Cara Permohonan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan tahun 2026. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran (mengikuti aliran) dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2025 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Berikut dikongsikan maklumat Permohonan KV Kolej Vokasional 2026 Dan SMT secara Online.
Murid yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan 2026 seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tarikh buka permohonan KV/ SMT pada tahun 2026 adalah dari 1 Ogos sehingga 7 September 2025.
- Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
- Senarai KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional
Permohonan Kemasukan KV Dan SMT 2026 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan KV Kolej Vokasional 2026 Dan SMT secara Online:-
KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan ke Sekolah terpilih seperti Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Satu sistem permohonan telah dibangunkan dan semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di pusat pentaksiran yang ditetapkan seluruh Malaysia.
Pentaksiran yang akan dijalankan merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%) dan Kecerdasan Intelektual (70%) secara dalam talian serta Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis. Maklumat lanjut berkaitan pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tarikh Penting Permohonan KV & SMT 2026
Tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2026 adalah seperti berikut:
TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP | PERKARA |
1 Ogos 2025 | 7 September 2025 | Permohonan Kemasukan Online |
12 September 2025 | 3 Oktober 2025 | Semakan Pusat Pentaksiran |
22 September 2025 | 3 Oktober 2025 | Pelaksanaan Pentaksiran |
26 Disember 2025 | – | Check Tawaran Kemasukan |
13 Januari 2026 | – | Sesi Pendaftaran |
Program KV & SMT Yang Ditawarkan
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2025 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan tahun 2026 seperti berikut :-
1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
- Di Kolej Vokasional KPM
2. Aliran Teknikal
- Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
3. Program Sijil & Kemahiran Di Kolej Vokasional
Cara Membuat Permohonan KV dan SMT 2026 Secara Online (Pautan Borang)
Pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengakses Aplikasi Permohonan KV Dan SMT 2026 :
Makluman Permohonan
Makluman berkaitan proses permohonan adalah seperti berikut:
- Jika calon gagal mengakses sistem, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK.
- Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.
- Permohonan secara atas talian hanya dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
Nota Penting Permohonan Online
Berikut adalah maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon. Sila masukkan kesemua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online.
- Sila pastikan semua bertanda * diisi
- Rujuk Panduan bagi maklumat yang memerlukan rujukan untuk pengisian data
- Klik simpan dan pergi ke muka surat seterusnya.
- Sila buat “checking” dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini
permohonan dapat dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan. - Cetak Permohonan untuk simpanan pemohon.
- Sila pastikan perisian Adobe Reader dipasang untuk mencetak borang permohonan online.
Kelayakan Mohon KV Dan SMT 2026
Berikut adalah kelayakan umum/ khusus permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2026 sebagai rujukan. Juga dikongsikan senarai program pengajian yang ditawarkan :-
Program Ditawarkan & Syarat Kemasukan KV
i) PROGRAM SIJIL
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.
Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional.
ii) PROGRAM KEMAHIRAN
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri.
Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah kolej vokasional terpilih sahaja.
Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun.
Murid yang tamat dan lulus pengajian program ini akan dianugerahkan SKM mengikut tahap ditawarkan yang diiktiraf oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.
Program kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
- PROGRAM KEMAHIRAN PENUH
- PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
Syarat untuk memohon ke KV adalah seperti berikut:-
a) Syarat ke Program Sijil
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
b) Syarat ke Program Kemahiran
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
- Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
Kursus Ditawarkan & Syarat Kemasukan SMT
Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
- i. Pengajian Kejuruteraan Awam
- ii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- iii. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- iv. Perdagangan
- v. Sains Pertanian
Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Matlamat kursus teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
- i. Tingkatan 4
- ii. Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-
SYARAT KEMASUKAN SMT (UMUM)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/ buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
Maklumat Lanjut Permohonan KV Dan SMT
Pemohon boleh merujuk kepada maklumat/ informasi di bawah ini untuk sebarang masalah atau pertanyaan. Pelajar boleh menghubungi BPTV di
Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Blok E14
62604 Putrajaya
Wilayah Persekutuan PutrajayaTel: 03-88845154
Laman Sesawang: https://bpltv.moe.gov.my/
Maklumat Penting
Check Tawaran Ke KV Dan SMT 2026
Menerusi FAQ permohonan, Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm seperti tarikh penting berikut :-
- 2026 : 26 Disember 2025
- 2025 : 31 Januari 2025
- 2024 : 1 Mac 2024
- 2023 : 17 Mac 2023
- 2022 : 15 Mac 2022
- 2021 : 23 Mac 2021
- 2020 : 20 Januari sehingga 27 Januari 2020
- 2019 : 18 Januari 2019 sehingga 22 Januari 2019
Panduan tarikh penting dan maklumat tawaran KV klik Status application KV / SMT 2026.
Calon adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan pada tarikh yang ditetapkan.
Walk-in / rayuan kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan requirement yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid. Untuk makluman, Asrama ada disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi.
Selamat membuat Permohonan KV Kolej Vokasional 2026 Dan SMT Online. Semoga permohonan anda berjaya seterusnya anda mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang dihajati.