Pendaftaran Tahun 1 Online 2027 MOEIS (idme.moe.gov.my)

Pendaftaran Tahun 1 Online 2027 MOEIS (idme.moe.gov.my). Permohonan daftar darjah 1 atas talian dan manual kemasukan anak ke tahun 1.

Permohonan Murid Ke Tahun Satu (1) Kemasukan 2027 Online. Memasuki Darjah 1 (Tahun Satu) adalah permulaan buat murid Sekolah Rendah selepas tamatnya Prasekolah. Bagaimana cara daftar murid ke Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan? Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2020 dan 2021. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2027 boleh dilakukan pada 15 Februari 2026 sehingga 31 Mac 2026. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online atau atas talian untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Borang Permohonan Daftar Murid Tahun 1 sesi 2027 Online akan di buka secara online di Sistem Pendaftaran Atas Talian, Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOEIS – idme.moe.gov.my). Ianya adalah untuk Semenanjung Malaysia termasuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Permohonan Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Ambilan 2027 Online 

Berikut dikongsikan panduan dan cara dalam membuat permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2027 secara online untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.

Tempoh Pendaftaran Murid Tahun 1 Online (Atas Talian)

Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2027 akan dibuka seperti ketetapan berikut :-

i) Tarikh Buka : 15 Februari 2026

ii) Tarikh Tutup : 31 Mac 2026

*Nota : Tarikh RASMI seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Murid Yang Layak Mendaftar Kemasukan Tahun 1 2027

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

✅ Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia:

  • 👧🏻👦🏻 6 tahun (5+): Lahir 2 Jan – 31 Dis 2021
  • 👧🏻👦🏻 7 tahun (6+): Lahir 2 Jan 2020 – 1 Jan 2021

✨ Bermula 2027, kanak-kanak berusia enam tahun (5+) boleh memasuki Tahun 1 secara sukarela tanpa ujian saringan.

Cara Mendaftar Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2027

Pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2027 boleh dibuat seperti berikut

i) Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia Termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan

Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOEIS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

Kenyataan Media KPM Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik Tahun 2027

NOTA

i) Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.

ii) Pemohon berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi permohonan/ pendaftaran berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

iii) Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon

Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-

1.Layari laman Sistem Pengurusan Identiti KPM

2. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan

3. Untuk pengguna baru (idMe) KPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di pautan berikut :-

DAFTAR PENGGUNA.

Manual Pengguna IDME (Cara daftar, kata laluan)

Manual Pendaftaran (Cara kemaskini maklumat anak dan ibu bapa)

Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-

i) Maklumat penjaga/ anak

ii) Profil kesihatan

iii) Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu dalam masa 14 hari.

Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

1.Cetakan borang permohonan online

2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)

3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)

4. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)

5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal

6. Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)

7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

*Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza

Langkah Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun 1

daftar tahun 1

Langkah Permohonan Tahun 1 Sistem idMe

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan murid tahun 1 melalui sistem permohonan idMe:

1. Layari Portal Rasmi idMe

2. Klik Daftar Baru

3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Daftar

4. Log masuk semula ke dalam sistem idMe dan masukkan kata kunci yang diterima melalui emel dan taip kata laluan serta klik Daftar Masuk

sistem-idme-tahun-1

5. Pilih tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam

(idme.moe.gov.my)

6. Klik pada Pengurusan Profil dan lengkapkan maklumat peribadi ibu, bapa atau penjaga, maklumat pasangan serta maklumat anak/ jagaan kemudian klik Simpan

7. Pada tab Maklumat Anak Jagaan, Klik pada setiap nama anak yang didaftar untuk mengemaskini maklumat mereka secara terperinci dan klik Simpan

8. Pilih pada menu Permohonan Kemasukan untuk mendaftar kemasukan Tahun 1

idme.moe.gov.my
9. Keluar paparan syarat kemasukan dan klik Mohon

10. Pilih sekolah berdasakan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya

11. Muat naik dokumen lengkap mengikut format dan saiz yang ditetapkan

12. Buat pengesahan permohonan dengan menanda kotak ‘Saya Mengaku’ dan klik Hantar

13. Borang permohonan perlu dicetak bersama borang sokongan dan dihantar ke sekolah yang dimohon.

Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1

Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 online:-

1. Siapakah yang layak mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027?

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun) dan 2 Januari 2020- 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun) layak didaftarkan untuk memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.

2. Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026

3. Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?

Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my

4. Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?

Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

5. Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?

Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

6. Bila rayuan dibuka?

Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.

7. Apa perlu dibuat jika terlupa kata laluan idMe?

Klik “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk idMe dan ikut arahan seterusnya. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal idMe atau pergi ke sekolah pilihan untuk mendapatkan bantuan.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel : 03-88843501
No. Fax : 03-88895244
Email : supportidMe@moe.gov.my

Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia, klik JPN

Check Status Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2027

Status permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tarikh-tarikh penting dan pautan lawam web boleh dirujuk di Cara check status register ke Tahun 1 secara online.

Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.

Diucapkan selamat membuat Pendaftaran secara online atau manual. Semoga pendaftaran yang dibuat berjaya.

Ref : iii cetak borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu, status pendaftaran tahun 1 sesi 2024/2025, laporan kesihatan doktor dan setem saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon, pilih sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu, kementerian pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran, maklumat peribadi maklumat pasangan, sijil lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018 sahaja, tahun 1 kalendar akademik sesi, dimohon sebelum ini tidak perlu menghantar borang semula selepas membuat kemaskini, iii cetak borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi, tandakan kotak saya mengaku dan klik hantar, mendaftarkan anak, pihak sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal, pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal, muat naik dokumen yang diperlukan, tarikh penting,

Kongsi Info Di: