Permohonan Politeknik 2025 Dan Semakan Keputusan Online

Permohonan Politeknik 2025-2026 Online Dan Semakan Keputusan Politeknik. Cara mohon kemasukan melalui portal ambilan polycc

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi 2025-2026 Online. Berita baik buat calon lepasan SPM, Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA dan Kemahiran Malaysia (SKM). Berikut dikongsikan maklumat dan panduan Permohonan Politeknik Sesi kemasukan 2025/ 2026 beserta maklumat semakan keputusan Politeknik. Untuk makluman, mulai Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.

Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan kemasukan ke Politeknik sesi I 2025/ 2026 akan dibuka bermula pada 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025. Tarikh untuk permohonan kemasukan UA, ILKA dan Kolej Komuniti yang boleh dibuat melalui UPU adalah bermula 10 Februari hingga 14 Mac 2025. Selain itu terdapat juga ambilan bagi kemasukan sesi lain tahun 2025/ 2026 yang akan dibuka pada Oktober 2025 melalui Portal Rasmi Laman Web Politeknik.

Cara Memohon Kemasukan Ke Politeknik Sesi 2025/ 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Politeknik sesi kemasukan 2025/ 2026 yang memaparkan kaedah memohon secara online.

Iaitu membuat permohonan kemasukan, link borang permohonan, bidang yang ditawarkan (program pengajian) dan iklan permohonan buat rujukan terutama pelajar lepasan SPM.

A. Permohonan Politeknik Sesi 2025 (Melalui Aplikasi UPUOnline)

  1. Pemohon perlu membeli NO PIN UPU Unik ID Kategori A di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dibuka bermula 9 Februari 2025 hingga 18 Mei 2025 berharga RM10.60
  2. Isi borang permohonan melalui UPU untuk sesi 2025. Tarikh tutup permohonan untuk lepasan spm stpm adalah pada 14 Mac 2025

Tarikh Permohonan Politeknik Melalui UPU Sesi 2025/2026

  • Permohonan Dibuka : 10 Februari 2025
  • Permohonan Ditutup : 14 Mac 2025

Berikut adalah peringkat pengajian dan kategori permohonan bagi permohonan ke politeknik melalui UPUOnline:

  1. Diploma Politeknik: Lepasan SPM tahun 2022-2024
  2. Sijil Kolej Komuniti: Lepasan SPM tahun 2022-2024

B. Permohonan Politeknik Sesi I 2025/2026 (Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti)

  • Permohonan akan dibuka secara atas talian melalui pautan di bawah:

Tarikh Penting Permohonan Diploma Politeknik Sesi I 2025

  1. Permohonan dibuka : 18 Mac 2025
  2. Permohonan ditutup : –
  3. Semakan Panggilan Temuduga : 14 April 2025
  4. Sesi Temuduga permohonan : 7 – 13 Mei 2025
  5. Semakan keputusan permohonan : 18 Jun 2025
  6. Borang permohonan rayuan di buka : 18 Jun 2025
  7. Borang permohonan rayuan di tutup : –
  8. Semakan Keputusan Rayuan : –
  9. Pendaftaran Pelajar : bermula 27/28 Julai 2025

Tarikh Permohonan Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi I 2025-2026

  1. Permohonan dibuka : ?
  2. Permohonan ditutup : ?
  3. Semakan Panggilan Temuduga : ?
  4. Sesi Temuduga permohonan : ?
  5. Semakan keputusan permohonan : ?
  6. Borang permohonan rayuan di buka : ?
  7. Borang permohonan rayuan di tutup : ?
  8. Semakan Keputusan Rayuan : ?
  9. Pendaftaran Pelajar : ?

Berikut adalah peringkat pengajian dan kategori permohonan bagi permohonan ke politeknik melalui Portal Politeknik dan Kolej Komuniti sesi I 2024:

  • Diploma Politeknik :
    • Lepasan SPM tahun 2024 dan ke bawah
    • Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
    • Pelajar semester akhir Pra Diploma Politeknik
    • Sijil APEL
    • Lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Perda-Tech, Institut Pertanian Malaysia atau ILKA lain yang didiktiraf MQA
  • Sijil Kolej Komuniti : Lepasan SPM tahun 2024 ke bawah
  • Pra Diploma Politeknik : Lepasan SPM
  • Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Ketidakupayaan Pendengaran) : Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran)

