Panduan buat pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Permohonan IKB MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) sesi kemasukan 2026 akan dibuka secara online. Untuk makluman, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam. Juga dikongsikan senarai Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP yang ditawarkan buat rujukan pelajar.
Syarat permohonan dan senarai kursus yang ditawarkan di IKB MAIWP boleh dirujuk di bawah ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2025.
Cara Mohon Kemasukan Ke IKB Institut Kemahiran Baitulmal
Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1991, Penubuhan ini sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. Idea awal penubuhan IKB telah dicetuskan oleh YB. Datuk (kini Tan Sri) Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi MAIWP pada ketika itu.
Pada awal penubuhannya IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiaanya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Melihat perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, maka nama tersebut ditukar kepada IKB pada tahun 1995 sempena 5 tahun IKB ditubuhkan pada ketika itu oleh YB. Dato’ (Kini Tan Sri) Dr. Abdul Hamid bin Othman (Allahyarham).
Sehingga hari ini, IKB menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kemasukan ke IKB MAIWP ambilan sesi Januari 2026. Permohonan IKB adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.
Syarat Kelayakan IKB Baitulmal
Syarat kelayakan permohonan yang lain adalah seperti berikut :-
- ๐Warganegara Malaysia
- ๐Pendapatan ketua keluarga mengikut had kifayah yang ditetapkan
- ๐Berumur 18 hingga 35 tahun dan sihat tubuh badan
- ๐Menguasai 3M – membaca, menulis dan mengira
- ๐Tahap akademik minimum tamat darjah 6
- ๐Lulus subjek Matematik SPM (bagi permohonan program Sijil Kejuruteraan Elektrik)
- ๐Memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan (bagi permohonan program Diploma sahaja)
Kursus Yang Ditawarkan Di IKB
IKB mempelawa semua lepasan pelajar dan belia yang ingin melanjutkan pengajian dalam Program TVET di peringkat diploma dan sijil bagi program berikut;
Program (Diploma)
- ๐Diploma Teknologi Reka Bentuk Fesyen
Program (Sijil)
- ๐งฅ Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Lelaki
- ๐ฅปRekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita
- ๐ทโโ๏ธ Kejuruteraan Elektrik
- ๐ฉโ๐ณ Perkhidmatan & Penyajian Makanan
- ๐ทโโ๏ธ Teknologi Binaan Bangunan
- ๐ป Seni Reka Grafik Komputer
Kelebihan Belajar Di IKB MAIWP & Kemudahan Disediakan
โ
Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP.
โ
Makan/minum & kemudahan asrama disediakan PERCUMA.
- Asrama Lelaki & wanita
- Surau
- Dewan Makan
- Bilik Sakit
- Bilik Bacaan
- Dobi Layan Diri
โ
Elaun sara diri bulanan; RM250 (DIPLOMA) dan RM200 (SIJIL) setiap bulan.
โ
Uniform korporat & teknikal PERCUMA.
โ
Kemudahan riadah dan rekreasi.
- Padang bola jaring
- Padang Bola Tampar
- Gelanggang takraw
Maklumat lengkap kursus yang ditawarkan dan penganugerahan yang diterima boleh dirujuk di pautan berikut berikut :-
Tempoh Pengajian Di IKB MAIWP
Tempoh kursus adalah selama 2 tahun atau 4 semester. Kelas pengajian diadakah pada hari Isnin hingga Jumaat. Masa kelas adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ahad, Sabtu dan Cuti Umum adalah cuti.
Permohonan IKB MAIWP Sesi Kemasukan 2026 Secara Online
Permohonan IKB hanya boleh dibuat secara online dengan mengkases applikasi permohonan
- Borang Permohonan sila klik IKB MAIWP ONLINE
**Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga
*Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2025

Arahan Mengisi Borang Permohonan IKB Online
Sila pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan tepat
- 1. Data yang diisi hendaklah betul dan tepat
- 2. Ruangan yang bertanda ** adalah wajib diisi
- 3. Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses
- 4. Pemohon diminta untuk memasukkan email yang sah dan masih digunapakai kerana sebarang maklum balas adalah melalui email
- 5. Sila cetak borang permohonan setelah selesai mengisi borang permohonan
- 6. Bagi pemohon yang berjaya ke sesi temu duga, sila sediakan dokumen yang berkaitan
- 7. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan sekiranya ada kesilapan
Cara Hubungi
๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ง๐๐จ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ผ๐ต๐ผ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ต๐๐ฏ๐๐ป๐ด๐ถ:
โ๏ธ: 0392830198 atau www.wasap.my/60107022559 ๐ฑ
Institut Kemahiran Baitulmal
Lot 1363, Jalan Perkasa
Off Jalan Kampung Pandan Taman Maluri
55100 KUALA LUMPUR
Selamat membuat Permohonan IKB MAIWP 2026 Online. Semoga permohonan anda untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran yang dipohon berjaya.




(2).png)


