Permohonan SBP 2026 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan SBP 2026 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Online, cara mohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh terkini atas talian.

Perhatian buat pelajar tahun 6 dan Tingkatan 3 tahun 2025. Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan SBP Tingkatan 1 (Satu) dan Permohonan SBP Tingkatan 4 (Empat) ambilan sesi akademik 2026 untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh akan di buka mulai 1 Ogos 2025.

Bermula ambilan 2018, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP hanya untuk Tingkatan 1. UKSBP juga diperluaskan ke kemasukan tingkatan 4 bermula tahun 2019 untuk kemasukan tahun 2020.

Terkini: Melalui Kenyataan Media, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan kemasukan murid ke Sekolah berkaitan iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), MR SM dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bermula tahun 2021 dan diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya.

Sistem permohonan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point ini melibatkan permohonan secara berpusat dan kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Selain SBP, pelajar juga boleh memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4. SBP dan MRSM adalah diantara sekolah terbaik di Malaysia dan menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 Tingkatan 1 & 4 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 1 2025 yang memaparkan tarikh penting, soalan lazim – FAQ, applikasi permohonan dan syarat permohonan.

Panduan Permohonan SBP

Permohonan boleh dibuat oleh penjaga utama pemohon sama ada ibu, bapa atau penjaga. Maklumat pemohon di SPATKPM hendaklah dikemaskini di Modul Pengurusan Murid. Berikut adalah panduan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem sekolah khusus KPM :-

  1. Layari Laman Permohonan Rasmi SBP
  2. Klik bahagian Borang Permohonan
  3. Log masuk mengggunakan nombor kad pengenalan pemohon dan nombor kad pengenalan penjaga utama
  4. Isi permohonan dan pastikan medan yang wajib diisi telah diisi
  5. Pastikan maklumat yang diisi tepat
  6. Cetak borang permohonan sebagai rujukan

Sebarang kemaskini maklumat permohonan boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh KPM.

Tarikh Penting Permohonan SBP

Di bawah adalah tarikh-tarikh penting seperti tarikh buka dan tutup permohonan, check PKSK dan pelaksanaan PKSK.

NoPerkaraTingkatan 1Tingkatan 4
1
Permohonan Online
1 Ogos – 7 September 2025
1 Ogos – 7 September 2025
2
Check PKSK Centre
12 September – 17 Oktober 2025
12 September – 3 Oktober 2025
3
Pelaksanaan PKSK
6 – 17 Oktober 2025
22 September – 3 Oktober 2025

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan mengikut tahap pemilihan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-

A. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1

Calon yang layak memohon bagi sesi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2026 ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014

Manakala bagi Tingkatan 4 tahun 2026 pula ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011

i) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PERDANA/ AKADEMIK)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

iii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum

SYARAT KHUSUS

  • i. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA)

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

B. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4

i) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

iii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KBT)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

  • i. Murid telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) – Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dari Tingkatan 1 – 3.
    *Murid mengikuti mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

iv) PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN – ELEKTIF BAHASA, PENGAJIAN ISLAM, KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS SERTA STEM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

Soalan Lazim Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan dengan sebahagian daripada Soalan Lazim SBP 2026 untuk Tingkatan 1 dan 4 buat rujukan pemohon.

1. Bilakah permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2026 dibuka dan bagaimana cara membuat permohonan?

  • Permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2026 dibuka pada 1 Ogos hingga 7 September 2025, melalui pautan berikut:
    • ➔ Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    • ➔ Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

2. Bolehkah saya menangguhkan pendaftaran?

  • Sebarang penangguhan pendaftaran perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah SBP yang ditawarkan.

3. Bolehkah murid memakai pakaian seragam sekolah menengah harian di SBP yang ditawarkan.

  • Boleh. Murid yang melapor diri ke SBP dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah menengah harian semasa hari pendaftaran.

4. Bolehkah murid membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis dan peralatan pembelajaran lain yang ke SBP yang ditawarkan.

  • Boleh. Murid boleh membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis serta peralatan pembelajaran lain yang telah dimiliki ke SBP yang ditawarkan.

5. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau mana-mana sekolah khusus atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)?

  • Benar. Seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada di SBP, sekolah khusus atau MRSM.

6. Adakah murid yang tidak memohon secara dalam talian pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?

  • TIDAK. Hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP.

6. Bolehkah murid menukar pakej mata pelajaran?

  • Sebarang pertukaran pakej mata pelajaran yang ditawarkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

8. Berapakah yuran yang perlu dibayar?

  • Mohon rujuk pihak sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan bayaran lain yang berkaitan.

9. Bagaimanakah pemilihan murid dibuat?

  • Pemilihan murid dibuat mengikut dasar pengambilan dan kemasukan murid yang sedang berkuatkuasa dan diputuskan oleh ahli mesyuarat pemilihan murid.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan permohonan SBP boleh melalui:

  • a. e-mel – permohonan.skhusus@moe.gov.my
  • b. Talian Rasmi – 0383217400 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

Sumber FAQ SBP

Selamat membuat Permohonan SBP Tingkatan 1 dan 4 2026 Online. Semoga anda berjaya memasuki ke Tingkatan Satu dan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan tahun 2026.

Related : tingkatan 4 tahun,

Kongsi Info Di: