Borang Kemasukan KSN/KSD Negeri Perak 2027. Berminat untuk memasuki KSN/ KSD Negeri Perak? Menerusi makluman Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Permohonan Ke Kelas Seliaan Negeri/ Daerah (KSN/KSD) Bagi Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Negeri Perak Sesi Akademik Tahun 2027 Secara Dalam Talian akan dibuka dari 17 November 2026 hingga 12 Disember 2026. Permohonan kemasukan adalah terbuka kepada pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 tahun 2026.
Pelajar yang berminat boleh membuat pengisian borang secara atas talian/ online mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan Kemasukan Ke Kelas Seliaan Negeri/ Daerah (KSN/KSD) Negeri Perak Tahun 2027
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Kelas Seliaan Negeri/ Daerah bagi ambilan Tahun 2027 meliputi tarikh permohonan, link muat turun borang dan syarat permohonan.
Tarikh Penting Permohonan & Semakan Keputusan KSN/ KSD Perak 2027
- Hebahan permohonan: 16 November 2026
- Permohonan dalam talian: 17 November – 12 Disember 2026
- Penilaian permohonan: 14 – 23 Disember 2026
- Penghantaran senarai penuh ke JPN: 24 – 25 Disember 2026
- Semakan keputusan: 28 – 31 Disember 2026
- Pendaftaran murid: 11 Januari 2027
Syarat Permohonan Kemasukan
Permohonan adalah dibuka kepada semua murid dengan syarat-syarat seperti di bawah.
- Terbuka kepada murid Tahun 6 & Tingkatan 3 warganegara Malaysia
- Maklumat akademik (seperti gred/tahap penguasaan mata pelajaran utama) dan butiran murid/penjaga diperlukan semasa mengisi borang
Download Borang Permohonan KSN/ KSD Perak 2027
Pautan Permohonan T1/T4:-
Pengisian borang permohonan KSN/KSD secara dalam talian (Google Form) dibuka bermula pada 17 November 2026 hingga 12 Disember 2026
Keputusan bagi permohonan kemasukan murid ke Sekolah KSN dan Sekolah KSD diumumkan secara dalam talian pada 28 – 31 Disember 2026 seperti pautan berikut;
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada iklan pengambilan di bawah ini.

Selamat membuat permohonan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke sekolah pilihan anda.