Maklumat permohonan kemasukan ke Politeknik untuk sesi 1 2025/2026 bagi pengambilan pelajar ke Program Sarjana Muda Politeknik adalah seperti berikut :-

C. Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi I 2025 (Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti)

  • Permohonan akan dibuka secara atas talian melalui pautan di bawah:
    • http://ambilan.mypolycc.edu.my (percuma tanpa perlu no. pin)

Tarikh Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi I 2025

  1. Permohonan dibuka : 18 Mac 2025
  2. Permohonan ditutup : –
  3. Semakan Panggilan Temuduga : 14 April 2025
  4. Sesi Temuduga permohonan : 7 – 13 Mei 2025
  5. Semakan keputusan permohonan : 18 Jun 2025
  6. Borang permohonan rayuan di buka : 18 Jun 2025
  7. Borang permohonan rayuan di tutup : –
  8. Semakan Keputusan Rayuan : –
  9. Pendaftaran Pelajar : bermula 27/28 Julai 2025

Klik Senarai Program Yang Ditawarkan Dan Jumlah Yuran

Maklumat permohonan kemasukan ke Politeknik untuk sesi 2 2023/2024 adalah seperti berikut :-

D.  Permohonan Politeknik Sesi II 2024/2025 (Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti)

  • Permohonan akan dibuka secara atas talian melalui pautan di bawah:
    • http://ambilan.mypolycc.edu.my (percuma tanpa perlu no. pin)

Tarikh Permohonan Diploma Sepenuh Masa Politeknik Sesi II 2024-2025

  1. Permohonan dibuka : 4 Oktober 2024
  2. Permohonan ditutup : 4 November 2024
  3. Semakan Panggilan Temuduga : 7 November 2024
  4. Sesi Temuduga permohonan : 18 – 22 November 2024
  5. Semakan keputusan permohonan : 5 Disember 2024
  6. Borang permohonan rayuan di buka : 5 Disember 2024
  7. Borang permohonan rayuan di tutup : 12 Disember 2024
  8. Semakan Keputusan Rayuan : 20 Disember 2024
  9. Pendaftaran Pelajar : 5 Januari 2025

Klik Senarai Program Yang Ditawarkan Dan Jumlah Yuran

Tarikh Permohonan Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi II 2024-2025

  1. Permohonan dibuka : –
  2. Permohonan ditutup : –
  3. Semakan Keputusan Permohonan : –
  4. Pendaftaran pelajar : –

Buka pautan Senarai Program Dan Syarat Kemasukan serta Yuran yang dikenakan

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di Politeknik

Berikut adalah bidang pengajian sepenuh masa yang ada ditawarkan di Politeknik :-

A. SARJANA MUDA

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

  1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

  1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

  1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian

JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

  1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa

JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

  1. Sarjana Muda Rekabentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian

B. SARJANA MUDA DENGAN KERJASAMA INSTITUSI LAIN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

  1. Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan & Perancangan (Kepujian) (Senibina), Universiti Sains Malaysia (USM)

C. PROGRAM DIPLOMA

D. PRA DIPLOMA

JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER

  1. Pra Diploma Sains

JABATAN PERDAGANGAN

  1. Pra Diploma Perdagangan

E. SIJIL KEMAHIRAN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

  1. Sijil Kemahiran Pembinaan

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

  1. Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal

JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

  1. Sijil Kemahiran Hotel dan Katering

JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

  1. Sijil Kemahiran Rekaan Fesyen dan Pakaian
  2. Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik

Syarat Minimum Lepasan SPM

Bagi lepasan SPM, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf

Syarat-syarat minimum mengikut program pula adalah seperti berikut:

A. PROGRAM KEJURUTERAAN

  1. Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  2. Memperoleh tiga (3) kepujian iaitu:
    • Matematik
    • Satu (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
    • Mana-mana satu mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    • Bagi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, tidak buta warna
    • Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali

B. PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI DAN PROGRAM PERDAGANGAN (DIPLOMA AKAUNTASI)

  1. Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  2. Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek termasuk Matematik

C. PROGRAM PERDAGANGAN (DIPLOMA PERGAJIAN PERNIAGAAN)

  1. Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik
  2. Memperoleh lima (5) kepujian dalam mana-mana subjek

