Cara membuat permohonan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja secara online? Untuk perhatian pelajar Tingkatan 3, Permohonan Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 Sesi 2026 akan di buka secara online untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2025. Permohonan Kemasukan Putera 2026 yang dibuka bermula dari 1 Ogos 2025 adalah untuk kemasukan ke Tingkatan 4 (Form 4) pelajar lelaki dan perlu dimohon secara atas talian/ online.
Sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertaraf sekolah Premier di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Reka bentuk pengajian di MTD dengan susunan pembelajaran yang berasaskan disiplin dan pembudayaan cara hidup ala ketenteraan telah menyerlahkan keunikan MTD. Pengutamaan aspek kepimpinan dan kecemerlangan dalam setiap program, pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai integriti telah menjadikan MTD sebagai Home of Future Leaders yang melahirkan pemimpin masa hadapan negara yang profesional dan berkaliber.
Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2026 Online (Tingkatan 4 MTD)
Menerusi Kenyataan Media KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus iaitu SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD untuk tahun 2021. Bagi tahun 2026 akan diteruskan menggunakan kaedah yang sama dengan MR SM kini termasuk dalam sistem ini. KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid ke sekolah khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.
Sehubungan dengan itu, permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 boleh diakses melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my. Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.
Pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%). Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis
Berikut dikongsikan panduan/ syarat kemasukan dan maklumat penting buat ibu bapa dan pelajar dalam membuat permohonan kemasukan Putera 2026 Maktab Tentera DiRaja online :-
- 1. Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2026 Online (MTD) adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web https//:spskt4.moe.gov.my
- Calon perlu memohon melalui dalam talian sebaik sahaja permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dibuka dan meletakkan MTD sebagai PILIHAN PERTAMA. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ke sesi Lembaga Pemilihan Putera MTD. Rujuk Soalan Lazim Pengambilan
- 2. Permohonan dibuka untuk pelajar – pelajar lelaki warganegara Malaysia yang merupakan lepasan Tingkatan 3 tahun 2025
- 3. Wajib mempunyai email persendirian yang sah dan aktif
Tarikh Penting Permohonan MTD 2026
Berikut adalah tarikh buka dan tutup permohonan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja:
- Tarikh Buka: 1 Ogos 2025
- Tarikh Tutup: 7 September 2025
Syarat Kemasukan MTD Ambilan 2026
Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2026 adalah seperti berikut:-
SYARAT AM
- i. Calon perlu memilih Maktab Tentera Diraja sebagai pilihan pertama.
- ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), Kementerian Pendidikan (KPM).
**Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.
SYARAT KHUSUS
- i. Pemohon mestilah lelaki dan warganegara Malaysia
- ii. Ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
- iii. Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja
- iv. Berat minimum – 40.5 kg
- v. Tinggi minimum – 152 cm
- vi. Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) antara 18 hingga 26.9
- vii. Ukuran dada – 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
- viii. Kesihatan – sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah:
- a. Angin pasang (inguinal hernia)
- b. Asma atau lelah (asthma)
- c. Buasir (haemorrhoids)
- d. Fizikal bahu tidak sama (uneven shoulder)
- e. Jangkitan kulat pada kulit (tinea)
- f. Kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD-Deficiency)
- g. Rabun jauh (myopia) 6/12
- h. Rabun warna (colour blindness)
- i. Tapak kaki rata (flat footed)
- j. Temu janji rawatan susulan yang berpanjangan
- k. Terdapat kerak telinga (impacted earwax)
- l. Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi (braces)
- m. Tulang belakang bengkok (scoliosis)
- n. Urat bersimpul (varicose veins)
- o. Sebarang masalah kesihatan baru atau lama yang akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan ketenteraan di MTD
* Walaupun telah lulus semua syarat khusus, jika terdapat kecederaan sebelum melapor diri di MTD yang boleh menghalang calon melaksanakan aktiviti dan latihan ketenteraan, calon akan dikeluarkan.
Sesi Ujian Pemilihan Dan Temuduga Putera MTD
Program ujian pemilihan dan temuduga Putera MTD akan dijalankan selama 5 – 7 HARI. Setiap calon akan diuji dalam aspek akademik, kecergasan fizikal, sahsiah dan keterampilan. Pemeriksaan kesihatan dilaksanakan bagi memastikan setiap calon bebas daripada sebarang penyakit dan mampu mengikuti aktiviti ketenteraan yang lasak.
Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD 2026
Menurut Portal Rasmi KPM, tarikh semakan tawaran bagi kemasukan ke MTD boleh disemak bermula 26 Disember 2025. Pemohon yang gagal boleh merayu bermula dari 26 Disember 2025 sehingga 13 Januari 2026.
Keputusan rayuan dijangka diumumkan pada 6 hingga 10 Februari 2026.
Keistimewaan MTD
Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara PERCUMA meliputi perkara berikut :-
1. Penginapan dan sajian (6 kali sehari)
2. Elaun Putera sebanyak RM100 sebulan
3. Rawatan kesihatan
4. Pakaian seragam Tentera dan keperluan pemakaian di MTD
5. Kelas akademik, makmal perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin
6. Buku teks dan keperluan pembelajaran
7. Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik
8. Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar – kepimpinan dan jati diri
9. Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan
10. Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental- military map reading dan war cry
11. Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi Putera-Putera dari Sabah dan Sarawak
Cara Hubungi MTD
Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Maktab Tentera Diraja
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur.
Laman Sesawang: https://www.rmc-education.edu.my
E-mel Rasmi: mil_education@rmc.edu.my
Tel : 03-89465562 Fax : 03-89465530
Facebook Maktab Tentera DiRaja
Selamat membuat Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2026 Online (MTD) kepada pelajar Tingkatan 3 tahun 2025. Diucapkan semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan Putera ke MTD nanti.