Permohonan ADTEC JTM 2027 Online (mohon.tvet)

Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dalam bidang kemahiran khususnya bidang-bidang kejuruteraan. Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dalam peringkat sijil dan diploma di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Kemasukan bagi pengambilan permohonan ADTEC JTM sesi Januari 2027 telah dibuka.

ADTEC merupakan salah satu pusat latihan bawah penyeliaan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). ILJTM diperkenalkan dengan tujuan menyediakan program pra-pekerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang memerlukan kemahiran yang sesuai untuk bekerja. Selain ADTEC, Institut Latihan Perindustrian dan JMTi juga adalah pusat latihan di bawah seliaan ILJTM.

ADTEC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berkelulusan lepasan SPM yang berumur 17 hingga 35 tahun dan berminat dalam bidang kemahiran. Ianya menyediakan program di peringkat diploma khusus yang ditawarkan di tiga puluh tiga buah ADTEC yang terdapat di seluruh Malaysia.

Permohonan ADTEC JTM Sesi Januari 2027 Secara Online

Terbuka kepada pelajar lepasan SPM & SKM Tahap 3, anda boleh mula memohon kemasukan ke ADTEC JTM bagi ambilan Januari 2027. Pengambilan pelajar ke ADTEC dilakukan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Kemasukan Lepasan SPM dan SKM Tahap 3 ke ADTEC Ambilan Januari 2027

Berikut adalah iklan tawaran kemasukan kemasukan ke ADTEC bagi ambilan Januari 2027 untuk lepasan SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.

  • Tarikh buka permohonan : 1 Oktober 2026 hingga 6 November 2026

Permohonan ADTEC JTM Secara Online

📢 Tatacara Permohonan Program TVET yang Ditawarkan oleh ADTEC JTM melalui UP_TVET Perdana
Ibu bapa, penjaga dan calon yang berminat untuk mengikuti pengajian TVET di ADTEC JTM, permohonan boleh dibuat melalui UP_TVET Perdana.

✅ Langkah permohonan:

  1. Permohonan secara online melalui : 🌐 Portal UP_TVET
  2. Daftar atau log masuk
  3. Kemaskini profil pemohon
  4. Pilih kursus (minimum 1 hingga maksimum 5 pilihan)
  5. Hantar permohonan
  6. Tunggu tawaran melalui e-mel

📌 Institusi latihan yang boleh dipilih:

  • ADTEC JTM
  • JMTI
  • Proton Institute

📌 Pengguna sedia ada MySPIKE / TVET MADANI boleh terus log masuk menggunakan ID dan kata laluan sedia ada.
📌 Pastikan semua maklumat pemohon, ibu/bapa/penjaga, maklumat tambahan, persekolahan dan persijilan dilengkapkan dengan betul sebelum permohonan dihantar.

Jom mohon TVET di ADTEC JTM dan bina masa depan kerjaya anda bersama bidang kemahiran.

Kursus-Kursus ADTEC Yang Di Tawarkan

📌 Kursus ditawarkan ADTEC JTM 1/2027 juga boleh disemak melalui kod QR yang disediakan pada infografik di iklan pengambilan.

Syarat Am Kemasukan ADTEC

Berikut adalah syarat-syarat am bagi kemasukan pelajar ke ADTEC Shah alam:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 17 hingga 35 tahun
  • Sihat tubuh badan, tidak buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Akademik

Syarat kemasukan bagi kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang :

  1. Kepujian Bahasa Melayu
  2. Kepujian Bahasa Inggeris
  3. Lulus Sejarah
  4. Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  5. Kepujian (Gred C+) bagi aliran Sains atau Kepujian (Gred C+) bagi aliran bukan Sains dalam subjek sains/sains tambahan/sains gunaan/fizik/kimia atau subjek teknikal lulus dalam peperiksaan khas yang dijalankan

🚨 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC JTM SESI JANUARI 2027

📢 PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMOHON ADTEC JTM!

Tempoh penawaran institusi bagi kemasukan Sesi Januari 2027 telah bermula!

🗓️ Tempoh Penawaran Institusi:
23 November – 1 Disember 2026

✅ Tempoh Setuju Terima Tawaran:
2 – 6 Disember 2026
⏰ Dibuka mulai 2 Disember 2026, jam 10.00 pagi.

🌐 Semak status permohonan dan buat setuju terima tawaran melalui portal UP_TVET:
https://mohon.tvet.gov.my/

❗ PERINGATAN PENTING!
– Calon hanya boleh menerima SATU tawaran sahaja.
– Keputusan setuju terima tidak boleh dibatalkan atau diubah.
– Kuota pengambilan adalah TERHAD dan tertakluk kepada kekosongan yang masih ada.

🚀 JANGAN TANGGUH! Semak status permohonan dan buat setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Januari 2027

Diucapkan selamat maju jaya buat para pemohon yang berminat untuk memasuki ADTEC JTM. Semoga perkongsian di atas dapat membantu memudahkan para pelajar dalam menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi dan seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan.

Share Info

Portal_Editor

Portal_Editor