Permohonan IKM KKTM Dan MJII 2026 Online

Permohonan IKM KKTM Dan MJII sesi Januari 2026 Online, Maklumat permohonan kemasukan ke ipma mara ambilan tahun 2026 sesi januari & julai.

Berita baik buat lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Berikut dikongsikan maklumat Permohonan IKM KKTM Dan MJII sesi Januari 2026.

Menerusi makluman TVETMARA, permohonan online untuk kemasukan ke KKTM, IKM & MJII dibuka untuk sesi Januari 2026 bermula 13 Oktober 2025 hingga 16 November 2025. Permohonan adalah sesi ambilan Perdana melalui UPTVET.

Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).

Permohonan IPMA MARA Sesi Januari 2026: KKTM IKM MJII

Pengambilan pelajar ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) adalah dibuat dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai setiap tahun.

Jika terdapat sebarang perubahan akan dikemaskini semula. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.

  1. Kemasukan Januari & Kemasukan Julai melalui UP_TVET atau TVET MARA

Senarai IKM/ KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Sila klik untuk mendapatkan maklumat senarai lokasi dan kursus yang ditawarkan :-

  1. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. eBrochure KKTM, MJII & IKM

Permohonan IKM KKTM Dan MJII Januari 2026 Online

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2025 akan di buka seperti maklumat berikut :-

  • Tarikh Buka : 13 Oktober 2025
  • Tarikh Tutup : 16 November 2025

Applikasi Borang Permohonan UP_TVET Online : Sila Klik https://www.tvetmara.edu.my/ atau https://mohon.tvet.gov.my/

  • Pengguna baru perlu mendaftar dahulu dengan mengisi maklumat No Kad Pengenalan, emel, kata laluan, pengesahan kata laluan dan kod keselamatan di ruangan yang disediakan

Layari www.tvetmara.edu.my untuk maklumat lanjut.

Syarat Am Kelayakan Permohonan IPMA

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan berdasarkan kepada program pengajian :-

Program Sijil

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Diploma

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Cara Hubungi IPMA

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi TVETMARA KKTM & IKM di https://www.tvetmara.edu.my/ atau di Facebook TVETMARA.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:

  • Unit Pengambilan Pelajar,
    Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,

    • Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
    • +60 3 2613 4598/ 34589/ 34605
    • infobkt@mara.gov.my
  • Unit Promosi
    • +60 3 2613 4581 atau 6013 949 8063

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
    UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
    GMI : 03-8921 9047 / 9288
    KKTM : 03-261 34605/ 34612
    KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Selamat membuat Permohonan. Diucapkan selamat berjaya dalam permohonan ini dalam mencapai hasrat meneruskan pengajian tinggi anda.

Kongsi Info Di: