasa sunat yang amat digalakkan. Ini kerana, fadhilat atau kelebihannya cukup besar iaitu diampunkan dosa setahun yang sebelum.
Keistimewaan Bulan Muharram
Bulan Muharram merupakan antara bulan yang begitu istimewa serta memiliki kelebihan yang tersendiri. Ia juga dikenali sebagai salah satu daripada empat bulan haram sebagaimana yang disebutkan dalam nas. Firman Allah SWT dalam surah al Taubah ayat 36:
Maksudnya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Antara amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Muharam adalah berpuasa pada 10 Muharram. Hadis daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Barang siapa yang melaksanakan puasa sunat pada hari tersebut, maka akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosa-dosanya setahun yang lalu. Ini merupakan ganjaran hebat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mengambil peluang melaksanakan alaman ini. Maka, jangnlah dilepaskan kesempatan ini begitu sahaja. Hadis daripada Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW bersabda
Maksudnya: Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu. (Hadis Riwayat Muslim)
Perlu diingat, pada hari tersebut, orang-orang yahudi berpuasa kerana melaksanakan pegangan mereka. Akan tetapi Nabi SAW memerintahkan umat Islam agar melaksanakan puasa pada hari yang ke 9 Muharram demi untuk membezakan puasa mereka dan puasa orang Islam. Hadis daripada Ibn Abbas RA, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.
SUMBER : Jabatan Mufti Negeri Perak
Berikut adalah tarikh puasa sunat bulan Muharram iaitu hari Tasu’a dan Hari Asyura tahun 2025 bersamaan dengan tahun 1447 Hijriah.
Tarikh Puasa Hari Tasu’a
- 5 Julai 2025 (Sabtu) = 9 Muharam 1447H
Tarikh Puasa Hari Asyura
- 6 Julai 2025 (Ahad) = 10 Muharam 1447H
Tarikh Puasa 11 Muharram 1447H
- 7 Julai 2025 (Isnin)
Tarikh Puasa Hari Putih
- 13, 14, 15 Muharram = 9, 10, 11 Julai 2025 (Rabu, Khamis, Jumaat)
Niat Puasa Sunat Hari Asyura / Tasu’a Bulan Muharram
Berikut adalah niat puasa sunat Hari Tasu’a dan Hari Asyura dalam bulan Muharram.
A. Niat puasa Hari Kesembilan Muharram (Hari Tasu’a)
B. Niat puasa Hari Kesepuluh Muharram (Hari Asyura)
C. Niat puasa 11 Muharram (Hari Ahada Asyara)
Sumber : Bahagian Dakwah JAKIM & Shafiqolbu
Puasa Sunat 9 Muharram
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a’ (sembilan Muharram) itu adalah untuk :
- i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura’ (sepuluh Muharram) sahaja.
- ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura’ kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
- iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura’. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura’ tanpa berpuasa pada hari Tasu`a’, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram.
- Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla’ disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a’), kesepuluh (`Asyura’) dan kesebelas bulan Muharram.
Selamat berpuasa sunat Hari Asyura dan Hari Tasu’a di Bulan Muharram. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Moga perkongsian Niat Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a bermanfaat buat semua.
Ref : nabi musa, hari tasu a 9 muharram, hari asyura 10 muharram, rasulullah saw bersabda, berpuasa pada 10 muharram, nabi muhammad saw, untuk membezakan, bulan ramadhan, ibn abbas, yahudi berpuasa pada hari, berpuasa pada 9 muharram, rasulullah s.a.w bersabda, riwayat muslim, hari ini adalah hari, untuk berpuasa, salah satu, ع اش ور اء
bulan haram, ع اء س ن, ال ت ي ق,