Permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik Perak (LPHP)

Permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik Perak (LPHP). Cara mohon rumah kos rendah kos sederhana negeri perak darul ridzuan melalui portal.

Berita baik buat semua warga dan penduduk Negeri Perak yang berminat dan berkelayakan untuk memiliki program rumah Kos Rendah, Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik di Negeri Perak. Permohonan Rumah Perakku boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian/ online di Portal Rasmi PLHP (Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak).

Menyediakan rumah yang selesa, berkualiti, mampu dimiliki dan mencukupi untuk golongan berpendapatan rendah adalah tanggungjawab yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak dari masa kesemasa melalui LPHP.

Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku Perak (Bina Baru & Baik Pulih)

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP)

Diantara peranan utama LPHP adalah seperti berikut :-

Melaksanakan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa dan dimiliki

Menguruskan penjualan rumah PPR dimiliki

Memproses urusan pindah milik Rancangan Perumahan Awam

Membuat tawaran semula Rancangan Perumahan Awam

Mengurus penyewaan Program Perumahan Rakyat Disewa

Mendaftar permohonan membeli Rumah Kos Rendah melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT)

Borang Permohonan Rumah (Pendaftaran Rumah Mampu Milik Negeri Perak)

Berikut dikongsikan maklumat permohonan rumah mampu milik Perak meliputi borang permohonan, syarat permohonan, salinan dokuman yang diperlukan dan cara hubungi.

Rumah-rumah yang ditawarkan oleh LPHP adalah rumah kediaman 3 bilik tidur serta dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa. Harga rumah dijual pada kadar yang mampu dimiliki oleh rakyat.

Kategori Rumah Dipohon

Berikut adalah kategori permohonan rumah mampu milik Negeri Perak :-

1.Sewa

2. Perumahan Perwira

3. Rumah Kos Rendah

4. Rumah Kos Sederhana

5. Program Perumahan Rakyat

6. Rumah Mampu Milik

7. My Beautiful New Home

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan seperti berikut :-

Syarat-Syarat Permohonan

Syarat-syarat untuk memohon adalah seperti berikut :

1) Warganegara Malaysia.

2) Berumur 18 tahun ke atas.

3) Keutamaan kepada rakyat Perak.

4) Satu pasangan satu permohonan sahaja.

5) Pemohon dan pasangan belum memiliki hartanah kediaman.

6) Pemohon atau pasangan menetap atau bekerja di Negeri Perak.

7) Permohonan rumah adalah untuk didiami bukan untuk disewa.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hanya salah seorang isi rumah yang dibenarkan untuk mendaftar Rumah skim ini di dalam sistem e-perumahan

Had Kelayakan Pendapatan :

Kategori Rumah 1 (kos rendah)

Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.

Kategori Rumah 2 (kos sederhana)

Pendapatan isi rumah di antara RM 5,001.00 – RM 8,000.00 sebulan.

Kategori Rumah Mampu Milik

Pendapatan isi rumah melebihi RM8,000.00 ke atas.

Pemohon yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman sesawang LPHP dan mengisi di bahagian pendaftaran. Kemudian isi borang tersebut dan setelah selesai klik hantar. Pemohon perlu menyimpan maklumat akaun sekiranya ada sebarang pengemaskinian dilakukan. Pengemaskinian borang perlu dilakukan setiap 2 tahun sekali

Borang permohonan Program Perumahan Perakku boleh di akses melalui pautan berikut, pergi ke laman web rasmi :-

https://www.lphp.gov.my/index.php/

Klik Pendaftaran Baharu

Soalan Lazim Pengisian Borang Rumah Mampu Milik Perak

Pemohon hanya perlu membuat permohonan secara maya di laman sesawang LPHP dan mengisi borang mengikut butiran yang diminta sahaja. Dokumen-dokumen sokongan tidak perlu disertakan sekali kerana dokumen-dokumen berikut hanya perlu dibawa semasa proses temuduga

Pemohon akan dipanggil temuduga apabila projek yang dibangunkan di daerah pemohon mohon sudah dinaikkan sebanyak 50 peratus. Pihak LPHP akan menghantar surat jemputan temuduga ke alamat pemohon yang telah didaftarkan di dalam sistem e-perumahan

Senarai Projek Rumah Mampu Milik Perak

Melalui makluman Facebook LPHP,  pihak LPHP akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di kawasan-kawasan berikut :

Chemor Ipoh Perak – Rumah Bandar (Town House) – 56 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00

Tanah Hitam, Chemor – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00

Malim Nawar Kampar Perak – 62 unit – Rumah Teres Setingkat – Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00

Kg. Serdang Setiawan – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00

Batu 10, Lekir Setiawan – 340 unit – Rumah Teres Setingkat – 340 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 85,000.00

Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak – Rumah Belia – Teres Setingkat – 92 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00

Pihak LPHP sedang merancang banyak lagi pembangunan perumahan yang berharga RM 70,000 – RM 100,000.00 di setiap daerah di Negeri Perak.

Maklumat Lanjut & Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan atau pendaftaran boleh terus menghubungi atau faks kepada pihak LPHP melalui :-

Tel : 05 – 209 5540 / 05 – 209 5054 / 05 – 209 5053

Faks : 05 – 2530001

Selamat membuat permohonan pendaftaran rumah Mampu Milik Negeri Perak. Moga permohonan anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Related : kawasan bandar, rumah tidak melebihi rm, rumah pertama, maklumat pendaftaran perumahan, salinan sijil, alamat email pendapatan isi rumah tidak melebihi rm3,861 hingga rm7,000 sebulan rumah perakku i kos melebihi rm3,860 sebulan sila bawa dokumen asal pemohon digalakkan menggunakan komputer rm90,000 dan ke bawah sokongan semasa proses temuduga untuk membuat pendaftaran perumahan digalakkan menggunakan komputer untuk perakku i kos rendah komputer untuk membuat pendaftaran rumah tidak melebihi rm3,860, salinan kad pengenalan, selamat dan isteri suami dari ahli dewan undangan negeri, warganegara malaysia, digunakan supaya anda boleh menerima email daripada lphp selepas mendaftar, slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut turut dan penyata kwsp pemohon dan isteri suami dari ahli dewan undangan negeri, aras g bangunan perak darul ridzuan jalan panglima bukit gantang wahab, sila simpan maklumat ini ditempat, salinan sijil kelahiran kad pengenalan anak anak dan lain lain tanggungan, kos sederhana rm90,001 hingga rm180,000, warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas, laman web rasmi lembaga perumahan hartanah perak,

Kongsi Info Di: