Permohonan Kemasukan ASBF 2026 Online – Asrama Semai Bakti FELDA. Satu lagi permohonan kemasukan ke asrama kini dibuka. Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2026 Online (ASBF) kemasukan ke Tingkatan 1 untuk pelajar Tahun 6 tahun 2025 (Darjah Enam) akan dibuka dari 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2025. Pelajar yang berminat untuk memasuki Asrama Semai Bakti Felda boleh membuat permohonan secara online melalui applikasi permohonan ASBF.
Asrama Semai Bakti FELDA atau ASBF adalah asrama FELDA yang ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada anak/ cucu Peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di Rancangan dalam mendapat kemudahan pendidikan. Yang lebih terjamin dan berterusan serta berdaya maju dalam bidang akademik untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di Bandar.
Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2026 (ASBF) Online
Terdapat 3 ASBF di Malaysia iaitu terletak di Kuala Lumpur (ASBFKL), Johor Bahru (ASBFJB) dan Kuantan (ASBFK). Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2026 secara online untuk kemasukan ke Tingkatan 1.
Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2026 Online
Sila ikuti langkah-langkah berikut dalam membuat permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA ambilan tahun 2026:-
Tarikh Permohonan ASBF 2026
- 7 Oktober 2025 : Tarikh Buka
- 21 Oktober 2025 : Tarikh Tutup
Permohonan hendaklan dibuat secara online di applikasi permohonan ASB Felda di pautan berikut:-
Pemohon perlu mendaftar masuk sebagai pengguna baharu sebelum boleh memohon. Anda boleh mendaftar akaun baharu dengan mengisi maklumat peribadi di halaman Pendaftaran. Pastikan anda menggunakan emel yang aktif.
Selepas mendaftar dan log masuk, pilih menu Permohonan Atas Talian dan isi semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda menyemak sebelum menghantar.
MyASBF FELDA merupakan sistem bagi memudahkan proses pendaftaran, permohonan kemasukan pelajar, semakan panggilan peperiksaan Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP), serta keputusan temuduga secara atas talian dengan lebih mudah, cepat dan telus.
Rujuk Manual Pengguna dan Soalan Lazim (FAQ) di bawah untuk maklumat lanjut:
Syarat Kemasukan ASBF
Syarat Utama
- Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA/ Kumpulan FELDA
- Calon memohon secara dalam talian (online)
- Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari
- Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF)
- Calon yang tidak menduduki UKKP tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ASBF tahun 2026
- Calon yang lulus UKKP akan di panggil ke sesi temuduga
Nota : Borang Pengesahan warga FELDA boleh dimuat turun/ di download di FELDA.
Syarat Tambahan
- Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah
- Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin
Kelayakan
- Mendapat markah yang tinggi berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar Asrama Semai Bakti FELDA (UKKP-ASBF) dan sesi temuduga
- Permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses
Apa Itu UKKP-ASBF?
UKKP ASBF ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar, iaitu peperiksaan bertulis untuk menilai kelayakan awal pelajar sebelum proses temuduga.
Mata pelajaran yang terlibat adalah :-
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
Semakan Panggilan UKKP & Keputusan Temuduga ASBF 2026
Anda boleh menyemak panggilan UKKP melalui akaun masing-masing di sistem ini. Notifikasi akan dipaparkan sekiranya anda layak menduduki peperiksaan.
Semakan keputusan temuduga pula boleh disemak selepas proses temuduga selesai. Keputusan boleh disemak secara terus melalui sistem dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau log masuk akaun.
Cara Hubungi
Sekiranya menghadapi masalah teknikal, sila hubungi Pentadbir Sistem ASBF FELDA melalui emel atau talian bantuan yang disediakan di halaman Hubungi Kami.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :-
Alamat :
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA
Tingkat 37, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC,50088 Kuala Lumpur. Malaysia
Isnin – Jumaat : 8 pagi – 5 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum :Tutup
No Telefon :
03-4257 6166 (ASBFKL)
09-5147 755 (ASSBFK)
07-5099 528 (ASBFJB)
03-8744 4206 (JPKG)
Emel : myasbf@felda.net.my
Selamat membuat Permohonan secara Online. Semoga anda berjaya dalam mendapat tawaran kemasukan ke ASBF yang dihajatkan.
Rel : diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada generasi baharu felda untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar, semai bakti felda kuala lumpur asbfkl, platform penyediaan pusat pendidikan, membuat permohonan kemasukan ke asrama semai bakti felda asbf 2023, calon wajib menduduki ujian kecenderungan kemasukan pelajar ukkp asrama semai bakti felda asbf 2023, tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022/2023, berkesan untuk melahirkan pelajar, semai bakti felda tingkatan 1, bakti felda johor bahru,