Permohonan Rumah Selangorku Secara Online (LPHS)

Permohonan Rumah Selangorku Online (LPHS), Cara membuat pendaftaran memohon Rumah Mampu milik selangor beserta pautan borang.

Pendaftaran Rumah Selangorku Online Kerajaan Negeri Selangor. Anda berpendapatan rendah serta sederhana dan ingin memiliki rumah mampu milik di Negeri Selangor? Berita baik buat anda. Mereka yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Rumah Selangorku Online menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna” adalah dasar perumahan Negeri Selangor.

Kategori Rumah Selangorku termasuklah Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik. Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan. Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.

Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku (Borang Online)

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku secara Online beserta dengan maklumat jenis rumah dan syarat-syarat kelayakan permohonan.

SISTEM PERMOHONAN HARTANAH NEGERI SELANGOR (SPHNS)

SPHNS adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan atas talian bagi permohonan pelbagai jenis hartanah di Selangor. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk:

• Rumah Selangorku

• Kedai dan Industri Mampu Milik

• Kediaman Komersial & Boutique Office

Sistem ini menawarkan pendaftaran atas talian yang fleksibel dan menyokong pelbagai skim pembangunan berdasarkan lokasi di Selangor. Selain itu, pemohon juga dapat menyemak status permohonan mereka di setiap peringkat tapisan yang diperlukan.

Sistem ini digunakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk tujuan tapisan permohonan, pemantauan projek serta pelaporan data. Sistem ini turut diakses oleh pemaju perumahan Rumah Selangorku bagi urusan tapisan permohonan dan penyelenggaraan projek yang berkenaan. Dengan ini, SPHNS menjadi platform komprehensif untuk menguruskan permohonan dan pemantauan hartanah di Selangor secara sistematik dan efisien.

Borang Online

Pemohon Awam boleh mendaftar Rumah Selangorku secara ‘online’ di

  • Laman Web eHartanah LPHS
    • https ehartanah.lphs.gov.my klik Daftar Awam
  • Pemohon baru perlu membuat pendaftaran di NEW USER
  • Manual pengguna boleh dirujuk di MANUAL

Proses Permohonan Rumah

Ketahui semua proses-proses berkaitannya;

  1. Pendaftaran Pengguna
    • Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
  2. Hantar Permohonan
    • Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
  3. Proses Kelulusan
    • Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
  4. Muat Naik Dokumen
    • Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
  5. Surat Tawaran
    • Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
  6. Pindah Ke Kediaman
    • Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Permohonan Rumah Jenis A: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,500.00;
  3. Permohonan Rumah Jenis B: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM7,000.00;
  4. Permohonan Rumah Jenis C: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM10,000.00;
  5. Permohonan Rumah Jenis D, JENIS E DAN JENIS E KHAS: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500;
  6. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, D atau E semasa membuat permohonan;
  7. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  8. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Senarai Harga Rumah Selangorku

Harga jualan bagi Rumah Selangorku tertakluk kepada kategori dan Jenis rumah yang dipilih seperti berikut:

Rumah Bertingkat (Pangsapuri)

Jenis A: RM 42,000.00 seunit

Jenis B: RM 100,000.00 seunit

Jenis C: RM 150,000.00 seunit

Jenis D: RM 200,000.00 seunit

Jenis E: RM 250,000.00 seunit

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri

Rumah Bertanah (Rumah Bandar & Teres)

Jenis A: RM 42,000.00 seunit (Rumah Bandar)

Jenis B: RM 100,000.00 seunit (Rumah Bandar)

Jenis C: RM 200,000.00 seunit (Rumah Bandar)

Jenis D: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)

Jenis E: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri

Semakan Status Rumah Selangorku

Keputusan permohonan boleh disemak secara online di Semak LPHS.

  • Isikan No Kad Pengenalan (Contoh : 900203041234)
  • Dan Klik Butang SEMAK

Maklumat Lanjut

Hubungi :

UNIT PENAWARAN DAN KEHIDUPAN BANDAR

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

TINGKAT 5, PODIUM SELATAN, BANGUNAN SSAAS

40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

MALAYSIA

HELPDESK LPHS:

+603-5510 2177

+603-5510 2389

aduan.korporat@lphs.gov.my

Semoga perkongsian informasi Permohonan Rumah Mampu Milik Selangor secara Online Dan Syarat Kelayakan ini dapat membantu mereka yang berkelayakan untuk memiliki rumah sendiri di Selangor. Selamat membuat Permohonan dan semoga permohonan anda berjaya.

Rel : rumah idaman, menyediakan rumah mampu milik,
skim perumahan yang khas
c pendapatan isi rumah
skim rumah selangorku
b pendapatan isi rumah
khas pendapatan isi rumah
layak untuk
jenis e khas pendapatan isi

Kongsi Info Di: