Permohonan BMT 2025 & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil Getah

Permohonan BMT 2025 & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh, cara mohon bantuan Pekebun Kecil Getah RM800 secara online, tarikh bayaran & kemaskini borang di pejabat RISDA,

Cara Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Dan Semakan Status BMT. Berita baik buat pekebun kecil dan penoreh getah. Pihak RISDA Malaysia telah membuka kemaskini permohonan Bantuan Musim Tengkujuh atau ringkasnya BMT untuk tahun 2025. Berikut dikongsikan panduan Permohonan BMT 2025 meliputi borang permohonan beserta maklumat syarat kelayakan memohon BMT. Juga dikongsikan informasi berkaitan semakan Bantuan Musim Tengkujuh yang boleh disemak sekitar bulan November 2025. Sekiranya terdapat pertanyaan atau masalah sila hubungi Pejabat RISDA berdekatan.

Bantuan yang telah diperkenalkan bermula pada beberapa tahun yang lepas memperuntukkan pembayaran sebanyak RM600 dua kali bayar kepada pekebun kecil yang layak iaitu terjejas akibat kejatuhan harga getah. Untuk tahun ini, jumlah bantuan adalah sebanyak RM800 seperti yang diumumkan secara rasmi dalam Belanjawan 2023.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025 dan kemaskini borang secara online sahaja. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan bantuan kewangan bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil terpelihara ketika musim tengkujuh melalui pengisian borang BMT.

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2025 (BMT2025) telah dibuka mulai 𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak.

Tempoh Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2025 (BMT2025) telah dilanjutkan sehingga ke tarikh 31 Oktober 2025

Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dipautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.

Kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebelum ini, anda juga perlu mengemaskini semula permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dipautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.

Info BMT

  • Jumlah : Tahun 2025 RM800
  • Tarikh Bayaran : Jangkaan pada November & Disember 2025, Januari & Februari 2026

Permohonan Baharu BMT 2025 & Kemaskini Borang

Menurut laman web pekebun kecil RISDA, tempoh pelaksanaan permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 Jun hingga 31 Oktober 2025. Kaedah permohonan secara online adalah seperti berikut :

i) Layari Portal Permohonan BMT di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

  • Klik Daftar Pengguna untuk pemohon yang belum mendaftar/ pengguna baharu ATAU
  • Log Masuk untuk mereka yang telah mendaftar

ii) Setelah Log Masuk, klik Mohon Bantuan BMT di Dashboard Pengguna

  • Isikan maklumat pemohon
  • Maklumat Tanah
  • Akaun Bank Penerima
  • Muat Naik Dokumen Sokongan
    • Salinan Kad Pengenalan (Hadapan)
    • Salinan Kad Pengenalan (Belakang)
    • Salinan Geran Tanah Yang Dimohon
    • Penyata Bank
  • Sila pastikan saiz setiap dokumen yang dinyatakan diatas tidak melebihi daripada 8MB
  • Membuat pengesahan

Syarat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025

Untuk syarat tahun 2025, pemilik pengusaha atau penoreh perlu menepati syarat-syarat berikut:-

Satu lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima bantuan sama ada pemilik tanah atau penoreh. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut:

a) Pekebun Kecil Getah (Pemilik Tanah Yang Memiliki, Menguruskan dan/atau Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  3. Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA
  6. Mempunyai Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – WAJIB bagi peserta JPS dan JAKOA)
  7. Seorang pekebun kecil layak menerima bantuan sekali sahaja.

b) Penoreh Getah (Bukan Pemilik Tanah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah atau wakil yang sah
  5. Mempunyai Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi Penoreh)
  6. Seorang penoreh layak menerima bantuan sekali sahaja.

TAKRIFAN PEKEBUN KECIL PENERIMA BMT

Pekebun kecil yang memiliki lot kebun bertanam getah, menguruskan dan/atau mengusahakan sendiri kebunnya bagi kerja-kerja penyelenggaraan kebun, pembajaan, penorehan dan penjualan hasil.

