Permohonan UIS Ambilan 2026 – 2027 Online (KUIS)

Permohonan Kemasukan UIS Sesi November 2026. Panduan buat para pelajar yang bercadang untuk menyambung pengajian di UIS (Dahulunya KUIS). Permohonan kemasukan ke Universiti Islam Selangor (dahulunya Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Sesi November 2026 akan dibuka seperti dipetik dari Laman Facebook KUIS. Kolej Universiti islam Selangor telah dinaiktaraf menjadi Universiti Islam Selangor. Calon Pelajar dijemput membuat permohonan KUIS ke program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD secara online melalui Study at UIS.

Semua calon pelajar diingatkan untuk menggunakan RESULT PEPERIKSAAN YANG SEBENAR semasa memohon kemasukan melalui applikasi atas talian. Untuk makluman, semua kursus pengajian yang ditawarkan di UIS telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Cara Membuat Permohonan UIS Secara Online

KUIS ialah nama lama bagi Universiti Islam Selangor (UIS), iaitu sebuah institusi pengajian tinggi Islam swasta milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Penubuhan: Bermula secara rasmi pada 15 Februari 1995 sebagai Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR).

Naik Taraf: Dinaik taraf menjadi kolej universiti dengan nama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2004, sebelum dinaik taraf menjadi universiti penuh pada Oktober 2022 dengan nama UIS

Program Pengajian: Menawarkan program di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) merangkumi pengajian Islam, perniagaan, teknologi maklumat, pendidikan, undang-undang dan komunikasi.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke Universiti Islam Selangor (UIS) sesi November 2026 secara online. Maklumat yang dipaparkan termasuk applikasi permohonan atas talian, syarat kelayakan dan cara hubungi UIS.

Portal Study at UIS

Untuk memohon, sila layari aplikasi permohonan UIS di pautan Study At UIS

Di aplikasi, pemohon juga boleh menyemak status permohonan dan membuat pertanyaan berkaitan pengambilan.

Untuk mendapatkan informasi berkaitan program pengajian beserta syarat kemasukan, sila layari Program Pengajian.

Syarat Kemasukan UIS

Apakah syarat kelayakan permohonan ke Universiti Islam Selangor (UIS)? Berikut adalah syarat kemasukan buat panduan para pemohon.

Ijazah Sarjana Muda

  • Keputusan Peperiksaan STAM hanya dengan keputusan MAQBUL
  • STPM hanya dengan 2 kredit

Asasi UIS

Diploma KUIS

  • Mendapat 3 kredit dalam SPM

Nota : Calon pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 kepujian (kredit) serta memenuhi syarat kelayakan ditetapkan KUIS amat digalakkan untuk memohon program ASASI KUIS. Program ini merupakan laluan pantas ke program Ijazah Sarjana Muda KUIS kerana tempoh pengajian hanya 3 semester (1 tahun).

Pengambilan KUIS Sesi November 2026

𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 ‼️ 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝟐𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐋! 🎓

📢 Kemasukan Sesi November 2026 ke Universiti Islam Selangor (UIS) masih dibuka!

Istimewa buat 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 & 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐚𝐮𝐭𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫, rebut peluang menikmati pelbagai insentif menarik bagi pengajian peringkat 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 & 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚. Jangan lepaskan peluang ini kerana tawaran adalah terhad kepada 200 pelajar baharu sahaja!

📅 Ambilan Kedua: 21 November 2026
🚶 Pendaftaran Walk-In: 23 November – 10 Disember 2026

📝 Tertakluk kepada terma dan syarat.

📲 Mohon sekarang: https://study.uis.edu.my

✨ Universiti Impian Semua bermula di sini!

Terlepas pendaftaran sebelum ini? Jangan risau, peluang untuk menyambung pengajian di UIS masih terbuka! 💚

📌 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 & 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚:
📅 𝟐𝟏 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bagi yang tidak berkesempatan hadir, boleh daftar secara walk-in mengikut tarikh yang tertera pada poster.

Jangan lepaskan peluang ini. Jom sertai UIS dan mulakan perjalanan akademik anda! 🎓

Program Pengajian Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.

Objektif penubuhan KUIS adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Cara Hubungi UIS

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran, sila hubungi UIS di :-

  • Sila hubungi Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar melalui saluran berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran.Talian Terus

    +603 8911 7060 / +603 8911 7139 / +603 8911 7073 / +603 8911 7141

    Sambungan

    +603 8911 7000 sambungan 1220 / 2240 / 2239 / 1417

    Emel

    admission@uis.edu.my

  • Portal Rasmi Pengambilan UIS

Alamat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

Selamat membuat Permohonan. Semoga anda berjaya ditawarkan pengajian di Universiti Islam Selangor.

Share Info

Portal_Editor

Portal_Editor