Permohonan Rayuan Haji 2026/ 1447H Menerusi Aplikasi THIJARI

Permohonan Rayuan Haji 2026/ 1447H Aplikasi THIJARI, Bakal haji tidak perlu lagi menulis surat atau hadir ke pejabat TH untuk merayu.

Bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH). Bermula tahun 2025 dan rayuan tahun 2026 / 1447H untuk jemaah yang gagal mendapat tawaran mengerjakan ibadah haji adalah melalui aplikasi THIJARI.

Sebelum ini untuk tahun sebelumnya, proses rayuan adalah melalui penghantaran surat rayuan haji terus ke kaunter-kaunter cawangan Tabung Haji termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran atau melalui pos.

Tarikh Dan Permohonan Rayuan Menunaikan Fardhu Haji Tahun 2026/ 1447H

Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai Jumaat ini, 24 Oktober 2025.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu siaran akhbar memaklumkan bahawa, mereka yang tidak menerima surat tawaran kerana belum tiba giliran, pihak TH akan membuka peluang merayu bermula 3 November 2025 melalui platform THiJARI.

Diantara kriteria yang akan diambil kira oleh TH dalam memproses rayuan termasuklah tempoh pendaftaran haji, umur, purata baki simpanan dan kekerapan rayuan.

Selain itu, bakal haji diingatkan untuk mencukupkan simpanan di TH sekurang-kurangnya kepada RM15,000.

“Ia bagi melayakkan diri untuk menerima tawaran haji atau dalam membuat permohonan rayuan haji, selain perlu lulus pemeriksaan kesihatan.

“TH menasihatkan bakal jemaah untuk segera mengemaskini maklumat peribadi agar tidak terlepas daripada peluang menunaikan haji dan memeriksa giliran melalui saluran digital THiJARI atau hadir ke cawangan terdekat.

Senarai PJH 2026 (Syarikat Pengelola Jemaah Haji)

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan Pakej Haji bagi Musim 1447H/2026M.

Berikut adalah senarai 31 PJH berlesen bagi Musim Haji kali ini :-

  1. TH Travel & Services Sdn Bhd
  2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
  3. Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
  4. Amani Travel Sdn Bhd
  5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
  6. Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
  7. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
  8. Busyra Holidays Sdn Bhd
  9. CS Holidays Sdn Bhd
  10. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
  11. Felda Travel Sdn Bhd Feld
  12. Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd
  13. Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
  14. In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
  15. Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
  16. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
  17. Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
  18. Juara Travel & Tours Sdn Bhd
  19. Kembara Umrah Sdn Bhd
  20. KRS Travel Sdn Bhd
  21. KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
  22. Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
  23. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
  24. Qashwa Travel Sdn Bhd
  25. Rayhar Travels Sdn Bhd
  26. Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
  27. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
  28. TITIM Travel Sdn Bhd
  29. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
  30. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
  31. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

SUMBER : TH

Tahun 2025

Melalui pemakluman di Facebook Rasmi Tabung Haji,

Perhatian kepada bakal-bakal haji.

Rayuan haji 1446H/2025M akan dibuka mulai hari Khamis, 19 Disember 2024. Tiga pengecualian kos penuh akan diberikan kepada rayuan :-

  • i) Mahram
  • ii) Pembantu Jemaah Lanjut Usia dan
  • iii) Pembantu Jemaah Kelainan Upaya (OKU)

Bagi jemaah haji sudah terpilih.

Layari www.thijari.com.my untuk membuat rayuan.

Rayuan-Haji-2025-1446H

Cara Mohon Rayuan Haji

Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji bagi musim 1447H atau tahun 2026 masihi, anda boleh lakukannya dengan melayari laman THiJARI pada pautan berikut:

  1. Sila layari Laman Rasmi THiJARI
  2. Pastikan anda telah register akaun THiJARI
  3. Log masuk dan klik pada pilihan menu Pekhidmatan Haji
  4. Seterusnya klik Rayuan Haji
  5. Klik Permohonan Rayuan Haji dan klik berikutnya
  6. Baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji dan klik Saya Faham
  7. Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal haji
  8. Fahami soalan yang diberikan dan pilih ya atau tidak serta klik Akad (Perakuan Istito’ah)
  9. Klik hantar untuk kemukakan rayuan
  10. Akhir sekali, muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji

Video Tutorial Proses Rayuan Haji Melalui Aplikasi THiJARI

Seperti dimaklumkan dan untuk tahun 2021, 2022, 2023, 2024 & 2025, bakal haji perlu menggunakan aplikasi THIJARI dan tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH).

Maklumat Lanjut Permohonan Rayuan Haji

Sekiranya anda ada kemusykilan atau pertanyaan lanjut tentang permohonan rayuan Haji tahun 2026/1447H, anda boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di talian 03- 6207 1919.

Berikut adalah kos mengerjakan Haji terkini tahun 2026/ 1447H buat panduan semua. Menurut TH, kos untuk jemaah Muassasah pada tahun 2026tanpa subsidi adalah RM33,300

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos Haji (RM)

Tanggungan Kos Haji/ Subsidi (RM)

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 33,300RM 18,300*RM 15,000
2. Kumpulan M40RM 33,300RM 9,800RM 23,500
3. Kumpulan T20RM 33,300TiadaRM 33,300
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM 33,300TiadaRM 33,300

* Termasuk bantuan Kerajaan Malaysia sebanyak RM1,000

** Tidak tertakluk kepada peraturan pengeluaran visa semasa, jika dikuatkuasakan

SUMBER : Tabung Haji

Semoga perkongsian ini tentang aplikasi THIJARI dapat membantu bakal jemaah Haji untuk membuat rayuan haji tersebut.

Rel : akaun th, membuat permohonan rayuan haji, kerajaan arab saudi, jemaah haji muassasah, terpilih pada tahun semasa, menteri di jabatan perdana menteri, musim haji, untuk menunaikan haji pada tahun,

Kongsi Info Di: