Perhatian kepada murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 tahun 2025. Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah baharu bagi permohonan kemasukan melalui single-entry point. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah perkongsian berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2026 termasuk semakan PKSK Online.
Untuk makluman, Sekolah Khusus KPM adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Terbaharu & bermula sesi kemasukan 2026, untuk memasuki MRSM juga memerlukan pelajar memohon melalui sistem berpusat ini. Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menempatkan diri di salah satu Sekolah Khusus KPM hendaklah memohon melalui cara-cara permohonan yang dikongsikan di bawah. Tambahan pula, satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat pada Oktober 2025 digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 PKSK Online
KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.
Di bawah adalah maklumat seperti tarikh-tarikh penting dan cara memohon kemasukan ke Sekolah Khusus 2026 PKSK Online serta berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk rujukan semua.
Tarikh Penting Permohonan & Semakan PKSK 2026
TARIKH PENTING PERMOHONAN PKSK TINGKATAN 1 & 4 SESI 2026 | ||
PERKARA | TINGKATAN 1 | TINGKATAN 4 |
Permohonan dalam talian | 1 Ogos hingga 7 September 2025 | 1 Ogos hingga 7 September 2025 |
Semakan Pusat Ujian PKSK | 12 September hingga 17 Oktober 2025 | 12 September hingga 3 Oktober 2025 |
Pelaksanaan PKSK | 6 hingga 17 Oktober 2025 | 22 September hingga 3 Oktober 2025 |
Keputusan Tawaran | 26 Disember 2025 | 26 Disember 2025 |
Pendaftaran Pelajar | 13 Januari 2026 | 13 Januari 2026 |
Rayuan Permohonan | 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026 | 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026 |
Keputusan Rayuan | 6 – 10 Februari 2026 | 6 – 10 Februari 2026 |
Pautan Borang Online Sekolah Khusus
Seperti yang dinyatakan oleh KPM, pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus KPM bagi ambilan tahun 2026 perlu memohon melalui satu applikasi yang sama seperti di pautan https di bawah:
Tingkatan 1
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Murid Tahun Enam (6) Sesi 2025/ 2026
- Berumur 12 Tahun atau lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014
Pautan Borang T1
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 (https spskt1.moe.gov.my)
Tingkatan 4
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Murid Tingkatan Tiga (3) Sesi 2025/ 2026
Pautan Borang T4
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 (https spskt4.moe.gov.my)
Semasa membuat permohonan, pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid (sama seperti APDM) dan nombor MyKad penjaga utama yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk memasuki sistem. Hal ini supaya padanan dapat dibuat oleh sistem dengan maklumat murid yang terdapat dalam pangkalan data murid APDM.
Selain itu, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah sama ada SBP, MRSM, SMKA, SMT, KV atau MTD, jenis aliran, pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan dan pusat pentaksiran pilihan. Beberapa butiran lain yang perlu didaftarkan bagi memohon dan menduduki PKSK secara berpusat bagi kemasukan Tingkatan 1 2026 serta lepasan pelajar Tingkatan 3 2025 yang layak memohon setelah PT3 dibatalkan.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus akan menjalani satu pentaksiran berpusat sebagai proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Berdasarkan kenyataan media oleh KPM, sebanyak 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM.
Berikut merupakan format PKSK untuk rujukan pelajar:
- 1. Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).
- 2. Bahagian A adalah untuk mengenal pasti karakter murid yang mempunyai 30 soalan objektif. Tiada jawapan yang betul atau salah dan skor markah adalah 20%
- 3. Bahagian B pula adalah untuk mengukur tahap kognitif pelajar yang merangkumi IQ, Pengetahuan Am dan penyelesaian masalah. Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan & kefahaman manakala soalan matematik dan sains bersifat kualitatif & kuantitatif. Tempoh yang diberikan adalah 90 minit untuk menjawab 70 soalan objektif dan skor markah adalah 70%
- 4. Bahagian C pula menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai wajaran skor sebanyak 10%. Calon perlu memilih satu karangan daripada 3 tajuk karangan pilihan yang diberikan. Bahagian ini adalah untuk melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan.
- 5. Pelaksanaan PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Semakan Pusat PKSK1 & 4
Semakan Pusat PKSK bagi Tingkatan 1 boleh dibuat bermula 12 September 2025 sehingga 17 Oktober 2025 di sistem permohonan sekolah khusus. Untuk Tingkatan 4 pula, semakan boleh di buat mulai 12 September 2025 sehingga 3 Oktober 2025.
Pelajar diingatkan supaya semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan yang dinyatakan diatas dan patuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semakan status PKSK akan dilaksanakan adalah mustahak kerana tiada ujian ulangan. Di bawah adalah Jadual Sesi Pentaksiran Sekolah Khusus PKSK yang ditetapkan oleh KPM:
Sila bawa bersama kad pengenalan, slip dan alat tulis serta berpakaian seragam sekolah lengkap ketika menghadiri pentaksiran. Pastikan juga pelajar dalam keadaan sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Semakan Keputusan Sekolah Khusus
Sekiranya pelajar berkelayakan dan terpilih untuk mendapat tempat di salah satu sekolah khusus yang dimohon, pelajar boleh melakukan semakan keputusan permohonan di:
- Bermula pada 26 Disember 2025
- Bermula pada 26 Disember 2025
Rayuan Permohonan Sekolah Khusus
Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan boleh membuat rayuan pada aplikasi yang sama untuk membuat semakan tawaran mengikut tarikh berikut:
- 1. Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 1 dibuka pada tarikh 26 Disember 2025 sehingga 13 Januari 2026
- Keputusan rayuan permohonan akan diumumkan pada tarikh 6 hingga 10 Februari 2026 melalui aplikasi semakan
- 2. Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 4 dibuka pada tarikh 26 Disember 2025 sehingga 13 Januari 2026
- Keputusan rayuan permohonan akan diumumkan pada tarikh 6 hingga 10 Februari 2026 melalui aplikasi semakan
Carta Alir/ Garis Masa Permohonan PKSK KPM 2026
Di bawah adalah carta alir/ garis masa bagi tahun 2026 sebagai rujukan. Carta bagi kemasukan ke Tingkatan 4 akan dikemaskini dari masa kesemasa
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan permohonan bagi ambilan tahun 2026 sila rujuk pautan di bawah:
Tingkatan 1
Tingkatan 4
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
Tel: 03-83217400
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
Tel: 03-83217200
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH
TINGKAT 19 & 20, IBU PEJABAT MARA
NO 21 JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR.
Tel: 03-26134160
Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik (KVSMT)
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
BLOK E14
62604 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Tel: 03-88845154
Maktab Tentera Diraja (MTD)
MAKTAB TENTERA DIRAJA
KEM PERDANA SUNGAI BESI
57000 KUALA LUMPUR
Selamat membuat Permohonan PKSK Online kepada pelajar yang berminat. Diharapkan permohonan anda berjaya diterima.
Rel : pemilihan murid untuk kemasukan ke tingkatan satu, pentaksiran bagi tingkatan satu, memperkenalkan pentaksiran kemasukan sekolah, tujuan pemilihan murid untuk, membuat semakan pusat pentaksiran, murid tahun enam, lahir pada 2 januari 2008, pautan https spskt4.moe.gov.my, pksk secara dalam talian yang dipohon nama sekolah pilihan pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran, pembatalan ujian penilaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam apdm,