TAKRIFAN PENOREH PENERIMA BMT

Mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki lot kebun bertanam getah.

**Kaedah bayaran adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak

***Bagi pekebun kecil di bawah Agensi pertanian yang lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang BMT (Agensi) dan sertakan serat pengesahan daripada Agensi untuk dihantar ke pejabat Agensi berkenaan seperti: Lembaga Getah Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA, KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain

Syarat Terperinci :

Berdaftar dengan RISDA

  1. Pekebun kecil yang tersenarai di dalam sistem e-SPEK
  2. Bagi pekebun kecil atau penoreh bukan pemilik yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian borang BMT 2025 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA
  3. Peserta yang menyertai program yang dilksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diururskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA

Pemilik Tanah Yang Sah

  1. Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan
  2. Bagi negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah berdaftar ke atas surat hak milik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak
  3. Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hak milik atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabt tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (Mati) dari Risda iaitu Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya (TS20A(Pin.1/96)) dan Surat Sumpah oleh Pihak yang berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS20B(Pin.1/09))
  4. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh KPLB serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera oleh RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA dan Kerajaan Negeri

Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 

Semakan BMT 2025 iaitu Status permohonan boleh disemak secara online di pautan e-Bantuan Musim Tengkujuh (e-BMT) berikut:

  • Semakan e-BMT (pekebunkecilmakmur.com.my)
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Semak

Semakan Status Permohonan BMT Pejabat RISDA

  • Selain cara-cara di atas, Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh yang tersenarai di dalam sistem juga boleh disemak di pejabat RISDA berhampiran

*Nota : Jika nama tiada dalam senarai, boleh isi permohonan baru di pejabat Risda dan membawa surat pengesahan daripada agensi masing-masing. Senarai yang layak akan masuk dalam sistem

Dokumen Yang Perlu Disertakan

Bawa bersama salinan dokumen-dokumen atas pengisian borang BMT di sistem maklumat pekebun-pekebun kecil RISDA adalah seperti berikut:

Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Geran asal tanah dan salinan; dan
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif.

Penoreh Bukan Pemilik

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  3. Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Pekebun Kecil di bawah Agensi

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  4. Surat pengesahan daripada Agensi
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan semakan BMT, sila hubungi :-

Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan RISDA, sila layari Laman Sesawang dan Media Sosial rasmi RISDA atau sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

i) Khidmat Bantuan/Cadangan/Maklumbalas klik Di sini

ii) Talian Hotline : 03-42510171

iii) Emel : portalpk@risda.gov.my

Selamat membuat Permohonan serta kemaskini buat pekebun dan penoreh getah bagi membolehkan menerima bmt. Semoga permohonan bantuan anda berjaya dalam meringkan beban kewangan pada musim tengkujuh nanti.

Rel: menoreh di lot berkeluasan 0.1, portal pekebun kecil risda, berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar, 15 jun 2023 hingga 15 september 2023, memohon bantuan, no kad permit autoriti getah pat g yang masih sah, permohonan bmt 2023 bantuan musim tengkujuh rm800, pengesahan pemilik tanah atau mahkamah yang berkenaan atau surat wakil kuasa mati dari risda iaitu pengakuan kematian dan waris warisnya ts20a, kemaskini maklumat, layak menerima bantuan musim tengkujuh bmt 2023, peserta yang berkongsi waris waris pemegang amanah ts20b, menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar, sah ketika permohonan dibuat, 1 lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar, peserta yang masih sah atau slip pengaktifan kad pat g wajib bagi permohonan di bawah jabatan pertanian sarawak jps dan jakoa sahaja, syarat kelayakan penoreh bukan pemilik, mempunyai kad permit autoriti getah pat g yang masih sah ketika permohonan dibuat, bayaran bantuan musim tengkujuh bmt 2023, salinan kad permit autoriti getah pat g yang masih sah ketika permohonan dibuat, secara atas talian,

Kongsi Info Di: