Pendaftaran MUET Sesi 2 2027 (Borang Online)

Pendaftaran MUET Sesi 2 Ogos 2027 Secara Online. Bilakah tarikh pendaftaran dan ujian bertulis peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2027? Berdasarkan kepada MUET Calendar 2027 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran online MUET sesi 2 tahun 2027 akan dibuka seperti tarikh yang dinyatakan di dalam jadual di bawah.

Pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), lulus peperiksaan MUET dengan sekurang-kurang Band 3 adalah wajib buat mereka. Oleh itu pelajar yang belum pernah menduduki atau ingin memperbaiki keputusan adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran MUET sesi kali ini pada tarikh yang telah ditetapkan.

Cara Daftar MUET Sesi 2 2027 Online (Borang Pendaftaran Online)

Calon yang ingin menduduki peperiksaan adalah diingatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET Julai 2027 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Kalendar MUET. Calon adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online.

Ini kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 23 April 2027.

Merujuk kepada Calendar Peperiksaan MUET 2027 MPM terkini. Tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi 2 2027 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-

Tarikh Penting MUET Sesi 2 (Julai 2027)

  • 2 Mac 2027 : Tarikh pendaftaran dibuka
  • 23 April 2027 : Tarikh pendaftaran ditutup
  • 13, 14, 15, 19, 20 dan 21 Julai 2027 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 24 Julai 2027 : Tarikh Ujian Bertulis

Borang Pendaftaran Online MUET

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 2 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

  1. Applikasi eSubmission MPM online
  2. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik di Panduan Pendaftaran
  3. Pilih pusat ujian yang dibuka
  4. Isi maklumat yang diperlukan
  5. Buat bayaran menggunakan FPX
  6. Dapatkan Statement of Registration

pewartaan-kadar-yuran-baharu-muet

Peringatan Penting Buat Calon MUET

  1. Calon adalah dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.
  2. Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.

Semoga perkongsian cara daftar MUET sesi 2 Julai 2027 Online. Boleh dijadikan panduan untuk calon dalam membuat pendaftaran secara atas talian. Selamat menduduki peperiksaan MUET. Samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki keputusan. Disamping untuk memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi syarat permohonan ataupun graduasi. Moga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Share Info

Portal_Editor

Portal_Editor