Perhatian buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) dan setaraf yang berminat menjadikan kerjaya guru sebagai profesion anda. Permohonan DPLI UM Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan tahun 2025 akan dibuka secara online. Kini ianya dikenali sebagai Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPP) Universiti Malaya (UM).
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) Universiti Malaya tidak menjamin tempat pemohon sebagai guru kerana ia bergantung pada kekosongan yang ada. Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan adalah kursus melibatkan pengajian selama satu tahun dan kelas adalah mengikut masa yang fleksibel.
Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM Ambilan September 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan untuk Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Universiti Malaya ambilan tahun 2025 yang memaparkan maklumat cara memohon, tarikh penting permohonan, bidang pengkhususan, syarat permohonan dan cara hubungi.
Untuk makluman, DPP UM adalah satu pilihan buat lepasan Ijazah ke arah menjadi seorang guru. Ianya berbeza berbanding PISMP iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditawarkan di IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia buat lepasan SPM.
Tarikh Penting Permohonan
Berdasarkan ambilan sebelum ini, ianya dibuat pada kemasukan bulan September tahun berkenaan. Berikut adalah tarikh bagi permohonan boleh dilakukan:
- 2025 : 10 Februari hingga 10 Mei 2025
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi Diploma Pascasiswazah Pendidikan Universiti Malaya adalah selama 1 tahun dengan kemasukan September / Oktober 2025.
Syarat Kelayakan Permohonan
Sebelum memohon, berikut adalah syarat kelayakan permohonan sebagai rujukan :-
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); atau
- Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); dan
- Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; atau
- Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; atau
- Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa; atau
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya; dan
- Lulus temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.
Syarat Khas
Pengkhususan TESL
- Pemohon warganegara hendaklah mempunyai sekurangnya kelayakan MUET Band
Pengkhususan Bidang Tahfiz
- Pemohon yang mempunyai pengalaman Tahfiz di semua peringkat pengajian (Sijil, Diploma, dan kelayakan yang diluluskan oleh senat) layak dipertimbangkan permohonannya.
Warganegara MalaysiaUmur tidak melebihi 35 tahunMemiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negaraMemiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaanPerolehi kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di SPM/SPM(V)Untuk memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitanPemohon/ Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus iniCalon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru MalaysiaCalon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon
Bidang Program Yang Ditawarkan
Diantara bidang-bidang pengkhususan yang ada ditawarkan pada Program DPP UM ini adalah seperti berikut :-
- Pendidikan Bahasa Melayu
- Pendidikan Bahasa Arab
- Pendidikan Bahasa Cina
- Pendidikan Bahasa Tamil
- Pendidikan Sejarah
- Pendidikan Matematik
- Pendidikan Kimia
- Pendidikan Perakaunan
- Pendidikan Biologi
- Pendidikan Fizik
- Pendidikan Sains Komputer
- Pendidikan Kejuruteraan
- Pendidikan Islam
- Pendidkan Jasmani Dan Kesihatan
- Pendidikan Tahfiz
- Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Langkah Membuat Permohonan Program DPLI
Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan buat rujukan pemohon :-
- Layari Aplikasi Permohonan di pautan
- Daftar terlebih dahulu dengan Universiti Malaya jika anda belum mendaftar
- Klik Create New Account
- Boleh Log In selepas berjaya mendaftar
- Mulakan Pendaftaran Baru
- Masukkan butiran diri seperti diperlukan
- Klik Register setelah semua maklumat dilengkapkan
- Lengkapkan permohonan dan Hantar
Kod verifikasi akan dihantar ke email anda dan sila klik pada pautan link yang diberikan untuk langkah seterusnyaAnda boleh Log In selepas pendaftaran sebagai pengguna baharu berjayaKlik ‘Add New Programme’Pastikan maklumat Permohonan seperti berikut :-Mode of Programme : Course workIntake : Semester 1, Session 2020/2021 (Sep 2020)Academy/ Faculty : EducationProgramme : PQH – Diploma in Education
Isikan maklumat selengkapnya di borang permohonanSetelah semua maklumat/ butiran lengkap diisi, siila tandakan setuju kepada message ‘Tick here if you have read through and agreed with the above terms and conditions’
Diucapkan selamat membuat Permohonan untuk sesi ambilan tahun 2025 buat graduan yang berkelayakan. Moga permohonan anda berjaya.
Related : pendidikan lepasan ijazah dpli, laman web, program diploma pendidikan, lepasan program pengajian, program diploma pendidikan lepasan ijazah dpli, untuk menjadi, sekurang kurangnya, guru di sekolah,