Pendaftaran MUET Sesi 2 Julai 2025 Secara Online. Bilakah tarikh pendaftaran dan ujian bertulis peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2025? Berdasarkan kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2025 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran online MUET sesi 2 Julai 2025 akan dibuka seperti tarikh yang dinyatakan di dalam jadual di bawah.
Pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), lulus peperiksaan MUET dengan sekurang-kurang Band 3 adalah wajib buat mereka. Oleh itu pelajar yang belum pernah menduduki atau ingin memperbaiki keputusan adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran MUET sesi Julai 2025 pada tarikh yang telah ditetapkan.
Cara Daftar MUET Sesi 2 2025 Online (Borang Pendaftaran Online)
Calon yang ingin menduduki peperiksaan adalah diingatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET Julai 2025 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Kalendar MUET. Calon adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online.
Ini kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 18 Mei 2025.
Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2025 MPM terkini. Tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2025 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-
Tarikh Penting MUET Sesi 2 (Julai 2025)
- 18 April 2025 : Tarikh pendaftaran dibuka
- 18 Mei 2025 : Tarikh pendaftran ditutup
- 5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Ogos 2025 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 16 Ogos 2025 : Tarikh Ujian Bertulis
Borang Pendaftaran Online MUET
Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2025 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-
- Applikasi eSubmission MPM online
- Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik di Panduan Pendaftaran
- Pilih pusat ujian yang dibuka
- Isi maklumat yang diperlukan
- Buat bayaran menggunakan FPX
- Dapatkan Statement of Registration
Peringatan Penting Buat Calon MUET
Calon adalah dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.- Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2024 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
Semoga perkongsian cara daftar MUET sesi 2 Julai 2025 Online. Boleh dijadikan panduan untuk calon dalam membuat pendaftaran secara atas talian. Selamat menduduki peperiksaan MUET. Samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki keputusan. Disamping untuk memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi syarat permohonan ataupun graduasi. Moga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.