D. PROGRAM PRA DIPLOMA

  1. Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  2. Lulus Matematik/Matematik Tambahan
  3. Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek

Syarat Minimum Lepasan Sijil Kemahiran

Bagi lepasan Sijil Kemahiran, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf

A. SIJIL YANG LAYAK

  1. Institut Kemahiran MARA
  2. Politeknik
  3. Kolej Komuniti
  4. Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia
  5. Institut Kemahiran Tinggi PERDA
  6. Kemahiran Malaysia
  7. APEL (Acreditation of Prior Experiential Learning)

B. SYARAT MINIMUM

Sijil Kejuruteraan atau Siji Teknologi Kejuruteraan yang telah memperoleh akreditasi (bagi Sijil Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Politeknik, Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA)

  1. Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
  2. Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 KKM) atau setaraf dalam bidang berkaitan (contoh : Sijil Institut Kemahiran MARA / Politeknik / Komuniti / Institut Kemahiran Tinggi PERDA)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

  1. Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
  2. Kelayakan Teknikal / Vokasional (diiktiraf/Tahap 3, KKM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, dalam bidang berkaitan
  3. Mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan

Semak Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon boleh membuat semakan syarat kelayakan permohonan melalui kaedah berikut :-

Iklan Permohonan

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan Politeknik melalui UPUOnline, sila rujuk kepada grafik panduan kemasukan UPU 2025 di bawah ini.

Permohonan UPU 2025

Bagi permohonan kemasukan ke politeknik sesi I 2024/2025 boleh dirujuk pada iklan seperti berikut

permohonan_politeknik_kolej_komuniti_sesi_1_2024

Permohonan kemasukan ke politeknik bagi sesi II 2024/2025 pula boleh dirujuk pada iklan seperti berikut

iklan-permohonan-kemasukan-ke-politeknik-kolej-komuniti-sesi-2

Semakan Keputusan Politeknik

Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti boleh disemak melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti dan UPUonline (untuk sesi Jun sahaja).

Maklumat semakan politeknik dikongsikan dibawah sebagai rujukan. Sesi pengambilan sebelum sesi I 2025-2026 dan Sesi II 2024-2025  :-

Sesi I 2024-2025

Keputusan permohonan ke Politeknik atau Kolej Komuniti Sesi I 2025-2026 boleh disemak di:

  1. UPUOnline mulai Jun/Julai 2025 (bagi calon lepasan SPM tahun 2022-2024). Calon-calon yang berjaya ke Politeknik dan Kolej Komuniti boleh membuat cetakan surat tawaran di http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai Julai 2025 (jam 6.00 petang).
  2. http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 18 Jun 2025 (jam 6.00 petang) (bagi calon lepasan SPM 2020 ke bawah dan lulusan selain SPM)
  3. Calon-calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara atas talian di http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 18 Jun 2025 (jam 6.00 petang)

Diploma Sepenuh Masa (Sesi II 2024-2025

  1. Permohonan dibuka : 4 Oktober 2024
  2. Permohonan ditutup : 4 November 2024
  3. Semakan Panggilan Temuduga : 7 November 2024
  4. Sesi Temuduga permohonan : 18 – 22 November 2024
  5. Semakan keputusan permohonan : 5 Disember 2024
  6. Borang permohonan rayuan di buka : 5 Disember 2024
  7. Borang permohonan rayuan di tutup : 12 Disember 2024
  8. Semakan Keputusan Rayuan : 20 Disember 2024
  9. Pendaftaran Pelajar : 5 Januari 2025

Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa dan pemohon disarankan untuk melayari Portal Pengambilan Pelajar Politeknik untuk tarikh yang tepat dan terkini.

Cara Hubungi Politeknik

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

  • Bahagian Pengambilan Pelajar
    Jabatan Pendidikan Politeknik,
    Aras 4, Galeria PjH,
    Jalan P4W, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya.
  • Tel : 03-8888 2611/ 2527/ 2830/ 3010/ 3919/ 3302/ 3236/ 2680
    Fax : 03-8888 2733
  • Pejabat HEP PKS : 082-845204

Selamat membuat Permohonan Politeknik 2025 Online dan membuat semakan keputusan Politeknik. Semoga permohonan anda berjaya dan ditawarkan kemasukan dalam bidang pengajian program sepenuh masa yang anda hajati.

Related : kementerian pengajian tinggi,

Kongsi Info Di: