Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2026 Online. Perhatian buat Tahun Enam (6) yang berminat dan berkelayakan untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2026. Berita baik buat anda, Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia akan memaklumkan tarikh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026 Online Tingkatan Satu (1) melalui applikasi e-SSeM pada satu tarikh pada bulan Julai 2025.
Kepada ibu bapa yang ingin tahu, Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi. Sekolah Seni Malaysia menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026 Online Tingkatan Satu (1)
Pengambilan murid dilaksanakan setiap tahun melibatkan murid Tingkatan Satu yang akan ditempatkan di empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia dan satu (1) buah sekolah menengah yang menawarkan Program Pendidikan Seni.
Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:
- Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai
- Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L
- Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara
Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
- SMK Elopura, Sandakan, Sabah
Sebagai panduan buat ibu bapa dan pelajar, berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 yang boleh di mohon secara online.
- Applikasi Permohonan : Klik e-SSeM
Pemohon boleh merujuk kepada dokumen berikut untuk panduan membuat permohonan :-
Tempoh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026
- Tarikh Buka : 15 Julai 2025
- Tarikh Tutup : 15 September 2025
*Nota : Tarikh yang tepat (RASMI) seperti dimaklumkan di Portal Rasmi KPM
Bidang Kesenian Yang Ditawarkan & Subjek Mata Pelajaran
Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Muzik
- Tarian
- Teater / Seni Lakonan
- Seni Visual
Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Pendidikan Kesenian – seni muzik
- Pendidikan Kesenian – seni tari
- Pendidikan Kesenian – seni teater
- Pendidikan Kesenian – seni visual
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
Teras:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik Moden
- Sains
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Elektif Kesenian
- Muzik
- Tari
- Teater
- Seni Halus
- Komunikasi Visual
- Reka Bentuk
Elektif Kemanusiaan
- Prinsip Akaun
- Perdagangan
- Kesusasteraan Melayu
Check Tawaran ke SSeM
- Januari/ Februari 2026, tahun sebelum ini semakan bermula 27 Januari 2025
- Cara check status application Sekolah Seni Klik CHECK STATUS
Syarat Kelayakan Memohon Sekolah Seni Malaysia 2026 Form 1
Berikut adalah syarat permohonan eSSEM 2026 :-
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
Syarat Kemasukan SSeM
- Lulus Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
Semakan Tawaran Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 Online
Panduan buat pelajar UPSR (Tahun enam) 2025. Bilakah tarikh semakan sesi serlahan dan semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2026 ambilan Tingkatan 1? Berikut dikongsikan maklumat semakan status application ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ambilan tahun 2026 yang boleh disemak melalui applikasi semakan atas talian eSSEM.
Tarikh rasmi check status tawaran ke Sekolah Seni Malaysia akan diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian pemberitahuan. Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal KPM dari masa kesemasa dalam mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat adalah merupakan salah satu syarat sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni Malaysia. Untuk makluman, application ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka bermula dari tarikh 15 Julai sehingga 15 September 2025.
Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2026 Secara Online
Berikut adalah tarikh-tarikh penting pengambilan Sekolah Seni Malaysia 2026 secara Online meliputi semakan tawaran dan semakan serlahan seni serta rayuan.
Semakan Sesi Serlahan Seni Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 boleh disemak seperti berikut :-
A. Semakan Sesi Serlahan Seni
- Tarikh semakan : akan dikemaskini
B. Semakan Tawaran Keputusan
Semakan tawaran keputusan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) sesi 2026 akan dibuka untuk semakan seperti maklumat berikut :-
- Tarikh Semakan : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 27 Januari 2025 (Isnin) hingga 14 Februari 2025 (Jumaat))
- Semakan Rayuan Ke Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 boleh dibuat pada :-
- Tarikh : akan dikemaskini
Applikasi Semakan Sekolah Seni Malaysia
Keputusan Serlahan Seni dan Tawaran boleh disemak melalui applikasi semakan secara atas talian/ online di
- Applikasi Semakan : Sila klik ESSEM
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan. Anda boleh hubungi
- No tel pertanyaan : 03-8872 1616 / 03-8884 1012 atau emel ke mohonssem@moe.gov.my
Selamat membuat Permohonan & semakan. Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SSeM seperti yang dihajatkan.