Permohonan MRSM 2026 Tingkatan 1 & 4 Online

Permohonan MRSM 2026 Tingkatan 1 dan 4 Online, Cara mohon masuk maktab rendah sains mara Form 1 & 4 dan aplikasi online ewarta mara.

Permohonan Kemasukan MRSM 2026 Tingkatan 1 & 4 Secara Online. Perhatian buat pelajar Tahun 6 yang yang berminat dan berkelayakan untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 (Form 1) ambilan sesi akademik 2026 boleh membuat Permohonan MRSM 2026 Tingkatan 1 secara online/ atas talian. Juga dikongsikan maklumat permohonan MRSM Tingkatan 4 untuk pelajar lepasan Tingkatan 3.

Tarikh permohonan ke Tingkatan 1 MRSM 2026 – Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) boleh dirujuk di Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bagi ambilan tahun 2026, permohonan di buka dari 1 Ogos 2025 sehingga tarikh tutup permohonan pada 7 September 2025. Permohonan Tingkatan 4 (Empat) juga dibuka pada tarikh yang sama.

**List MRSM Seluruh Malaysia klik Maktab Rendah Sains MARA.

Permohonan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2026 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2026 secara online. Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan ini mempelawa calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah rupa diri serta akademik untuk memohon kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2026.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Panduan Permohonan Kemasukan ke MRSM

Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA hanya dibuka secara online/ atas talian sahaja. Berikut adalah kaedah permohonan kemasukan ke MRSM bagi ambilan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-

Tarikh Penting

  • Tarikh Buka : 1 Ogos 2025
  • Tarikh Tutup : 7 September 2025

Pautan Borang & Nota Penting

Langkah permohonan adalah seperti berikut:-

Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) boleh membuat permohonan MRSM melalui pautan kemasukan MRSM berikut:

Nota Penting : Jika pelajar berminat untuk memasuki Sistem Pendidikan MRSM, sila pastikan anda memilih MRSM sebagai pilihan pertama apabila membuat permohonan dalam sistem permohonan Sek. Khusus & MRSM.

Pemohon perlu merujuk Buku Panduan Permohonan MRSM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Syarat Kemasukan MRSM  Terkini 2026

Untuk memohon, sila pastikan pelajar memenuhi syarat berikut :-

  • Calon warganegara Malaysia
  • Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
  • Calon dari sekolah yang berdaftar dibawah KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Semua calon yang melepasi Ujian kelayakan PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA
  • Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026
  • Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Senarai Program Pendidikan MRSM Tingkatan 1 & 4

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sistem pendidikan MRSM ditubuhkan adalah selaras dengan matlamat dan keperluan negara bagi memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Sistem Pendidikan ini diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi bagi mengembangkan potensi diri mereka berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Kesemua program di bawah ini di tawarkan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 manakala untuk Tingkatan 4, hanya Program Premier dan Program Bitara sahaja yang ditawarkan.

1) MRSM PROGRAM PREMIER

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

2) MRSM PROGRAM PREMIER-STEM EXCELLENCE

MRSM Program Premier – STEM Excellence menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Premier – STEM Excellence melaksanakan modifikasi kurikulum secara bersepadu merentas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pemetaan kurikulum yang menyeluruh bagi memastikan kesinambungan pembelajaran yang lebih tersusun, progresif dan holistik, sejajar dengan aspirasi untuk melahirkan pelajar berdaya saing dalam bidang STEM.

3) MRSM PROGRAM BITARA

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

4) MRSM PROGRAM INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE)

MRSM Program IGCSE menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa tingkatan 5.

5) MRSM PROGRAM ULUL ALBAB

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

6) MRSM PROGRAM TEKNIKAL

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil sama ada subjek Lukisan Kejuruteraan atau Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrikal sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila rujuk atau hubungi:-

  • a) E-mel MRSM: pengambilanmrsm@mara.gov.my
  • b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-26134185/34198/34202/34206/34214 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)

Selamat membuat Permohonan Tingkatan 1 dan 4 Online MRSM ambilan tahun 2026 buat pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 2025. Moga hasrat anda untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA dalam menyambung pengajian sekolah menengah tercapai.

Rel : sistem pendidikan mrsm, ibu bapa penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam blacklisted oleh mara, 1 jan 2008 bagi calon tingkatan 4 2023, mula dibuka, 2 jan 2007 2008 bagi calon tingkatan calon, https mrsm.mara.gov.my mymrsm, jan 2007 hingga 1, membuat permohonan secara, cemerlang dalam akademik, aktif dalam aktiviti kokurikulum, https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/, lahir pada 2 jan,

Kongsi Info Di: